backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Blefaritis

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Blefaritis?

Blefaritis adalah radang pada kelopak mata. Blefaritis biasanya dikaitkan dengan bahagian kelopak mata di mana bulu mata tumbuh dan melibatkan kedua-dua belah mata. Radang pada kelopak mata ini adalah punca yang paling biasa menyebabkan mata kering.

Blefaritis biasanya kelihatan apabila kelenjar minyak kecil yang mana terletak berdekatan dengan bahagian dasar bulu mata telah tersumbat. Masalah ini akan membuat mata anda menjadi iritasi dan merah. Beberapa penyakit dan keadaan boleh menyebabkan Blefaritis.

Blefaritis biasanya adalah keadaan kronik yang sukar dirawat. Blefaritis boleh menyebabkan ketakselesaan dan mungkin menyakitkan mata. Tetapi biasanya ia tidak menyebabkan kerosakan kekal pada pandangan mata anda. Walaupun mata pesakit merah dan iritasi, penyakit ini tidak berjangkit.

Apakah kebarangkalian Blefaritis?

Blefaritis biasa berlaku. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Blefaritis?

Keradangan kelopak mata biasanya disedari kerana ia boleh merengsa mata anda dan mungkin boleh menganggu penglihatan anda. Simptom-simptom keradangan termasuklah:

  • Gatal kelopak mata.
  • Kelopak mata bengkak.
  • Kelopak mata merah atau radang.
  • Rasa seperti terbakar di dalam mata.
  • Kelopak mata berminyak.
  • Rasa seperti ada sesuatu di dalam atau di atas mata.
  • Mata merah.
  • Mata berair.
  • Keruping di atas bulu mata atau pada bucu mata anda.
  • Sensitif terhadap cahaya.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda mempunyai simptom dan tanda Blefaritis yang dilihat tidak bertambah baik meskipun dengan kebersihan yang baik – selalu mencuci dan menjaga kawasan yang terlibat – buat temu janji dengan doktor anda.

Punca

Apakah punca Blefaritis?

Punca sebenar Blefaritis masih belum jelas. Ia mungkin berkaitan dengan satu atau lebih faktor, termasuk:

  • Seboreik dermatitis. Kelemumur pada kulit kepala dan bulu kening.
  • Jangkitan bakteria.
  • Kelenjar minyak pada kelopak mata anda tersumbat atau malfungsi.
  • Keadaan kulit yang dicirikan dengan muka kemerahan.
  • Alahan.
  • Kutu atau sengkenit bulu mata.
  • Ketakseimbangan hormon.

Terdapat dua jenis keradangan kelopak mata: anterior dan posterior.

  • Radang mata anterior berlaku pada luar mata anda di mana bulu mata anda terletak. Kelumumur pada kening mata anda dan reaksi alahan di dalam mata anda boleh menyebabkan radang kelopak mata anterior.
  • Radang mata posteror berlaku biasanya pada bucu dalam mata anda. Bentuk radang ini biasanya disebabkan oleh malfungsi kelenjar minyak pada folikel bulu mata anda.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Blefaritis?

Terdapat banyak faktor risiko untuk Blefaritis, seperti:

  • Kesan sampingan ubat.
  • Malfungsi kelenjar minyak.
  • Kelumumur pada kulit kepala atau kening.
  • Mempunyai reaksi alahan pada alat solek atau produk kosmetik lain yang anda guna di sekeliling mata anda, mengakibatkan radang kelopak mata.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Blefaritis didiagnosis?

Ujian dan prosedur yang digunakan bagi mendiagnosis Blefaritis termasuk:

  • Memeriksa kelopak mata. Doktor anda akan memeriksa kelopak mata dan mata anda dengan teliti. Alat kanta khusus digunakan ketika pemeriksaan.
  • Sapuan kulit untuk diuji. Bagi kes tertentu, doktor anda akan menggunakan sapuan bagi mengumpul sampel minyak atau keruping yang terbentuk pada kelopak mata anda. Sampel ini boleh dianalisa untuk bakteria, fungi atau sebagai bukti alahan.

Bagaimana pesakit Blefaritis dirawat?

    • Jika anda menghidapi Blefaritis, ambil langkah-langkah yang disenaraikan di bawah bagi membantu mencuci mata anda:
      • Basahkan tuala yang bersih di dalam air suam (tidak panas).
      • Perah tuala tersebut dan letakkan pada kelopak mata anda yang sedang tertutup selama 5 minit.
      • Basah semula tuala sekiranya perlu agar tuala sentiasa suam. Ini dapat bantu melembutkan keruping dan melonggarkan sisa minyak.
    • Ubat bagi melawan jangkitan. Antibiotik dipreskripsi untuk kelopak mata yang telah dijangkiti. Antibiotik akan menghilangkan simptom dan menyembuhkan jangkitan pada kelopak mata. Pelbagai bentuk, termasuk ubat titik mata, krim dan minyak untuk digunakan pada kelopak mata anda. Jika antibiotik topikal tidak berkesan, doktor anda akan menyarankan antibiotik oral.
  • Ubat bagi mengawal keradangan. Ubat titik mata atau minyak steroid boleh mengurangkan radang. Kedua-dua antibiotik dan ubat antiradang boleh dipreskripsi bersama.
  • Ubat yang menganggu sistem imun. Cyclosporine (Restasis) tropikal ialah perencat kalsineurin yang telah terbukti dapat menghilangkan beberapa tanda dan simptom Blefaritis.
  • Rawatan bagi punca dalaman. Blefaritis yang disebabkan oleh seboreik dermatitis, rosacea atau penyakit lain boleh dikawal dengan merawat punca penyakit tersebut.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Blefaritis?

Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi Blefaritis:

  • Pastikan kelopak mata anda sentiasa bersih
  • Pastikan anda selalu mencuci muka. Ini termasuk membuang solekan pada mata dan wajah anda sebelum tidur. Jangan sentuh mata anda dengan tangan yang kotor dan jangan gosok kelopak mata yang gatal. Gosokan pada mata anda boleh membuatkan jangkitan yang ada merebak.
  • Jangan guna celak pada bahagian tepi kelopak mata anda di belakang bulu mata.
  • Jika anda berada di tahap awal rawatan Blefaritis, anda boleh menghalang iritasi yang akan datang dengan tidak menggunakan solekan.
  • Apabila anda mahu kembali bersolek, tukar produk yang digunakan di dalam atau berdekatan kelopak mata anda. Produk tersebut mungkin telah tercemar.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 13/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan