Apa itu Blighted Ovum (Kehamilan tanpa embrio)?

Oleh

Definisi

Apa itu Blighted Ovum (Kehamilan tanpa embrio)?

Blighted ovum juga dikenali sebagai kehamilan tanpa embrio, berlaku apabila telur yang disenyawakan menempel pada dinding Rahim tetapi tidak membesar menjadi embrio. Blighted ovum berlaku semasa trimester pertama, sebelum wanita tersebut mengetahui bahawa dia sudah hamil. Ini juga merupakan salah satu jenis keguguran.

Walau bagaimanapun, wanita tersebut mungkin terlepas waktu haid dan positif ujian kehamilan. Hal ini kerana penghasilan hormone mengandung dirembeskan daripada uri, yang menyebabkan berlakunya symptom-simptom kehamilan. Tetapi apabila uri berhenti membesar dan penghasilan hormone semakin rendah, simptom tersebut juga akan hilang. Pada waktu ini, kejang abdomen minor , tompok merah atau pendarahan mungkin akan berlaku.

Apakah kebarangkalian Blighted Ovum (Kehamilan tanpa embrio)?

Keadaan kesihatan ini biasa terjadi kepada wanita yang lebih tua. Ia boleh diatasi dengan mengurangkan factor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Blighted Ovum (Kehamilan tanpa embrio)?

Blighted ovum boleh menjadi tanda kehamilan pada beberapa bulan pertama, yang membuatkan wanita ini percaya bahawa mereka masih mengandung. Tetapi selepas beberapa bulan, anda mungkin mengalami:

  •  Kejang abdomen;
  •  Tompok atau pendarahan daripada vagina;
  •  Haid yang banyak daripada biasa.

Terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. SIla berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom yang anda alami.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda mempunyai mana-mana tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Tindakbalas badan berbeza mengikut individu. Berbincang dengan doktor tentang penyelesaian yang sesuai adalah yang terbaik untuk anda.

Punca

Apakah Punca Blighted Ovum (Kehamilan tanpa embrio)?

Blighted ovum selalunya disebabkan oleh masalah dengan kromosom – struktur yang membawa genetik. Hal ini mungkin kerana ia datang daripada sperma atau telur berkualiti rendah. Kadangkala, blighted ovum berlaku kerana pembahagian sel tidak normal. Apabila badan anda mengesan kromosom tidak normal ini, keguguran akan berlaku.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Blighted Ovum (Kehamilan tanpa embrio)?

Blighted ovum terjadi lebih kerap dalam kalangan waita yang sudah tua.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Blighted Ovum (Kehamilan tanpa embrio) didiagnosis?

Kebanyakan wanita yang mempunyi masalah blighted ovum menganggap dirinya sudah mengandung sehingga adanya symptom. Ujian kehamilan biasa tidak dapat memberi diagnosis. Ini adalah sebab kenapa perlunya seorang doktor menggunakan ultrasound unutk menentukan sekiranya kantung hamil itu berisi atau kosong.

Bagaimana pesakit Blighted Ovum (Kehamilan tanpa embrio) dirawat?

Jika anda disahkan mempunyai blighted ovum, doktor akan menasihati anda untuk menunggu keguguran secara semulajadi, sebelum prosedur D&C (dilatation & curettage) dilakukan untuk membuang isu uri tadi. Ia dipercayai bahawa badan wanita mempu  untuk melepaskan tisu dengan sendirinya dan tidak memerlukan prosedur pembedahan yang berbahaya dan mempunyai risiko komplikasi.

Wlau bagaimanapun, anda boleh memilih prosedur D&C sekiranya anda merancang mempunyai seorang pakar patologi untuk memeriksa tisu tersebut dan menentukan sebab berlakunya keguguran.

Menggunakan ubat-ubatan seperti misoprostol sebagai asas rawatan pesakit luar mungkin menjadi pilihan yang lain. Dengan ubat ini, anda mungkin mengalami pendarahan yang banyak dan beberapa kesan sampingan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Blighted Ovum (Kehamilan tanpa embrio)?

Selepas keguguran, doktor anda akan mengesyorkan untuk anda menunggu sekurang-kurangnya 1-3 kali kitaran haid sebelum mencuba utuk mengandung semula.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 5, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.