backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Batu Karang Pundi Kencing

Fakta Disemak oleh Nurul Nazrah Nazarudin


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 13/08/2021

Batu Karang Pundi Kencing

Definisi

Apa itu batu dalam pundi kencing?

Batu karang pundi kencing adalah jisim-jisim mineral yang keras dalam pundi kencing anda. Batu-batu pundi kencing dicirikan oleh air kencing yang pekat.

Air kencing boleh berubah warna dari kuning gelap ke coklat bergantung kepada jenis sisa buangan dan mineral (garam, dan produk sisa buangan) terkandung di dalamnya.

Apakah kebarangkalian Batu Karang Pundi Kencing?

Batu pundi kencing ini sangat biasa. Ia biasanya lebih banyak menjejaskan lelaki daripada wanita. Ia boleh menjejaskan pesakit tanpa mengira usia.

Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Batu Karang Pundi Kencing?

Simptom-simptom yang biasa dialami jika terdapat batu karang dalam pundi kencing adalah:

batu dalam pundi kencing

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda.

Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah dengan berbincang dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca batu dalam pundi kencing?

Batu dalam pundi kencing umumnya bermula apabila pundi kencing anda mempunyai lebihan kristal yang membentuk air kencing.

Kristal-kristal tersebut akhirnya menjadi batu dalam pundi kencing.

Keadaan asas tersirat yang menjejaskan keupayaan pundi kencing anda untuk dikosongkan sepenuhnya:

  • Pembesaran kelenjar prostat
  • Pundi kencing neurogenik rosak
  • Keradangan pundi kencing
  • Peralatan perubatan (kateter pundi kencing)
  • Batu karang buah pinggang

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Batu Karang Pundi Kencing?

Terdapat banyak faktor risiko untuk batu karang pundi kencing, seperti:

  • Kanak-kanak, sering kali disebabkan oleh dehidrasi, jangkitan dan diet rendah protein.
  • Orang dewasa, terutamanya di kalangan lelaki berusia 30 tahun ke atas.
  • Mempunyai beberapa keadaan kesihatan: penyumbatan pundi kencing, strok, kecederaan saraf tunjang, penyakit Parkinson, kencing manis, disk melejit.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Batu Karang Pundi Kencing didiagnosis?

batu dalam pundi kencing

Ujian diagnostik mungkin termasuk:

  • Ujian ini digunakan untuk menguji air kencing anda untuk penghabluran, jangkitan, dan keabnormalan yang lain.
  • Imbasan CT Spiral. Pemeriksaan imbasan CT jenis ini adalah untuk komplikasi dalam pundi kencing atau di tempat lain di dalam badan dengan lebih cepat dan lebih tepat daripada pengimbas CT tradisional.
  • Ultrabunyi menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej bahagian dalam badan anda.
  • Sinar-X. Sinar-X menunjukkan bahagian dalam pundi kencing dan kebanyakan keabnormalan yang mungkin ada; Walau bagaimanapun, ia mungkin tidak menunjukkan setiap batu karang dalam pundi kencing anda.
  • Pielogram intravena. Semasa prosedur ini, pewarna disuntik ke dalam urat yang mengalir melalui saluran darah anda sehingga ke pundi kencing anda. Pewarna ini menampakkan apa-apa pembentukan yang abnormal dan kemudian sinar-X diambil dari hasil yang diserlahkan.

Bagaimana pesakit Batu Karang Pundi Kencing dirawat?

Secara umumnya, batu karang pundi kencing perlu dikeluarkan, terdapat beberapa rawatan:

  • Cystolitholapaxy. Penggunaan peralatan laser, mekanikal, atau ultrabunyi, untuk memecahkannya ke dalam kepingan yang lebih kecil untuk dibuang.
  • Dalam kes ini, batu karang pundi kencing yang besar atau terlalu sukar untuk pecah dikeluarkan melalui pembedahan terbuka. Dengan melaksanakan amalan ini, apa-apa keadaan asas yang tersirat menyebabkan pembentukan batu karang, seperti pembesaran prostat, mungkin boleh dirawat pada masa yang sama.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani batu dalam pundi kencing?

Gaya hidup dan remedi di rumah yang berikut mungkin membantu anda menghadapi batu karang pundi kencing:

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Nurul Nazrah Nazarudin


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 13/08/2021

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan