backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Bisul Paru-paru (lung abcess)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Mellisa Lim · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Bisul Paru-paru (lung abcess)?

isul paru-paru ialah jangkitan pada paru-paru. Penyakit ini menyebabkan pembengkakan nanah, kematian tisu paru-paru dan pembentukan kaviti yang mengandungi sisa tisu mati (necrosis debris) atau diterjemahkan dengan jangkitan mikrob. Pembentukan pelbagai bisul boleh menyebabkan pneumonia atau kematian tisu paru-paru (lung necrosis).

Apakah kebarangkalian Bisul Paru-paru (lung abcess)?

Penyakit ini boleh berlaku pada mana-mana usia. Bagaimanapun, mereka yang berusia 60 tahun ke atas terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk mengalami bisul paru-paru. Anda boleh mengelak dari penyakit ini dengan mengurangkan faktor risiko. Sila rujuk nasihat doktor untuk maklumat lebih lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Bisul Paru-paru (lung abcess)?

Gejala-gejala bisul paru-paru biasanya muncul sekitar beberapa minggu hingga beberapa bulan, antaranya termasuk demam, menggigil, berpeluh, batuk, dan air liur berbau kurang menyenangkan. Pesakit sering mengalami keletihan, merasa lemah, hilang selera makan, dan berat badan berkurangan. Kadangkala terjadi air liur berdarah dan sakit dada yang menjadi teruk selepas batuk atau pernafsan yang dalam. Pesakit boleh mengalami denyutan jangtung yang laju, sesak nafas, mendesah (wheezing) dan paru-paru berair (pleural effusion).

Mungkin akan ada beberapa gejala dan tanda yang tidak disebut di sini. Sekiranya anda ada sebarang persoalan, ajukan terus kepada doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda mengalami tanda dan gejala yang dinyatakan di atas atau mempunyai soalan yang berkaitan, sila rujuk terus pada doktor. Status dan keadaaan mungkin berlainan untuk setiap orang. Sentiasalah berbincang dengan doktor untuk menentukan kaedah diagnostik, rawatan dan pengubatan yang terbaik untuk anda.

Punca

Apakah Punca Bisul Paru-paru (lung abcess)?

Penyedutan masuk atau menelan bahan asing ialah penyebab utama pembentukan bisul paru-paru. Bahan asing terdiri dari makanan, minuman, muntah, atau rembesan dari mulut yang boleh disedut masuk. Bengkak, pneumonia dan pembentukan bisul (abcess) mungkin berlaku dalam 7-14 hari. Strok, gila babi (epilepsy), penyalahgunaan dadah, alkohol dan penyakit gigi, emphysema, kanser paru-paru dan gangguan esophageal boleh mengakibatkan kemasukan bahan asing dalam paru-paru.

Bakteria yang mengakibatkan bisul paru-paru biasanya dari jenis anaerobik (tidak memerlukan oksigen untuk hidup) dan masuk melalui mulut. Organisma mikro seperti parasit dan kulat juga boleh menyebabkan jangkitan paru-paru seterusnya mengakibatkan pembentukan bisul.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Bisul Paru-paru (lung abcess)?

Faktor-faktor ini boleh meningkatakn risiko bisul paru-paru. Antaranya:

  • Penggunaan alkohol (alkoholisme);
  • Penyalahgunaan dadah;
  • Mengalami masalah kesihatan lain seperti strok, gila babi (epilepsi), dan penyakit periondontal, emphysema, kanser paru-paru dan masalah esophageal (sekitar esofagus).

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Bisul Paru-paru (lung abcess) didiagnosis?

Doktor akan mendiagnos berdasarkan simptom serta X-ray pada bahagian dada. Doktor mungkim memerlukan tomografi bahagian dada untuk memeriksa bisul. Ujian darah dan air liur boleh membantu untuk mengenalpasti bakteria atau organisma mikro yang menyebabkan bisul. Doktor mungkin memerlukan bronkoskopi (bronchoscopy) untuk menolak kemungkinan kanser paru-paru sekiranya ada tanda bahan menghalang laluan angin.

Bagaimana pesakit Bisul Paru-paru (lung abcess) dirawat?

Mula-mula, doktor akan membuang organisma mikro yang mengakibatkan bisul paru-paru. Kemudian doktor akan merawak penyakit yang menjadi punca bisul seperti epilepsi, alkoholisme, penjagaan kebersihan oral (mulut) yang buruk atau strok.

Kebanyakan pesakit memerlukan kemasukan cecair dalam saluran darah (intravenous) dan pengambilan antibiotik secara oral selama 4-6 minggu. 95% daripada penyakit dapat disembuhkan, namun rawatan adalah bergantung kepada punca penyakit.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Bisul Paru-paru (lung abcess)?

Gaya hidup serta pengubatan sampingan berikut juga boleh membantu anda berhadapan dengan bisul paru-paru:

  • Mengambil semua antibiotik yang dipreskripsi
  • Hubungi doktor sekiranya anda mempunyai masalah epilepsi, sakit ketika menelan, makanan tersekat ketika ditelan, atau demam yang berterusan lebih dari 7 hari selepas pengambilan antibiotik.
  • Hubungi doktor sekirnya anda mempunyai masalah berkaitan alkohol atau dadah.
  • Nyatakan pada doktor sekiranya anda mengalami gejala seperti sakit dada yang berulang, demam atau batuk darah atau masalah dengan ubatan (ruam, cirit birit, lidah kembang, mendesah atau nafas singkat).

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Mellisa Lim · Disemak pada 13/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan