Demam Bintik Rocky Mountain

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apakah itu demam bintik Rocky Mountain?

Demam bintik Rocky Mountain adalah jangkitan bakteria yang disebabkan oleh kutu babi. Tanpa rawatan segera, demam bintik Rocky Mountain dapat menyebabkan kerosakan serius pada organ dalaman, seperti buah pinggang dan jantung anda.

Apakah kebarangkalian demam bintik Rocky Mountain?

Demam bintik Rocky Mountain boleh menjejaskan pesakit pada sebarang usia. Ia boleh dielakkan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom demam bintik Rocky Mountain?

Walaupun kebanyakan individu sakit dalam minggu pertama selepas jangkitan, tanda-tanda dan simptom mungkin tidak muncul sehingga 14 hari. Tanda-tanda awal dan simptom Rocky Mountain yang dikenali sebagai demam tidak spesifik dan boleh menyerupai penyakit-penyakit lain:

  • Demam panas
  • Menggigil
  • Sakit kepala yang teruk
  • Sakit otot
  • Pening dan muntah
  • Kegelisahan dan insomnia

Ruam berwarna merah, tidak gatal yang dikaitkan dengan demam bintik Rocky Mountain biasanya muncul beberapa hari selepas tanda-tanda dan simptom awal bermula. Ruam biasanya muncul pertama kali di pergelangan tangan dan pergelangan kaki anda, dan boleh tersebar di kedua-dua arah – ke tapak tangan anda dan tapak kaki anda, dan dari tangan dan kaki anda ke badan anda. Terdapat individu yang dijangkiti dengan demam bintik Rocky Mountain tidak mengalami ruam, yang membuatkan diagnosis lebih sukar.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Jumpa doktor anda jika anda mengalami ruam atau sakit selepas gigitan kutu babi. Demam bintik Rocky Mountain dan penyakit berjangkit lain yang dibawa oleh kutu babi boleh merebak dengan pantas dan mungkin mengancam nyawa. Sekiranya mampu, bawa kutu babi bersama anda ke pejabat doktor anda untuk ujian makmal.

Ketahui puncanya

Apakah yang mengakibatkan demam bintik Rocky Mountain?

Demam bintik Rocky Mountain disebabkan oleh jangkitan Rickettsia rickettsii. Kutu babi yang membawa R. rickettsii adalah sumber jangkitan yang paling biasa. Jika kutu yang dijangkiti melekat pada kulit anda dan menghisap darah anda selama enam hingga 10 jam, anda boleh dijangkiti. Tetapi, anda tidak boleh menjumpai kutu babi pada anda.

Demam bintik Rocky Mountain berlaku apabila kutu paling aktif dan semasa cuaca hangat apabila individu cenderung menghabiskan lebih banyak masa di luar rumah. Demam bintik Rocky Mountain tidak dapat berjangkit dari individu ke individu.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko demam bintik Rocky Mountain?

Terdapat banyak faktor risiko untuk demam bintik Rocky Mountain, seperti:

  • Tinggal di kawasan yang penyakit ini berleluasa
  • Musim – jangkitan lebih biasa pada musim bunga dan awal musim panas
  • Berapa banyak masa yang anda luangkan di kawasan berumput atau berhutan
  • Sama ada anda mempunyai anjing atau meluangkan masa dengan anjing

Memahami diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah demam bintik Rocky Mountain didiagnosis?

Demam bintik Rocky Mountain boleh menjadi sukar untuk didiagnosis kerana tanda-tanda dan simptom awal adalah serupa seperti penyakit lain.

Ujian makmal boleh diperiksa dengan sampel darah, spesimen ruam atau kutu babi untuk membuktikan organisma yang menyebabkan jangkitan. Oleh kerana rawatan awal dengan antibiotik sangat penting, doktor tidak menunggu keputusan ujian untuk memulakan rawatan jika demam bintik Rocky Mountain disyaki.

Bagaimanakah demam bintik Rocky Mountain dirawat?

Individu yang menghidap demam bintik Rocky Mountain adalah lebih cenderung untuk tidak mendapat komplikasi jika dirawat dalam tempoh lima hari selepas mengalami gejala. Itulah sebabnya doktor mungkin akan memulakan terapi antibiotik sebelum menerima keputusan ujian.

Doxycycline (Monodox, Vibramycin, yang lain) adalah rawatan yang paling berkesan untuk demam bintik Rocky Mountain, tetapi ia bukan pilihan yang baik jika anda sedang hamil. Dalam hal ini, doktor anda mungkin menetapkan chloramphenicol sebagai alternatif.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas demam bintik Rocky Mountain?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi demam bintik Rocky Mountain:

  • Pakai seluar panjang dan lengan panjang. Apabila berjalan di kawasan berhutan atau berumput, pakai kasut, seluar panjang dimasukkan ke dalam stokin kaki dan baju lengan panjang. Cuba berjalan pada laluan ¬†yang khusus dan elakkan berjalan melalui semak dan rumput panjang
  • Gunakan penghalau serangga. Produk-produk yang mengandungi DEET (Off! Deep Woods, Repel) sering menghalau kutu. Pastikan untuk mematuhi arahan pada label. Pakaian yang mempunyai permethrin yang diresapi ke dalam kain adalah toksik untuk kutu dan juga boleh membantu dalam mengurangkan bersentuhan kutu babi ketika di luar rumah
  • Bersihkan halaman anda. Tebas semak dan daun di tempat kutu hidup. Simpan kayu di kawasan yang panas
  • Periksa diri sendiri dan haiwan peliharaan daripada kutu. Lakukan selepas berada di kawasan hutan atau berumput. Sesetengah kutu lebih kecil daripada kepala pin, jadi anda mungkin tidak menemui mereka kecuali jika anda berhati-hati
  • Buang kutu babi dengan penyepit. Perlahan-lahan kepit kutu babi pada kepala atau mulutnya. Jangan picit kutu babi, tetapi tarik dengan teliti dan berhati-hati. Sebaik sahaja anda kutu babi dikeluarkan, gunakan antiseptik ke kawasan gigitan. Terdapat banyak cara yang berkesan untuk membantu mengeluarkan kutu babi, seperti jeli petroleum, alkohol atau meletakkan mancis pada badan kutu babi, tidak ada satu kaedah yang baik untuk membuang kutu babi

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: September 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 5, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut