Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Jangkitan cacing jarum merupakan sejenis jangkitan cacing yang paling lazim dijumpai di dalam tubuh manusia. Cacing jarum adalah kecil dan panjang. Mereka berwarna putih dan panjangnya kurang daripada setengah inci. Jangkitan cacing jarum, juga dikenali sebagai enterobiasis atau oxyuriasis yang juga merupakan jangkitan cacing paling banyak terjadi kepada manusia di Amerika Syarikat. Jangkitan cacing jarum amat mudah untuk merebak. Mereka selalunya menjangkiti kanak-kanak berusia 5 ke 10 tahun, penduduk yang mendiami sesebuah institusi, dan mereka yang selalu berhubung dengan golongan yang telah dinyatakan. Rawatan yang berkesan terhadap jangkitan cacing jarum ialah dengan ubat, meskipun begitu jangkitan mungkin berlaku semula. Komplikasi yang serius dan kesihatan yang terjejas untuk jangka masa yang panjang adalah jarang berlaku.
Jangkitan cacing jarum berlaku di semua tempat di dalam dunia. Ia merupakan jangkitan cacing yang paling popular di dalam negara maju. Walau bagaimanapun, ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom yang biasa terjadi ialah:
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai soalan berkenaan simptom tertentu, sila hubungi doktor anda.
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Jangkitan cacing jarum sangat mudah untuk merebak. Anda boleh dijangkiti cacing jarum dengan menelan (atau menarik nafas) telur cacing jarum dengan tidak sengaja, yang selalunya terdapat pada objek yang disentuh oleh pesakit yang mempunyai cacing jarum. Kitaran jangkitan bermula dengan pesakit termakan telur cacing yang halus ini.
Apabila telur masuk ke dalam tubuh anda, ia akan tersimpan di bahagian usus sehingga ia matang dan menetas. Cacing jarum betina yang dewasa akan pergi ke usus besar dan keluar daripada badan melalui lubang dubur. Cacing jarum betina akan bertelur ke dalam kulit sekitar lubang dubur yang terlipat. Kewujudan telur ini selalunya akan mengakibatkan kegatalan dan rasa rimas di kawasan dubur.
Apabila seseorang itu menggaru kawasan yang dijangkiti, telur cacing jarum akan berpindah ke celah kuku dan jari. Telur tersebut boleh bertahan selama beberapa jam di tangan anda. Jika pesakit menyentuh cadar, baju, tempat duduk tandas, mainan atau barangan rumah yang lain, telur akan berpindah ke objek tersebut. Telur cacing jarum boleh bertahan di permukaan objek sehingga tiga minggu.
Kanak-kanak memindahkan telur cacing jarum dengan mudah kerana mereka mungkin meletakkan mainan atau objek lain ke dalam mulut. Telur ini juga boleh berpindah dari jari yang terkena ke dalam makanan atau minuman. Meskipun perkara ini jarang berlaku, ia juga mungkin terjadi kepada orang dewasa yang menyedut udara yang terkandung telur cacing apabila mengibarkan cadar, tuala atau baju.
Terdapat banyak faktor risiko penyakit ini, di antaranya:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Jika doktor anda mengesyaki anda mempunyai jangkitan ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan dan ujian tertentu akan dinasihatkan oleh doktor anda. Ujian pita adalah cara yang paling berguna untuk mendiagnosis jangkitancacing jarum. Ujian pita dijalankan dengan mengambil secebis pita perekat dan menekan kawasan yang bergam ke kulit sekitar lubang dubur. Selalunya cacing jarum akan keluar semasa pesakit tidur, anda seharusnya menjalankan ujian ini semasa bangun tidur pada waktu pagi. Jika telur tersebut ada, ia akan melekat di pita perekat. Ambil pita tersebut dan beri pada doktor anda untuk meletakkan di bawah slaid dan diperhati di bawah mikrosop untuk melihat samada ia mengandungi telur cacing jarum. Aktiviti rutin di waktu pagi, seperti mandi atau menggunakan tandas, boleh menghilangkan telur daripada kulit anda, maka keputusan ujian pita adalah paling petang sekiranya dijalankan semasa anda bangun pagi. Pihak CDC mengesyorkan supaya anda melakukan ujian pita sebanyak tiga kali, pada tiga pagi yang berturutan, untuk meningkatkan kebarangkalian untuk menjumpai telur cacing jarum.
Untuk merawat jangkitan cacing jarum, doktor anda mungkin akan mengesyorkan ubat tersedia di kaunter pyrantel pamoate (Reese’s Pinworm Medication, Pin-X) atau mempreskripsikan ubat kepada ahli keluarga yang lain bagi mencegah jangkitan dan jangkitan semula.
Ubat yang paling biasa diberikan bagi anti parasit adalah:
Anda mungkin mempunyai kesan sampingan kepada perut semasa rawatan diberikan, dan anda selalunya perlu mengambil sekurang-kurangnya dua dos untuk menghapuskan cacing jarum sepenuhnya.
Berikut adalah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang mungkin boleh membantu anda:
Membasuh di waktu pagi
Oleh kerana cacing jarum bertelur di waktu malam, membasuh kawasan dubur pada waktu pagi akan membantu mengurangkan jumlah telur cacing jarum di badan anda. Mandi juga boleh membantu mengelakkan jangkitan semula di dalam air mandian.
Menukar pakaian dalam dan cadar setiap hari
Ini membantu membuang telur cacing.
Membasuh menggunakan air panas
Membasuh cadar, pakaian malam, pakaian dalam, kain dan tuala menggunakan air panas membantu membunuh telur cacing jarum. Mengeringkan pakaian mengunakan haba yang tinggi.
Jangan menggaru
Elakkan menggaru kawasan dubur. Potong kuku anak anda bagi mengurangkan ruang untuk telur terkumpul. Elakkan menggigit kuku.
Membasuh tangan anda
Bagi mengurangkan risiko anda untuk mendapatkan jangkitan, basuh tangan anda dengan sempurna selepas membuang air besar atau menukar lampin dan sebelum makan.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen