Apa itu Blepharoplasti?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Ketahui asas-asasnya

Apa itu Blepharoplasti?

Blefaroplasti adalah pembedahan yang meningkatkan penampilan kelopak mata atas, kelopak mata bawah atau kedua-duanya. Apabila usia anda semakin meningkat, kelopak mata anda meregang dan levator kelopak mata menjadi lebih lemah. Sebagai akibatnya, tisu adipos berlebihan berkumpul di bahagian atas dan bawah kelopak mata sehingga kening jatuh, kelopak mata atas jatuh dan menyebabkan bengkak mata.

Proses penuaan bukan sahaja menjadikan anda kelihatan lebih tua, mengendurkan beg kulit di sekeliling mata, tetapi juga mengurangkan penglihatan di tepi mata (penglihatan luaran), terutama bahagian atas penglihatan. Blefaroplasti dapat mengurangkan atau membatasi masalah penglihatan dan menjadikan mata anda kelihatan lebih muda dan lebih bersemangat.

Mengapa Blefaroplasti dilakukan?

Anda harus mempertimbangkan blefaroplasti jika kelopak mata anda jatuh menyebabkan mata tidak terbuka sepenuhnya atau menarik kelopak mata bawah ke bawah. Jika tisu berlebihan pada kelopak mata atas, kelopak mata bawah atau kedua-duanya dikeluarkan, ia akan meningkatkan penglihatan anda dan menjadikan mata anda kelihatan lebih muda dan lebih cergas.

Anda harus menjalani pembedahan ini jika anda mempunyai:

  • Kelopak mata atas lembik atau bengkak;
  • Lebihan kulit kelopak mata atas menghalang penglihatan periferi anda;
  • Kelopak mata bawah jatuh, yang menunjukkan putih di bawah anak mata;
  • Lebihan kulit pada kelopak mata atas;
  • Bengkak di bawah mata.

Fahami risiko

Apakah risiko Blefaroplasti?

Blefaroplasti adalah sejenis pembedahan plastik. Komplikasi yang teruk atau kronik jarang berlaku tetapi komplikasi mungkin berlaku dalam sesetengah kes. Kerana pembedahan dilakukan di sekitar mata, kemungkinan besar akan menyebabkan komplikasi lebih banyak dari pembedahan plastik lain.

Blefaroplasti biasanya dilakukan secara berasingan dari pembedahan kelopak mata bawah. Anda harus bersedia untuk dua pembedahan yang berbeza.

Anda harus ambil perhatian bahawa blefaroplasti tidak dapat menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, mengangkat kening yang kendur atau menghilangkan kedutan halus di tepi mata

Adalah penting anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani pembedahan ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Punca

Apakah persediaan yang saya harus lakukan sebelum menjalani Blefaroplasti?

Blefaroplasti biasanya dilakukan di bawah anestesia, di mana kelopak mata anda akan dilumpuhkan.

Doktor anda juga meminta anda berhenti makan dan minum, biasanya dalam masa 6 jam sebelum pembedahan. Adalah penting untuk mengikuti arahan pakar anestesi dan pakar bedah anda. Berhenti minum alkohol atau mengambil sedatif dalam masa 24 jam sebelum dilumpuhkan.

Apakah yang berlaku semasa Blefaroplasti?

Proses ini berbeza mengikut perincian pembedahan, tetapi secara amnya, pakar bedah itu akan:

  • Buat insisi di lipatan kulit pada merentasi kelopak mata, untuk merawat kelopak mata atas yang kendur
  • Buat insisi sama ada betul-betul di bawah bulu mata atau di bahagian dalam kelopak mata bawah (insisi trans konjunktiva) untuk merawat kelopak mata bawah
  • Mengeluarkan kulit yang berlebihan, lemak berlebihan dialih semula atau dikeluarkan.
  • Mengetatkan lapisan tisu bawah (seperti otot) dengan sutur-sutur, jika diperlukan.
  • Cuba untuk menyembunyikan semua insisi dalam lipatan kulit semula jadi dan kedutan
  • Tutup insisi dengan jahitan, pita pembedahan atau gam tisu.

Gam tisu, atau pengapan fibrin, boleh digunakan untuk mencantum lapisan tisu bersama semasa pembedahan dan untuk mengurangkan lebam selepas pembedahan. Ia diperbuat daripada unsur-unsur darah manusia yang dihasilkan daripada plasma darah penderma. Plasma disaring untuk hepatitis, sifilis dan HIV sebelum digunakan. Komponen darah juga melalui proses rawatan haba untuk mengelakkan sebarang penjalaran virus.

Gam tisu telah digunakan dengan selamat selama bertahun-tahun sebagai sten dalam pembedahan kardiovaskular dan am.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Pemulihan

Apa yang berlaku selepas Blefaroplasti?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 4, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda