Apa itu Bullous Pemphigoid?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Bullous Pemphigoid?

Bullous pemphigoid merupakan penyakit kulit yang jarang berlaku. Penyakit ini bermula dengan kemerahan atau ruam (urtikaria) dan bertukar kepada melecur yang besar selepas beberapa minggu atau bulan. Penyakit ini boleh bertukar menjadi kronik jika dibiarkan atau kembali seperti biasa selepas penyembuhan.

Apakah kebarangkalian Bullous Pemphigoid?

Penyakit ini amat biasa dalam kalangan mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan terutamanya berbahaya bagi pesakit yang mempunyai kesihatan yang tidak baik. Anda boleh mengehadkan keupayaan anda mendapatkan penyakit ini dengan mengurangkan faktor-faktor risiko. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Bullous Pemphigoid?

Beberapa pesakit tidak memiliki apa jua gejala. Beberapa tompok mungkin terjadi seperti kemerahan, gatal-gatal, rasa terbakar. Kes-kes yang serius, lecur akan berlaku. Ia biasa terjadi pada ketiak, tangan, abdomen, peha dalam dan kaki. Secara puratanya 1/3 pesakit pemphigoid, bullous boleh membesar di dalam mulut. Lecur ini boleh pecah, membentuk ulser atau luka terbuka.

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa jua gejala, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda menderita daripada lecur tanpa mengetahui puncanya atau kulit mungkin ruam dan gatal-gatal yang tidak boleh disembuhkan di rumah, sila datang berjumpa doktor. Status dan keadaan mungkin pelbagai dalam kebanyakkan individu. Selalu berbincang dengan doktor anda untuk ditetapkan kaedah-kaedah diagnostik, rawatan dan rawatan terbaik untuk anda.

Punca

Apakah Punca Bullous Pemphigoid?

Masih tidak jelas namun mungkin berkait dengan gangguan sistem imun, kesan-kesan daripada beberapa penyakit lain, atau akibat daripada kesan-kesan sampingan ubat. Ini terjadi akibat daripada masalah sistem imun. Sistem imun dalam tubuh anda selalu menghasilkan antibodi untuk melawan bakteria, virus atau bahan-bahan asing yang boleh merbahayakan yang lain. Untuk sebab-sebab yang tidak dapat dijelaskan, tubuh mula menghasilkan antibodi. Apabila menderita daripada bullous pemphigoid, sistem imun menghasilkan antibodi antara epidermis (lapisan kulit luar yang terdiri daripada beberapa lapisan sel) dan dermis (lapisan sebelah dalam kulit manusia yang terdiri daripada saluran darah, tisu pengikat dan lemak). Antibodi ini diaktifkan dan aktiviti keradangan, menghasilkan lecur dan gatal-gatal.

Juga, beberapa kes yang lain yang boleh menyebabkan bullous pemphigoid:

  • Perubatan: guna beberapa ubat yang boleh menyebabkan bullous pemphigoid termasuk: penisilin, etanercept (Enbrel), sulfasalazine (Azulfidine) dan furosemide (Lasix).
  • Guna terapi cahaya dan penyinaran: menggunakan terapi cahaya UV untuk merawat keadaan kulit tertentu yang boleh menyebabkan bullous pemphigoid, eg terapi penyinaran untuk rawatan kanser.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Bullous Pemphigoid?

Bullous pemphigoid selalunya terjadi pada mereka yang berumur lebih 60 tahun ke atas, maka makin meningkatnya usia anda makin berkurang kesihatan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit.

Bukan bermakna jika anda tidak mempunyai faktor-faktor risiko anda tidak boleh jatuh sakit. Tanda-tanda ini adalah sebagai rujukan sahaja. Anda patut berunding dengan doktor pakar untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Bullous Pemphigoid didiagnosis?

Doktor anda akan mendiagnosis berdasarkan sejarah perubatan dan titik ujian kulit. Doktor akan memeriksa kulit luaran yang membengkak, ujian sampel kulit dan untuk beberapa kes perlu mengambil ujian darah. Juga melakukan biopsi kulit, mengambil sampel kecil untuk ujian kulit untuk mengesahkan diagnosis tersebut.

Bagaimana pesakit Bullous Pemphigoid dirawat?

Ubat anti keradangan dipanggil kortikosteroid akan ditetapkan oleh doktor. Ubat-ubat boleh didapati dalam bentuk oral dan suntikan. Untuk kes penyakit ringan atau pengesanan awal, para pesakit akan menggunakan kortikosteroid topikal. Doktor anda mungkin juga menetapkan ubat untuk menguatkan sistem imun.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Bullous Pemphigoid?

Berikutnya merupakan gaya hidup dan rawatan sampingan di rumah yang mungkin boleh membantu anda mengatasi bullous pemphigoid:

  • Mengambil ubat yang telah ditetapkan. Juga beritahu doktor anda mengenai semua ubat yang anda sedang ambil, termasuk ubat dengan preskripsi.
  • Makan dengan berkhasiat. Atau diet cecair yang ringan yang boleh membantu melegakan sakit apabila makan atau menelan.
  • Bersihkan kulit untuk mencegah jangkitan.
  • Periksa proses kesembuhan kulit. Pantau tanda-tanda jangkitan seperti kemerahan, pelepasan, sakit, membengkak atau bengkak pada kelenjar limfa dan demam.
  • Kerap membasuh baju, tuala dan kain linen jika bullous berselut, pecah, bersisik atau jangkitan.
  • Hubungi doktor anda jika anda mengalami gejala-gejala jangkitan, bengkak kulit yang teruk, atau muncul gejala-gejala yang baru.
  • Pergi ke klinik jika anda demam, lesu, keliru atau lemah.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 3, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 3, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut