Apa itu Biopsi Pleura Abrams?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apa itu Biopsi Pleura Abrams?

Biopsi pleura Abrams biasanya merupakan cara yang selamat dan berkesan untuk mengetahui jika anda mempunyai tuberkulosis.

Biopsi pleura melibatkan mengambil kepingan kecil tisu dari membran dua lapis (pleura) yang melapik kawasan luar paru-paru dan bahagian dalam rusuk anda. Doktor anda juga boleh mengeluarkan sampel cecair dari ruang antara lapisan tersebut (ruang pleural).

Mengapa Biopsi pleura Abrams dilakukan?

Biopsi pleura adalah kaedah yang baik untuk mengesahkan jika anda mempunyai tuberkulosis. Tisu dan mana-mana cecair yang diambil oleh doktor anda akan diperiksa di bawah mikroskop untuk membantu menjelaskan mengapa terdapat masalah dan memutuskan sebarang rawatan lanjut.

Fahami Risiko

Apakah risiko Biopsi Pleura Abrams?

Dengan teknologi perubatan hari ini, biopsi pleura dianggap sebagai prosedur yang selamat. Terdapat risiko jangkitan seperti mana risiko yang ada pada semua prosedur yang melibatkan menembus atau memotong kulit. Terdapat juga risiko kegagalan paru-paru  dalam keadaan yang jarang berlaku di mana jarum menembusi paru-paru. Kehilangan darah yang berlebihan juga satu kemungkinan. Selepas prosedur tersebut, anda mungkin mengalami beberapa komplikasi, seperti:

  • Sakit;
  • Sesak nafas, sesak dada atau batuk yang semakin parah;
  • Tindak balas alahan;
  • Pneumothorax;
  • Pendarahan dari tapak biopsi;
  • Jangkitan pada ruang pleura anda.

Anda perlu tahu bahawa terdapat alternatif untuk Abrams biopsi pleura. Sinar-X atau imbasan dapat menunjukkan bahawa anda mempunyai masalah dengan pleura anda. Ada kemungkinan untuk melakukan biopsi paru-paru menggunakan imbasan sinar-x, CT atau ultrasound untuk membantu menentukan dengan tepat di mana untuk mengambil sampel.

Adalah penting anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani pembedahan ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Ketahui apa yang berlaku

Apakah persediaan yang perlu saya lakukan sebelum menjalani Biopsi Pleura Abrams?

Secara amnya, anda tidak perlu berpuasa sebelum prosedur tersebut.

Beritahu doktor anda jika anda mempunyai sejarah gangguan pendarahan atau jika anda mengambil apa-apa ubat antigumpal (penipisan darah), aspirin, atau ubat-ubatan lain yang mempengaruhi pembekuan darah. Anda mungkin perlu menghentikan ubat-ubatan ini sebelum menjalani prosedur.

Sekiranya anda hamil atau mengesyaki bahawa anda mungkin hamil, anda harus memberitahu doktor anda.

KwAnda mungkin menjalani prosedur diagnostik, seperti pemeriksaan sinar-X dada, fluroskopi dada, ultrabunyi, atau CT, yang dilakukan sebelum prosedur untuk membantu doktor mengenal pasti lokasi tertentu di dada untuk melaksanakan prosedur.

Berdasarkan keadaan perubatan anda, doktor anda boleh meminta persediaan khusus yang lain.

Apa yang berlaku semasa Biopsi Pleura Abrams?

Doktor anda mungkin menawarkan sedatif kepada anda untuk membantu anda bertenang.

Biopsi pleura Abrams biasanya mengambil masa kurang dari 20 minit. Ia melibatkan membuat pemotongan dan memasukkan instrumen biopsi melalui kawasan yang dipotong.

Doktor anda akan menggunakan alat biopsi untuk mengambil biopsi dan mengambil sampel cecair.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut

Permulihan

Apa yang berlaku setelah Biopsi Pleura Abrams?

Anda sepatutnya boleh balik ke rumah selepas beberapa jam.

Pasukan penjagaan kesihatan akan berbincang dengan anda tentang apa-apa rawatan atau susulan yang anda perlukan.

Anda sepatutnya dapat kembali bekerja pada hari berikutnya kecuali anda diberitahu sebaliknya

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 4, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.