Apa itu Bursitis Buku Lali?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Bursitis Buku Lali?

Bursitis pada sendi buku lali adalah penyakit keradangan bursa yang ditempatkan di sekitar sendi pergelangan kaki. Bursa adalah sejenis kantung yang dipenuhi dengan cecair likat. Bursa pada sendi buku lali bertindak sebagai kusyen antara tendon, ligamen, otot dan tulang sendi pergelangan kaki. Cecair likat dalam bursa dihasilkan oleh membran sinovial. Kantung lembut bursa yang dipenuhi dengan cecair likat berminyak akan bertindak sebagai pelincir yang mengakibatkan pengurangan geseran antara tulang dan tisu lembut seperti otot, tendon dan ligamen.

Apakah kebarangkalian Bursitis Buku Lali?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Bursitis Buku Lali?

Tanda-tanda umum bagi bursitis buku lali adalah:

  • Rasa sakit di bahagian belakang buku lali anda
  • Ketempangan semasa berjalan
  • Pergerakan yang berkurang atau kekakuan pergelangan kaki anda
  • Kulit yang merah, hangat dan bengkak di atas buku lali atau tumit anda

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Bursitis Buku Lali?

  • Kecederaan secara langsung ke buku lali anda
  • Tekanan pada buku lali anda, seperti apabila anda bersenam di atas tanah yang tidak rata atau memakai kasut yang tidak sesuai
  • Penggunaan pergelangan kaki dengan berlebihan, seperti ketika anda berjalan atau berlari untuk waktu yang lama
  • Jangkitan bakteria
  • Keadaan perubatan, seperti artritis reumatoid atau gout

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Bursitis Buku Lali?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Bursitis Buku Lali didiagnosis?

Penyedia penjagaan kesihatan anda akan memeriksa pergelangan kaki anda dan bertanya tentang sebarang kecederaan atau aktiviti anda. Anda mungkin perlu menjalani mana-mana yang berikut:

  • Ujian darah: Darah anda mungkin perlu diambil untuk memeriksa sebarang jangkitan. Penyedia penjagaan kesihatan juga boleh memeriksa terhadap penyakit lain yang mungkin menyebabkan bursitis anda, seperti artritis reumatoid.
  • X-ray: Imbasan ini akan menunjukkan masalah pada kedudukan tulang, artritis, atau tulang patah/retak.
  • MRI: Imbasan ini menggunakan magnet yang kuat dan komputer untuk mengimbas buku lali anda. MRI boleh menunjukkan sebarang kerosakan tisu atau artritis. Anda boleh diberikan pewarna kontras untuk membolehkan imbasan dilihat dengan lebih baik. Beritahu penyedia penjagaan kesihatan jika anda pernah mengalami tindak balas alahan terhadap pewarna kontras. Jangan masuk ke bilik MRI dengan apa-apa logam. Logam boleh menyebabkan kecederaan serius. Beritahu penyedia penjagaan kesihatan jika anda mempunyai sebarang logam di dalam atau pada badan anda.
  • Kultur cecair: Penyedia penjagaan kesihatan akan menggunakan jarum untuk mengambil sampel cecair dari bursa anda. Cecair tersebut akan dihantar ke makmal dan diuji untuk jangkitan. Pembuangan cecair bursa juga boleh membantu melegakan gejala anda.

Bagaimana pesakit Bursitis Buku Lali dirawat?

Ubat-ubatan

  • NSAID: Ubat-ubatan ini akan mengurangkan keadaan bengkak, sakit, dan demam. NSAID boleh didapati tanpa preskripsi dari doktor. Sila rujuk penyedia penjagaan kesihatan anda berkenaan apa yang sesuai untuk anda. Pastikan tentang berapa banyak yang perlu diambil dan bila untuk mengambilnya. Ambil ubat ini seperti yang diarahkan. NSAID boleh menyebabkan masalah pendarahan perut dan masalah buah pinggang jika tidak diambil dengan betul.
  • Antibiotik: Ubat ini membantu melawan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Anda mungkin memerlukan antibiotik jika bursitis anda disebabkan oleh jangkitan.
  • Suntikan steroid: Suntikan ini akan membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak.
  • Pembedahan: Anda mungkin memerlukan pembedahan untuk mengeluarkan bursa atau sebahagian daripada tulang buku lali anda. Pembedahan hanya dilakukan apabila rawatan lain telah tidak berfungsi.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Bursitis Buku Lali?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani bursitis buku lali:

  • Sisipan kasut: Penyedia penjagaan kesihatan anda boleh membekalkan sisipan kasut dengan potongan di sekitar kawasan yang sakit. Anda mungkin perlu memakai kasut dengan kaunter tumit yang kuat (belakang kasut). Ini akan memberi kawalan tumit yang lebih baik. Anda mungkin memerlukan sisipan kasut lain, seperti baji, untuk meningkatkan tumit anda supaya tidak menekan pada bahagian belakang kasut.
  • Rehat: Rehatkan pergelangan kaki sebanyak mungkin untuk mengurangkan kesakitan dan pembengkakan. Mula laksanakan kerja dengan lebih banyak setiap hari secara perlahan-lahan. Kembali ke aktiviti harian anda seperti mana yang diarahkan.
  • Ais: Ais membantu mengurangkan bengkak dan kesakitan. Ais juga boleh membantu mencegah kerosakan tisu. Gunakan pek ais, atau letakkan ais yang dihancurkan ke dalam beg plastik. Tutup dengan tuala dan letakkan pada buku lali anda selama 15 hingga 20 minit, 3 hingga 4 kali setiap hari, seperti yang diarahkan.
  • Haba: Haba membantu mengurangkan kesakitan dan kekakuan. Letakkan haba pada buku lali anda selama 15 hingga 20 minit, 3 hingga 4 kali setiap hari, seperti yang diarahkan.
  • Terapi fizikal: Ahli terapi fizikal akan mengajar anda senaman untuk membantu meningkatkan pergerakan, kekuatan, dan mengurangkan kesakitan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 27, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.