Apa itu Blefarospasme?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Blefarospasme?

Bagi memahami dengan mudah kita harus mengetahui maksud dua bahagian perkataan ini. Blefaro bermaksud “kelopak mata”. Spasme bermaksud “kontrasi otot yang tidak terkawal”. Blefarospasme adalah spasme otot kelopak mata yang berulang-ulang dan tidak sengaja.

Kelopak mata atas adalah tempat di mana sentakan kelopak biasanya berlaku, tetapi ia boleh berlaku pada kedua-dua bahagian atas dan bawah kelopak mata. Spasme ini biasanya sangat sederhana dan rasa seperti direntap dengan lembut pada kelopak mata. Orang lain mungkin mengalami spasme yang kuat sehingga cukup bagi memaksa anda untuk menutup kelopak mata dengan rapat. Selain itu, sesetengah orang tidak pernah mengalami apa-apa tanda yang ketara.

Sentakan kelopak mata tidak sakit dan bahaya, tetapi ia boleh mengganggu dan menyebabkan masalah kepada anda. Kebanyakan spasme akan hilang dengan sendirinya tanpa memerlukan rawatan.

Bagi kes-kes terpencil, spasme kelopak mata mungkin menjadi petanda awal bagi gangguan pergerakan kronik, terutamanya jika spasme tersebut dikaitkan dengan sentakan wajah yang lain atau pergerakan yang tidak dapat dikawal.

Apakah kebarangkalian Blefarospasme?

Blefarospasme semakin dikenali sebagai punca kepada ketakupayaan. Ia melibatkan lebih kurang 32 /100,000 orang. Blefarospasme biasanya bermula ketika berusia 50 atau 60 tahun dan lebih banyak berlaku pada wanita (3:1). Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Blefarospasme?

Simptom-simptom biasa bagi Blefarospasme ialah:

  • Kadar kelip mata
  • Spasme kelopak mata
  • Iritasi mata
  • Spasme bahagian tengah atau bawah muka
  • Spasme kening
  • Tik kelopak mata
  • Mata berair
  • Fotofobia
  • Sakit mata yang samar-samar

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mempunyai sebarang masalah berikut:

  • Mata anda merah, bengkak, atau mengalami lelehan yang luar biasa.
  • Kelopak mata bahagian atas anda jatuh ke bawah.
  • Kelopak mata anda tutup sepenuhnya setiap kali sentakan kelopak mata anda berlaku.
  • Sentakan berterusan untuk beberapa minggu.
  • Sentakan mula melibatkan bahagian wajah anda yang lain.

Punca

Apakah punca Blefarospasme?

Spasme kelopak mata boleh berlaku tanpa sebarang punca yang dapat dikenal pasti, dan oleh kerana ia jarang sekali menjadi petanda kepada masalah yang serius, punca bagi Blefarospasme biasanya tidak diselidik. Walau bagaimanapun, sentak kelopak mata boleh disebabkan atau bertambah teruk dengan:

  • Pening.
  • Iritasi mata.
  • Strain pada kelopak mata.
  • Letih.
  • Kurang tidur.
  • Penggunaan tenaga fizikal.
  • Kesan sampingan ubat.
  • Stress.
  • Penggunaan alkohol, tembakau, atau kafein.

Sekiranya spasme menjadi kronik, ia dikenali sebagai “Blefarospasme esensial benigna,” yang merupakan nama bagi pergerakan kelopak mata kronik dan tidak terkawal. Keadaan ini biasanya melibatkan kedua-dua belah mata.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Blefarospasme?

Terdapat banyak faktor risiko bagi Blefarospasme, seperti:

  • Kecederaan kepala atau muka.
  • Sejarah keluarga yang mempunyai distonia atau tremor.
  • Refleks Blefarospasme dilaporkan berlaku apabila mata menjadi terlalu kering dan blefaritis, radang intraocular, iritasi meningeal, sensitiviti terhadap cahaya.
  • Stress boleh membuat Blefarospasme menjadi bertambah buruk.
  • Ubat-ubatan, seperti yang digunakan bagi merawat penyakit Parkinson, telah dikaitkan dengan Blefarospasme.
  • Kajian awal berpendapat bahawa menghisap rokok bukanlah faktor risiko namun kajian terkini tidak lagi menyokong pendapat ini.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Blefarospasme didiagnosis?

Diagnosis klinikal. Diagnosis Blefarospasme dilakukan secara klinikal dan dilakukan dengan mengambil sejarah dan pemeriksaan fizikal yang teliti.

Prosedur diagnostik. Bleferospasme esansial benigna merupakan diagnosis klinikal dan didiagnosis selepas menolak kemungkinan masalah lain. Kajian neuroradiologik secara umumnya tidak menunjukkan sebarang sebab dan jarang diperlukan dalam proses diagnosis.

Ujian makmal. Ujian makmal tidak mempunyai kegunaan dalam mendiagnosis dan mengkaji Blefarospasme.

Diagnosis bandingan

  • Miokimia ocular.
  • Sekunder kepada iritasi ocular (seperti mata kering, blefaritis, …)
  • Tik muka (Sindrom Tourette).
  • Spasme hemifasial (kontrasi pada seluruh bahagian sebelah muka).
  • Palsi serebrum.
  • Fungsian (kecederaan fokal otak atau tumor).
  • Sawan fokal.
  • Jangkitan.

Bagaimana pesakit Blefarospasme dirawat?

Kebanyakan spasme kelopak mata akan hilang tanpa rawatan dalam masa beberapa hari atau minggu. Bagi menghilangkan ketakselesaan sentak mata, anda harus mengurangkan stress dan cuba nasihat berikut:

  • Kurang minum kafein.
  • Dapatkan tidur yang cukup.
  • Pastikan permukaan dan lapisan mata anda diletak pelincir menggunakan air mata palsu atau ubat titik mata yang boleh didapati di farmasi tanpa preskripsi.
  • Letak demah suam pada mata anda apabila spasme bermula.

Pembedahan bagi membuang sedikit otot dan saraf kelopak mata (miektomi). Pembedahan ini dilakukan bagi merawat kes Blefarospasme esensial benigna yang lebih teruk. Terapi fizikal juga mungkin bagus bagi melatih otot wajah anda untuk relaks.

Rawatan-rawatan lain termasuklah:

  • Akupunktur.
  • Biomaklumbalas.
  • Hipnosis.
  • Terapi urut.
  • Terapi nutrisi.
  • Psikoterapi, yang boleh bagus untuk Sindrom Tourette.
  • Tai Chi.
  • Yoga dan teknik meditasi yang lain untuk relaksasi.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Blefarospasme?

Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi Blefarospasme:

  • Jika spasme kelopak mata anda berlaku lebih kerap daripada biasa, buat satu jurnal dan catat apabila spasme berlaku. Selain itu, catat juga pengambilan kafein, tembakau, dan alkohol anda serta paras stress dan berapa banyak anda tidur dalam tempoh sebelum atau semasa sentakan kelopak mata berlaku.
  • Cuba tidur 30 minit hingga sejam lebih awal bagi menghilangkan ketegangan pada kelopak mata anda dan bagi mengurangkan spasme anda jika anda tidak mempunyai tidur yang cukup dan lebih banyak spasme yang berlaku.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Jun 21, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 21, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.