Apa itu Delirium Tremens?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Delirium Tremens?

Kecelaruan tremens adalah kekeliruan yang berlaku secara tiba-tiba apabila seorang peminum tegar berhenti minum. Kekeliruan tersebut merangkumi kebingungan, halusinasi, perubahan emosi dan tingkah laku yang tidak terkawal atau ganas.

Kecelaruan tremens, turut dikenali sebagai DTs, adalah sejenis penarikan alkohol yang mendadak.

Apakah kebarangkalian Delirium Tremens?

Kecelaruan tremens biasanya berlaku kepada seseorang peminum tegar yang telah lama minum, yang mempunyai sejarah sindrom penarikan alkohol atau mempunyai kecelaruan. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Delirium Tremens?

Gejala-gejala mungkin menjadi lebih teruk dengan cepat, termasuk:

  • Gegaran badan;
  • Perubahan dalam fungsi mental;
  • Kekacauan, cepat marah;
  • Kekeliruan, disorientasi;
  • Penurunan jangka masa tumpuan;
  • Tidur nyenyak yang berlangsung selama sehari atau lebih;
  • Kecelaruan;
  • Keseronokan;
  • Ketakutan;
  • Halusinasi (melihat atau merasa perkara-perkara yang tidak benar-benar ada);
  • Peningkatan aktiviti;
  • Perubahan mood dengan cepat;
  • Kegelisahan, keseronokan;
  • Sensitif kepada cahaya, bunyi, sentuhan;
  • Tidak sedarkan diri, mengantuk, kelesuan

    Sawan (mungkin berlaku tanpa gejala-gejala kecelaruan tremen yang lain):
  • Paling biasa berlaku di  antara 12 hingga 48 jam selepas minuman terakhir
  • Paling biasa terjadi kepada orang yang mempunyai komplikasi penarikah alkohol.
  • Biasanya terjadi sawan umum tonic- clonic

Mungkin ada beberapa tanda-tanda atau gejala-gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang keraguan tentang gejala, sila rujuk doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Bertemu dengan doktor atau allergist jika anda mempunyai gejala-gejala alahan makanan  yang terjadi sejurus selepas makan. Jika boleh, rujuk kepada doktor apabila reaksi alahan ini berlaku. Ini akan membantu doktor membuat diagnosis. Dapatkan rawatan kecemasan sekiranya anda mengalami sebarang tanda-tanda atau gejala-gejala anaphylaxis (alahan berat).

Punca

Apakah Punca Delirium Tremens?

Kecelaruan tremens boleh berlaku apabila anda berhenti minum arak selepas tempoh minum dengan banyak, terutamanya jika anda tidak makan dengan cukup.

Kecelaruan tremens juga boleh disebabkan oleh kecederaan kepala, jangkitan atau penyakit pada orang yang mempunyai sejarah penggunaan alkohol yang berat.

Ia biasa berlaku pada orang yang mempunyai sejarah penarikan alkohol. Ia adalah perkara biasa terutamanya pada orang-orang yang minum 4 hingga 5 pain wain, 7 hingga 8 pain bir atau 1 pain alkoholkeras’ setiap hari selama beberapa bulan. Kecelaruan tremens juga mempengaruhi orang-orang yang telah menggunakan alkohol selama lebih 10 tahun.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Delirium Tremens?

Faktor-faktor risiko alahan makanan termasuklah:

  • Minum terlalu banyak dan minum dengan kerap untuk tempoh yang lama dan kerap mabuk boleh mewujudkan ketergantungan fizikal pada alkohol.
  • Umur: orang yang mula minum pada usia muda mempunyai risiko yang lebih tinggi kepada penyalahgunaan alkohol atau ketergantungan fizikal pada alkohol.
  • Sejarah keluarga: risiko ketagihan arak adalah lebih tinggi di kalangan mereka yang mempunyai ibu bapa atau saudara-mara yang ketagih arak.
  • Kemurungan dan lain-lain masalah kesihatan mental: Kecelaruan tremens adalah perkara biasa dalam kehidupan penghidap gangguan kesihatan mental seperti gangguan kebimbangan, kemurungan atau bipolar.
  • Faktor-faktor sosial dan budaya: mempunyai rakan atau pasangan yang kerap minum mungkin meningkatkan risiko ketagihan arak. Minum arak yang kalanya digunakan dalam media juga boleh menyebarkan mesej yang salah bahawa minum berlebihan adalah perkara biasa.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Delirium Tremens didiagnosis?

Doktor anda akan membuat diagnosis daripada sejarah penarikan alkohol pada orang-orang yang menyalahgunakan alkohol. Selain itu, ujian berikut juga boleh dibuat:

  • Paras magnesium darah;
  • Paras fosfat darah;
  • Panel metabolik yang menyeluruh;
  • Elektrokardiogram (ECG);
  • Electroencephalogram (EEG);
  • Saringan toksikologi

Bagaimana pesakit Delirium Tremens dirawat?

Kecelaruan tremens boleh mengancam nyawa dan merupakan satu kecemasan perubatan. Kebanyakan orang memerlukan rawatan di unit detoks. Penyahtoksikan biasanya mengambil masa beberapa hari ke seminggu. Penghidap mungkin memerlukan cecair tambahan pada masa ini, dan biasanya diberikan dengan cecair di saluran darah untuk mengawal kemurungan dan mencegah sawan. Keadaan-keadaan perubatan, berkaitan dengan pembedahan atau psikiatri juga memerlukan rawatan.

Dalam jangka masa panjang, pesakit memerlukan rawatan untuk mengelakkan pengulangan sebagai:

  • Benar-benar menjauhi alkohol.
  • Bertemu dengan pakar.
  • Mengubah tabiat lama seperti minum bir dengan kawan-kawan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Delirium Tremens?

Gaya hidup dan pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menghadapi kecelaruan tremens:

  • Cari kumpulan sokongan peminum tegar untuk menguatkan pendirian anda jika anda fikir ia boleh membantu.
  • Jangan berhenti mengambil ubat-ubatan yang ditetapkan atau mengubah dos apabila berasa lebih baik melainkan pakar kesihatan anda memberitahu anda.
  • Jangan berbohong kepada pakar kesihatan anda tentang penyalahgunaan alkohol. Jika mereka tidak menyebutnya, anda yang harus melakukannya.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 2, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.