backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Penyakit Buta Warna, Adakah Langsung Tidak Ada WARNA Di Dalam Hidup Pesakit?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 28/08/2023

Penyakit Buta Warna, Adakah Langsung Tidak Ada WARNA Di Dalam Hidup Pesakit?

Orang yang ada penyakit buta warna dipercayai tidak dapat melihat warna-warni di dunia seperti mana mata kita yang normal dengan baik. Ia sudah tentu akan menjejaskan kualiti hidup mereka!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mata, anda boleh klik di sini.

Definisi

Apa itu penyakit buta warna?

Buta warna adalah keadaan biasa, yang merupakan kesukaran atau ketidakupayaan untuk membezakan warna.

Orang yang buta warna tidak boleh membezakan antara warna merah dan hijau dalam hampir semua kes.

Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes yang kurang biasa orang yang buta warna tidak dapat membezakan antara warna kuning dan biru.

Buta warna bermula dari buta warna ringan sehingga buta warna yang teruk.

  • Kes ringan lebih kerap. Orang yang mempunyai buta warna, dalam kes ini, boleh melihat kuning, kelabu, kuning air, biru daripada merah, hijau, dan warna teal (hijau kebiruan)
  • Kes yang teruk jarang berlaku. Orang yang mempunyai buta warna total (akromatopsia) hanya dapat melihat warna kelabu, hitam dan putih.

Terdapat dua jenis buta warna:

  • Buta warna yang diwarisi lebih kerap daripada buta warna perolehan. Ia berlaku kerana kecacatan genetik. Sejarah keluarga yang mempunyai buta warna adalah faktor risiko tertinggi untuk keadaan ini.
  • Buta warna perolehan berkembang semasa hidup yang disebabkan oleh penyakit yang merosakkan saraf optik atau retina mata.

Bagaimana dengan risiko saya untuk terkena?

Buta warna adalah perkara biasa. Ia biasa lebih banyak menjejaskan lelaki daripada wanita. Ia boleh menjejaskan pesakit tanpa mengira usia. Ia juga boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda.

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat dan nasihat lebih lanjut.

Simptom

Apa simptom penyakit buta warna?

Simptom-simptom buta warna yang paling kerap adalah perubahan dalam penglihatan anda, sama ada ia menjadi lebih sukar untuk membezakan antara beberapa warna yang berbeza (contohnya, cahaya lalu lintas merah dan hijau) atau warna mungkin kelihatan kurang terang daripada sebelumnya.

Anda harus rujuk doktor sekiranya mengesyaki anda atau anak anda mempunyai buta warna.

Doktor akan dapat mengesahkan diagnosis dan menyingkirkan isu kesihatan lain yang lebih serius.

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang mana-mana gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus jumpa dengan doktor?

penyakit buta warna

Anda harus menghubungi doktor anda jika anda mempunyai sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang soalan.

Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik untuk berjumpa dan berbincang dengan doktor pakar mata anda tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apa punca kondisi buta warna?

Penyebab buta warna itu mungkin berlainan di mana satu atau lebih dari kerucut ini di retina anda rosak atau tidak ada, seperti:

  • Keturunan;
  • Penyakit-penyakit: glaukoma, degenerasi makula, kencing manis, retinopati, penyakit Parkinson, penyakit Alzheimer, sklerosis berbilang;
  • Mengambil beberapa ubat, seperti ubat antipsikotik chlorpromazine (Thorazine) dan thioridazine (Mellaril), etambutol antibiotik (Myambutol);
  • Mempunyai kondisi katarak.

Faktor Risiko

Apa faktor risiko masalah mata ini?

Terdapat banyak faktor risiko untuk buta warna, seperti:

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

penyakit buta warna

Bagaimana pesakit penyakit buta warna didiagnosis?

Buta warna boleh didiagnosis melalui ujian “plat pseudo-isokromatik”. Jika anda buta warna anda mungkin tidak dapat melihat nombor tersebut atau mungkin melihat nombor yang berbeza.

Bagaimana pesakit penyakit buta warna dirawat?

Sekiranya buta warna disebabkan oleh penggunaan ubat-ubatan tertentu atau keadaan yang boleh dibantu dengan terapi lain, anda boleh berhenti menggunakan ubat-ubatan atau merawat keadaan tersebut untuk merawat masalah buta warna.

Atas sebab-sebab lain, tiada rawatan bagi kebanyakan jenis penyakit buta warna.

Bagaimanapun, memakai penapis berwarna di atas kaca mata atau kanta sentuh berwarna boleh meningkatkan pengamatan senjang (kontras) anda.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani kondisi buta warna?

Gaya hidup dan remedi di rumah yang berikut mungkin membantu anda mengurus buta warna:

  • Menghafal urutan objek berwarna.
  • Melabel barang berwarna yang anda mahu padankan dengan barang lain.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 28/08/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan