Apa itu Cervicitis?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Cervicitis?

Cervicitis adalah keadaan apabila serviks meradang, (hujung rahim bawah yang sempit dan membuka ke dalam vagina). Ia berkemungkinan bagi wanita untuk menghidapi Cervicitis tetapi tidak mengalami sebarang tanda atau gejala. Antara tanda-tanda dan gejalanya ialah, berlaku pendarahan pada wanita dalam tempoh antara dua haid dan perubahan pada lendiran / keputihan faraj. Cervicitis adalah perkara biasa. Ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk jangkitan, kerengsaan kimia atau fizikal, dan alergi. Seringkali, Cervicitis berpunca daripada jangkitan seksual, seperti chlamydia atau gonorea. Cervicitis juga boleh berpunca daripada sebab-sebab yang tidak berjangkit.  Untuk menyembuhkan Cervicitis , punca keradangan mesti dirawat terlebih dahulu.

Sangat penting bagi menentukan punca kepada Cervicitis sebelum memulakan rawatan. Sekiranya ia disebabkan oleh jangkitan, ia boleh merebak merentasi serviks (leher rahim) ke dalam rahim dan tiub fallopian kemudian masuk ke ruangan pelvis dan abdomen lalu menyebabkan jangkitan yang mengancam nyawa. Ini boleh menyebabkan masalah kesuburan, (keupayaan untuk hamil). Ia juga boleh menyebabkan masalah dengan bayi yang berada di dalam kandungan sekiranya anda hamil.

Apakah kebarangkalian Cervicitis?

Cervicitis sangat lazim berlaku. Sekitar 10 hingga 20 peratus rakyat Amerika mempunyai terlalu banyak lemak dalam hati mereka, tetapi tiada keradangan atau kerosakan yang ada. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Cervicitis?

Kebiasaannya, Cervicitis tidak menyebabkan sebarang tanda atau gejala dan anda hanya boleh mengetahuinya selepas melakukan ujian Pap atau biopsi untuk kondisi perubatan yang lain. Jika anda mempunyai tanda-tanda dan gejala, ia mungkin termasuk:

  • Lendiran faraj yang banyak,  berwarna hijau, coklat atau kuning seperti nanah dan kadang-kadang mempunyai bau yang tidak menyenangkan.
  • Kerap membuang air kecil dan rasa sakit sewaktu melakukannya.
  • Sakit semasa bersetubuh.
  • Pendarahan faraj selepas hubungan seks, yang tidak ada kaitan dengan haid.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Cervicitis?

Terdapat beberapa sebab tertentu yang boleh mengakibatkan keadaan ini.

Kes-kes keradangan yang teruk biasanya disebabkan oleh jangkitan yang berlaku semasa aktiviti seksual.

Penyakit jangkitan seksual (STD) yang boleh menyebabkan Cervicitis termasuk:

  • Gonorrhea.
  • Chlamydia.
  • Herpes genital.
  • Trichomoniasis.
  • Mycoplasma dan Ureaplasma.

Tetapi ramai wanita dengan Cervicitis tidak positif untuk sebarang jenis jangkitan.

Punca keradangan lain mungkin termasuk:

Alahan kepada bahan kimia dalam spermisida (spermicide), douches, atau getah yang digunakan untuk membuat kondom.

Kerengsaan atau kecederaan dari tampon, pessaries, atau alat pencegah kehamilan seperti diafragma.

Ketidakseimbangan bakteria: bakteria baik yang secara normalnya berada di dalam vagina diliputi / dtenggelamkan oleh bakteria yang tidak sihat dan berbahaya. Ini juga dipanggil bacterial vaginosis.

Ketidakseimbangan hormon; mempunyai estrogen yang rendah atau progesteron tinggi secara relatif boleh mengganggu keupayaan tubuh untuk mengekalkan tisu serviks yang sihat.

Rawatan kanser atau kanser: jarang, terapi radiasi atau kanser boleh menyebabkan perubahan kepada serviks yang berisiko  untuk mengalami keradangan (Cervicitis).

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Cervicitis?

Terdapat banyak faktor risiko untuk Cervicitis, seperti:

  • Mengamalkan seks berisiko tinggi, seperti seks tanpa perlindungan, seks dengan berbilang pasangan atau hubungan seks dengan seseorang yang mengamalkan seks berisiko tinggi.
  • Mula melakukan hubungan seks pada usia muda.
  • Mempunyai sejarah jangkitan seksual.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Cervicitis didiagnosis?

Sekiranya doktor mengesyaki anda mengalami masalah ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan.

Diagnosis Cervicitis biasanya berdasarkan:

  • Pemeriksaan pelvis.

Semasa pemeriksaan ini, doktor akan memeriksa organ pelvis anda untuk sebarang kawasan yang bengkak dan nyeri. Doktor juga akan meletakkan spekulum ke dalam faraj untuk melihat bahagian atas vagina dan serviks.

  • Pengambilan spesimen.

Sebagaimana prosedur ujian Pap, doktor akan menggunakan kapas kecil atau berus untuk mengambil sampel cairan serviks dan vagina dengan lembut.Sampel akan dihantar ke makmal untuk menguji sebarang jangkitan. Ujian makmal juga boleh dilakukan pada sampel air kencing.

Bagaimana pesakit Cervicitis dirawat?

Anda mungkin tidak memerlukan rawatan untuk Cervicitis sekiranya ia berpunca daripada faktor selain jangkitan seksual (STI). Jika anda mempunyai Cervicitis yang disebabkan oleh STI, anda dan pasangan anda mungkin memerlukan rawatan.

Ubat-ubatan preskripsi selalunya dapat memulihkan keradangan pada serviks. Rawatan anda mungkin termasuk:

  • Ubat antibiotik, untuk jangkitan bakteria seperti gonorrhea atau chlamydia.

Ubat antiviral, untuk jangkitan virus seperti herpes genital. Walau bagaimanapun, ubat antiviral tidak menyembuhkan herpes, yang merupakan keadaan kronik dan boleh berjangkit kepada pasangan anda pada bila-bila masa.  Doktor akan mengesyorkan untuk anda mengulangi ujian serviks yang berpunca dari gonorea atau chlamidia.

Untuk mengelakkan jangkitan bakteria berpindah ke pasangan anda, elakkan diri dari hubungan seks sehingga  selesai rawatan yang disarankan oleh doktor.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Cervicitis?

Untuk mengurangkan risiko Cervicitis yang berpunca daripada jangkitan seksual, anda harus:

  • Memastikan pasangan anda menggunakan kondom semasa bersetubuh.
  • Hadkan bilangan orang yang anda setubuhi.
  • Jangan bersetubuh dengan pasangan yang mempunyai luka / kudis atau lendir pada zakar.
  • Jika anda mendapat rawatan untuk penyakit kelamin, tanya doktor jika pasangan anda juga harus dirawat.
  • Jangan gunakan produk kebersihan feminin. Ini boleh menyebabkan kerengsaan vagina dan serviks .
  • Jika anda menghidap kencing manis, cuba kawal gula dalam darah dengan baik.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 18, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 25, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.