backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Ini Yang Anda Perlu Ketahui Mengenai Biopsi Paru-paru!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Hanafi Sallehuddin · Disemak pada 14/08/2023

Ini Yang Anda Perlu Ketahui Mengenai Biopsi Paru-paru!

Definisi

Apa itu Biopsi Paru-paru?

Biopsi paru-paru ialah prosedur mengambil cebisan kecil tisu paru-paru yang tidak normal dengan menggunakan jarum. Ia dilakukan oleh ahli radiologi (doktor yang pakar dalam x-ray dan imbasan).

Mengapa Biopsi ini dilakukan?

Ia dijalankan untuk mengenalpasti penyakit anda. Biopsi ini sering dilakukan untuk:

  • Mendiagnosis penyakit paru-paru, seperti sarcoidosis atau fibrosis pulmonari. Dalam kes terpencil, biopsi paru-paru boleh dilakukan untuk radang paru-paru yang teruk, terutamanya jika diagnosis tidak jelas.
  • Mendiagnosis kanser paru-paru.
  • Menilai apa-apa kelainan yang dilihat pada ujian lain, seperti x-ray di dada atau imbasan CT. Biopsi paru-paru biasanya dilakukan apabila ujian lain tidak dapat mengenal pasti punca penyakit paru-paru.
  • Fahami Risiko-risikonya

    Apakah faktor risiko biopsi paru-paru?

    biopsi paru-paru

    Biopsi ini pada umumnya merupakan prosedur yang selamat. Risiko menjadi tinggi sekiranya anda mempunyai penyakit paru-paru. Jika anda mengalami masalah pernafasan yang teruk, pernafasan anda mungkin terganggu untuk masa yang singkat selepas biopsi.

    Bronkoskopi dan biopsi jarum  biasanya lebih selamat daripada biopsi terbuka atau VATS, tetapi VATS dan biopsi terbuka membolehkan sampel paru-paru yang lebih  baik dikeluarkan. Sampel yang baik membantu mengenalpasti masalah paru-paru dan menentukan rawatan terbaik. Biopsi jarum atau bronkoskopi tidak memerlukan anestesia umum, jadi anda tidak perlu bermalam di hospital dan tiada kesan sampingan anestesia dapat dielakkan. Doktor anda akan membincangkan sebarang risiko dengan anda.

    Biopsi ini boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami kempis paru-paru semasa biopsi. Doktor meletakkan tiub di dalam dada anda untuk memastikan paru-paru anda terus mengembang ketika kawasan yang terlibat dalam proses penyembuhan.

    Pengidap penyakit paru-paru mempunyai peluang yang sangat kecil untuk mati akibat biopsi. Sekiranya anda menerima anestesia umum, terdapat kemungkinan kematian yang sangat kecil daripada komplikasi yang berkaitan dengan anestesia umum.

    Proses

    Bagaimana Persedian untuk Biopsi ini?

    Sebelum menjalankan prosedur biopsi ini, anda harus berbincang dengan doktor tentang sebarang kebimbangan yang anda miliki berkaitan prosedur ini. Anda juga harus berbincang tentang keadaan kesihatan anda dan ubat yang digunakan baru-baru ini. Doktor anda akan memaklumkan kepada anda waktu berhenti makan dan minum sebelum biopsi. Ikuti arahan dengan tepat atau pembedahan anda mungkin dibatalkan. Jika doktor anda telah mengarahkan anda untuk mengambil ubatan anda pada hari pembedahan, sila berbuat demikian dengan menggunakan air yang sedikit .

    Apa yang terjadi semasa Biopsi ini dilakukan?

    Biopsi paru-paru biasanya mengambil masa kurang dari 45 minit. Ia dilakukan dengan memasukkan jarum melalui dada dan ke paru-paru anda.

    Ahli radiologi boleh menggunakan imbasan x-ray, CT atau ultrasound untuk membantu menentukan tempat mengambil sampel. Ahli radiologi akan memasukkan jarum di antara tulang rusuk anda, dan ke kawasan yang tidak normal di dalam paru-paru anda. Mereka akan menggunakan jarum untuk mengambil contoh kecil tisu paru-paru.

    Sampel akan diperiksa di bawah mikroskop untuk mengetahui punca masalah anda.

    Pemulihan

    Apakah yang terjadi selepas Biopsi Paru-paru?

    Anda boleh pulang ke rumah selepas beberapa jam. Anda akan dapat kembali bekerja pada hari berikutnya kecuali jika anda dimaklumkan sebaliknya.

    Doktor anda akan berbincang tentang sebarang rawatan atau perjumpaan susulan yang anda perlukan.

    Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila rujuk dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

    Pemulihan

    Apakah yang terjadi selepas Biopsi Paru-paru?

    biopsi paru-paru

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Hanafi Sallehuddin · Disemak pada 14/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan