Apa itu Degenerasi Makular?

Oleh

enEnglish

Ketahui asas-asasnya

Apa itu Degenerasi Makula?

Degenerasi makula sering berlaku semasa penuaan pada kebanyakan pesakit tetapi kadangkala semasa mereka remaja disebabkan ia penyakit kongenital terwaris.

Ia merupakan rosotan di bahagian belakang mata yang berfungsi untuk membezakan butiran halus, oleh itu ia menyebabkan kehilangan sebahagian daripada bahagian tengah penglihatan anda. Pada pesakit yang menghidap degenerasi makula, penglihatan periferal tidak terjejas. Degenerasi makula merupakan sebuah penyakit kronik yang tidak ada penawarnya.

Apakah kebarangkalian Degenerasi Makula?

Keadaan kesihatan ini amat biasa, degenerasi makula merupakan punca utama kehilangan penglihatan di kebanyakan negara maju. Ia mampu menjangkiti pesakit tanpa mengenal usia dan kebarangkalian bagi wanita lebih tinggi berbanding dengan lelaki.

Selalunya, ia berlaku pada umur 60 tahun ke atas. Ia menyebabkan setakat 50% pada semua kebutaan, menjangkiti 1 dalam 7 orang yang umurnya melebihi 50 tahun. Sebuah kajian menjangkakan bahawa bilangan pesakit yang menghidap degenerasi makula akan meningkat sebanyak 70% pada 2030.

Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila menghubungi doktor anda untuk keterangan lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom bagi Degenerasi Makula?

Degenerasi makula kerap direpot kerana petanda dan simptom-simptom degenerasi makula mudah dikenal pasti, seperti:

  • Garisan lurus berputarbelit atau kabur
  • Kawasan gelap atau putih muncul di bahagian tengah penglihatan
  • Daya tanggapan warna berubah atau mengurang
  • Memerlukan suasana terang untuk membuat kerja
  • Sukar membiasakan diri dengan suasana malap
  • Perkataan-perkataan cetakan kelihatan kabur
  • Sukar mengecam muka orang

Di peringkat awal, simptom-simptom biasanya tidak ada, namun begitu kehilangan penglihatan di bahagian tengah akan terjadi serta semakin merosot. Di peringkat akhir, pesakit menghidap kehilangan penglihatan yang ketara.

Kemungkinan terdapat simptom-simptom yang tidak disenaraikan. Jika mempunyai kebimbangan tentang sesuatu simpton, sila rujuk dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya degenerasi makula terlampau menjejaskan aktiviti harian anda, seperti kesukaran untuk membaca atau memandu, kesukaran mengecam muka orang, atau menghalang anda daripada membuat kerja dengan elok.

Degenerasi makula direpot meningkatkan risiko jatuh, murung, patah pinggul serta meningkatkan pergantungan anda kepada orang lain.

Setiap tubuh badan bertindak berlainan. Seeloknya adalah untuk anda berbincang dengan doktor anda tentang apa yang terbaik untuk situasi anda.

Ketahui puncanya

Apa yang mengakibatkan Degenerasi Makula?

Disebabkan penuaan, pemendapan lipid, bintik-bintik putih atau kuning sering muncul di bawah retina di belakang biji mata. Bintik-bintik ini akan menghalang sel-sel dalam retina daripada menerima oksigen atau nutrien yang diperlukan. Apabila perkara ini berlaku, sel deria cahaya boleh terjejas, dimana degenerasi makula akan terjadi – lebih dikenali sebagai degenerasi makula kering.

Jenis yang lain merupakan degenerasi makula basah. Jenis ini tidak sebiasa degenerasi makula kering, manakala ia membabitkan dalam 10% daripada kes-kes degenerasi makula. Perkara ini berlaku apabila saraf darah abnormal tumbuh di belakang makula, membocorkan darah dan cecair, serta menyebabkan makula berparut.

Degenerasi makula muda semuanya jenis diwarisi. Ia merupakan jenis kongenital yang bermaksud ia diturunkan secara genetik dan progresif, iaitu ia bertambah teruk dengan masa.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko Degenerasi Makula?

Degenerasi makula mempunyai pelbagai faktor risiko:

  • Jantina: Lebih biasa di kalangan wanita.
  • Umur: Risiko lebih tinggi untuk orang tua.
  • Menghisap rokok: Risiko bagi perokok adalah 3-4 kali ganda lebih tinggi risiko.
  • Kisah kesihatan keluarga bagi degenerasi makula: 50%-70% daripada kes-kes penyakit ini berkaitan dengan kisah kesihatan keluarga.
  • Penyakit jantung
  • Kolesterol tinggi
  • Warna mata cerah
  • Pendedahan kepada cahaya matahari buat jangka masa panjang
  • Aras antipengoksidaan yang rendah di dalam darah

Memahami diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana Degenerasi Makula didiagnosis?

MD can be diagnosed early with eye tests.

Bagaimana Degenerasi Makula dirawat?

Pesakit yang mempunyai jenis-jenis degenerasi makula yang berkaitan dengan umur atau jenis makula muda boleh mendapatkan rawatan-rawatan berikut:

  • Mengelakkan atau memperlahankan perkembangan jangkitan ini serta perkembangan saraf darah baru di bawah makula dengan rawatan ubat.
  • Pembedahan serta prosedur-prosedur lain (i.e. laser) berkemungkinan dapat membantu dengan beberapa kes DM Basah.
  • Terapi gen untuk menggantikan gen tidak elok dengan gen sihat.
  • Sel-sel dapat dipindahkan ke dalam retina untuk menggantikan sel-sel yang merosot.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas Degenerasi Makula?

Berikut adalah gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang mungkin membantu anda semasa mengalami degenerasi makula:

Mengikut diet terancang untuk mengurangkan risiko DM, dengan pengambilan:

  • Sayuran dan buah-buahan berwarna hijau tua dan kuning semula jadi setiap hari.
  • Pengambil ikan yang lebih di dalam diet anda, yang mengandungi lebihan omega 3 dan segengam kacang sekali seminggu yang akan mengehadkan pengambilan lemak anda.
  • Berhenti merokok atau menjauhi diri daripada asap rokok.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 12, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 15, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.