Apa itu Bintik hitam?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Bintik hitam?

Bintik hitam ialah sejenis benjolan kecil di muka dan ia adalah salah satu jenis liang roma yang tersumbat (lubang-lubang bulu) yang dipanggil komedo terbuka. Ia berlaku apabila anda mempunyai liang roma terbuka yang tersumbat dengan minyak berlebihan, sel kulit mati dan bakteria. Liang roma ini kelihatan seperti tersumbat dengan daki tetapi sebenarnya ia adalah kombinasi minyak dan bakteria yang bertukar menjadi hitam apabila terdedah kepada udara. Komeda terbuka berbeza daripada komedo tertutup yang dipanggil sebagai bintik putih. Bintik hitam adalah simptom biasa yang muncul diwajah. Kadang kala, ia juga boleh muncul dibahagian belakang badan, dada, leher, lengan atau bahu.

Apakah kebarangkalian Bintik hitam?

Bintik hitam ini sangat lazim berlaku pada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah jerawat. Ia lebih berisiko kepada wanita daripada lelaki pada semua peringkat usia tetapi kebanyakan pesakit adalah dalam kalangan remaja, dimana masalah jerawat sering dihadapi oleh mereka. Bintik hitam mudah untuk diatasi seperti rawatan jerawat.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Bintik hitam?

Bintik hitam pada kulit sangat mudah dikenalpasti. Ia kebiasaannya muncul sebagai benjolan kecil dan sedikit timbul serta kelihatan hitam di atas permukaan kulit. Kombinasi minyak, sel kulit mati dan bakteria yang teroksida dengan udara menyebabkan liang roma terbuka dan tersumbat tersebut kelihatan hitam. Bintik hitam kebiasaanya tidak sakit atau pedih seperti jerawat. Ia wujud bersama simptom jerawat yang lain seperti bintik putih, pustul dan jerawat.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya anda mempunyai tanda berikut:

  • Apabila kaedah pengubatan sampingan tidak berhasil;
  • Jika bintik hitam kekal dan semakin teruk;
  • Jika terdapat simptom sampingan jerawat yang menyebabkan ketidakselesaan.

Punca

Apakah Punca Bintik hitam?

Terdapat beberapa sebab bagaimana bintik hitam terhasil. Ia mungkin terbentuk daripada persekitaran atau hormon yang tidak stabil dalam badan. Anda boleh mendapat bintik hitam jika:

  • Kelenjar menghasilkan minyak berlebihan (sebum);
  • Lebihan sebum tadi berkumpul bersama sel kulit mati dan menghalang liang roma;
  • Komedo terbuka mendedahkan plag ini kepada udara;
  • Badan anda menghasilkan terlalu banyak minyak
  • Anda mengambil ubat seperti kortikosteroid, perancang kehamilan, lithium atau
    androgen;
  • Perubahan hormon yang meningkatkan penghasilan minyak seperti baligh atau
    menstruasi;

Terlalu banyak bakteria pada kulit anda terutamanya bakteria yang dikenali sebagai p. acnes bacteria (propionibacterium acnes).

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Bintik hitam?

Terdapat banyak factor risiko untuk mendapat bintik hitam seperti:

  • Perubahan hormon yang akan meningkatkan penghasilan minyak semasa remaja,
    ketika menstruasi atau mengambil pil perancang kehamilan;
  • Sesetengah jenis ubat seperti ¬†kortikosteroid, lithium atau androgen;
  • Produk kosmetik, pembersih atau pakaian yang menutup liang-liang roma;
  • Peluh berlebihan atau tinggi kelembapan;
  • Faktor permakanan, penyakit atau ubatan yang menggalakkan pertumbuhan kulit
    dengan kadar yang cepat.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Bintik hitam didiagnosis?

Doktor akan melihat terlebih dahulu untuk mengetahui jenis kulit anda. Kemudian, doktor akan bertanya sekiranya anda ada menggunakan ubatan seperti kortikosteroisd yang menjadi penyebab kepada bintik hitam. Diagnosis melibatkan pengelasan bintik hitam kepada jerawat bertahap tidak serius, sederhana dan serius. Ini dapat menentukan kesan psykososial dan rawatan yang diperlukan.

Bagaimana pesakit Bintik hitam dirawat?

Terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk bintik hitam. Sesetengah produk boleh dibeli tanpa preskripsi yang dipanggil sebagai produk diluar kaunter (over-the-counter). Produk ini mengandungi bahan-bahan seperti asid salicylic dan benzoyl peroxide yang digunakan dalam bentuk krim, krim berminyak atau bar sabun berubat. Apabila produk ini tidak berhasil, doktor anda mungkin memberi preskripsi ubat yang lebih kuat kesannya. Ubatan ini mengandungi vitamin A seperti tretenoin, tazarotene dan adapalene. Ubat ini juga membantu menghalang daripada plag terhasil dalam liang roma dan menggalakkan kadar pertumbuhan kulit yang baru dengan cepat.

Dermatologis, iaitu doktor pakar bahagian kulit boleh menggunakan alatan tertentu yang dipanggil round loop extractor untuk membuang bintik hitam. Untuk beberapa kes, doktor juga boleh menggunakan alatan tertentu yang mengandungi permukaan yang kasar untuk membuang/menghaluskan permukaan luar kulit. Menghaluskan kulit dapat membuang bahan tersumbat yang menjadi penyebab bintik hitam.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Bintik hitam?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi masalah bintik hitam:

  • Kerap mencuci muka anda. Anda disyorkan untuk mencuci muka dua kali sahari
    dengan pembersih muka, sekali selepas anda bangun tidur dan sekali sebelum tidur
    untuk membuang minyak yang terhasil penyebab bintik hitam. Mencuci muka lebih
    daripada dua kali akan menyebabkan radang pada kulit dan menyebabkan jerawat
    menjadi semakin teruk. Pembersih  yang tidak menyebabkan kulit menjadi merah atau
    pedih sangat sesuai digunakan. Disamping itu juga, jangan lupa untuk mencuci muka
    anda selepas makan makanan yang berminyak seperti piza.
  • Selalu membasuh rambut. Jika anda mempunyai masalah rambut berminyak, ia akan
    menjadi punca berlakunya liang-liang roma tersumbat.
  • Gunakan produk bebas minyak. Sebarang produk yang mengandungi minyak boleh
    menyebabkan anda untuk memiliki bintik hitam yang baru. Anda juga perlu
    menggunakan alat solek bebas minyak, losyen dan penghalang sinaran matahari untuk
    mengelakkan daripada masalah ini menjadi lebih serius.
  • Cuba produk pengelupas. Skrub pengelupas dan topeng boleh membantu untuk
    menghilangkan sel kulit mati daripada wajah anda dan mengurangkan bintik hitam.
    Anda perlu memilih produk yang sesuai dan tidak menyakitkan kulit anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 5, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.