Apa itu Asma?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Asma?

Asma adalah keadaan di mana aliran udara masuk dan keluar dari paru-paru anda adalah terhad disebabkan keradangan di salur udara. Keradangan tersebut menyebabkan otot-otot di sekeliling saluran pernafasan menegang dan mencetuskan beberapa simptom. Ini adalah keadaan kronik yang mengakibatkan nafas yang berdehit secara berulang-ulang, sesak dada, sesak nafas, dan batuk. Tidak ada penawar untuk asma, tetapi berita baiknya adalah ia dapat diurus dan dirawat supaya anda dapat menjalani kehidupan yang normal dan sihat.

Apakah kebarangkalian Asma?

Asma adalah keadaan yang biasa. Dianggarkan 300 juta orang di seluruh dunia menderita sakit asma. Asma memberi kesan kepada orang dari semua peringkat umur, tetapi ia seringkali bermula pada zaman kanak-kanak. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Asma?

Simptom-simptom biasa asma adalah:

  • Batuk kronik. Batuk dari asma sering menjadi lebih buruk pada waktu malam atau awal pagi.
  • Berdehit. Berdehit adalah bunyi bersiul atau berderit yang berlaku semasa anda bernafas.
  • Sesak nafas.
  • Sesak dada yang mana anda merasakan seperti sesuatu menghimpit atau duduk di dada dan mungkin menyebabkan kesakitan.
  • Masalah sukar tidur kerana batuk atau berdehit.

Kanak-kanak yang mempunyai asma biasanya mempunyai batuk kronik, tetapi gejala lain yang serupa dengan asma pada orang dewasa juga mungkin muncul seperti batuk, berdehit, dan sesak nafas.

Jenis-jenis simptom asma yang anda alami, berapa kerap asma berlaku, dan betapa teruknya ianya berlaku mungkin berubah-ubah mengikut masa. Kadang-kadang simptom yang anda alami hanya menjengkelkan anda. Pada masa yang lain, simptom-simptomnya pula mungkin cukup menyusahkan sehingga menghadkan rutin harian anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu berjumpa dengan doktor apabila anda sejurus selepas anda mengalami simptom-simptom asma supaya ianya tidak menjadi teruk. Simptom yang teruk boleh membawa maut. Sekiranya anda pernah mengalami serangan asma yang mengancam nyawa, anda perlu berjumpa doktor anda untuk rawatan yang sesuai. Dengan rawatan yang betul, simptom-simptom asma dapat dielakkan pada waktu siang dan malam.

Jika anak anda mempunyai satu atau lebih daripada simptom-simptom biasa ini, buat temujanji dengan doktor:

  • Batuk yang berterusan atau yang menjadi lebih teruk oleh jangkitan virus, berlaku semasa anak anda sedang tidur, atau dicetuskan oleh senaman dan udara yang sejuk.
  • Bunyi berdehit atau bunyi bersiul apabila anak anda menghembus nafas.
  • Sesak nafas atau pernafasan yang laju, yang mungkin berkaitan dengan senaman.
  • Sesak dada (seorang anak kecil mungkin mengatakan bahawa dadanya “sakit” atau “rasa pelik”).
  • Keletihan (anak anda mungkin melambatkan atau berhenti bermain).
  • Masalah menyusu atau mendengus semasa makan (bayi).
  • Mengelakkan sukan atau aktiviti sosial.
  • Masalah untuk tidur kerana batuk atau kesukaran bernafas.

Punca

Apakah Punca Asma?

Tiada punca yang diketahui untuk asma. Walau bagaimanapun, ada beberapa faktor pencetus yang boleh membuatkan asma muncul atau bertambah teruk:

  • Alergen dari habuk, bulu binatang, lipas, kulapuk, dan debunga dari pokok, rumput, dan bunga.
  • Perengsa seperti asap rokok, pencemaran udara, bahan kimia atau debu di tempat kerja, sebatian dalam produk hiasan rumah, dan semburan (seperti penyembur rambut).
  • Ubat-ubatan seperti aspirin atau ubat-ubatan anti-radang nonsteroid lain dan penyekat beta tidak memilih
  • Sulfit dalam makanan dan minuman.
  • Jangkitan virus saluran nafas atas seperti selesema.
  • Aktiviti fizikal, termasuk senaman

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Asma?

Asma memberi kesan kepada orang dari semua peringkat umur, tetapi seringkali bermula dari zaman kanak-kanak. Gabungan faktor genetik dan pendedahan kepada unsur-unsur tertentu dalam alam sekitar meletakkan orang tertentu berisiko paling tinggi untuk mula mengalami serangan asma buat pertama kali.

  • Sejarah keluarga: Jika anda mempunyai ibu bapa yang mempunyai asma, anda ada kecenderungan tiga hingga enam kali untuk menghidapi asma berbanding dengan seseorang yang tidak mempunyai ibu bapa yang mempunyai asma
  • Jangkitan virus saluran nafas: Masalah pernafasan semasa bayi dan semasa zaman kanak-kanak boleh menyebabkan berdehit. Sesetengah kanak-kanak yang mengalami jangkitan virus salur nafas atas, disambung dengan menghidap asma kronik.
  • Alahan: Memiliki keadaan alahan, seperti dermatitis atopik (ekzema) atau rinitis alahan (demam alergi), adalah faktor risiko untuk menghidap asma.
  • Pendedahan pekerjaan: Jika anda mempunyai asma, pendedahan kepada unsur-unsur tertentu di tempat kerja boleh menyebabkan gejala asma. Dan, bagi sesetengah orang, pendedahan kepada habuk tertentu (debu industri atau kayu), asap dan wap kimia, dan kulapuk boleh menyebabkan asma bermula buat kali pertama.
  • Merokok: Asap rokok merengsa saluran udara. Perokok mempunyai risiko asma yang tinggi. Mereka yang ibu mereka merokok semasa hamil atau yang terdedah kepada asap rokok juga lebih cenderung mempunyai asma.
  • Pencemaran udara: Pendedahan kepada komponen utama asbut (ozon) meninggikan risiko asma. Mereka yang membesar atau tinggal di kawasan bandar mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap asma.
  • Obesiti: Kanak-kanak dan orang dewasa yang berlebihan berat badan atau obes mempunyai risiko yang lebih tinggi menghisapi asma. Walaupun sebabnya tidak jelas, sesetengah pakar merujuk kepada keradangan gred rendah dalam badan yang berlaku dengan pertambahan berat. Pesakit obes sering menggunakan lebih banyak ubat, mengalami gejala yang lebih teruk dan kurang dapat mengawal asma mereka daripada pesakit yang mempunyai berat badan yang sihat.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Asma didiagnosis?

Asma didiagnosis dengan memeriksa sejarah perubatan dan melakukan ujian pernafasan untuk mengukur berapa baik paru-paru anda berfungsi. Doktor anda akan mendengar pernafasan anda dan mencari tanda-tanda asma atau alahan. Tanda-tanda ini termasuk berdehit, hidung berair atau bengkak laluan nasum, dan keadaan alahan kulit. Ramai orang yang menghidap asma juga mempunyai alahan, jadi doktor anda mungkin melakukan ujian alergi.

Doktor anda juga mungkin menjalankan beberapa ujian untuk menentukan keadaan anda. Tahap keterukan akan menentukan rawatan yang akan anda mulakan. Beberapa ujian biasa termasuk:

  • Spirometri : Ujian ini mengukur berapa banyak udara yang boleh anda tarik nafas masuk dan hembus keluar. Ia juga mengukur seberapa cepat anda boleh meniup udara keluar.
  • Ujian bronchoprovocation: Ujian untuk mengukur sensitiviti saluran udara anda.
  • Ujian untuk menunjukkan sama ada anda mempunyai keadaan kesihatan lain dengan gejala yang sama seperti asma, seperti penyakit refluks, disfungsi pita suara, atau apnea tidur.
  • Sinar-X dada atau EKG (elektrokardiogram). Ujian ini akan membantu mengetahui sama ada objek asing atau penyakit lain yang mungkin menyebabkan gejala anda.

Bagaimana pesakit Asma dirawat?

Buat masa ini, tiada rawatan untuk asma, tetapi anda boleh menguruskan simptom-simptom asma dengan mengambil ubat dan mengubah gaya hidup anda. Ini termasuk mengambil ubat-ubatan anda seperti yang diarahkan, dan belajar untuk mengelak pencetus yang boleh menyebabkan simptom asma anda.

Dengan mengambil ubat yang betul pada masa yang tepat, anda boleh:

  • Bernafas dengan baik
  • Melakukan lebih banyak perkara yang anda ingin lakukan
  • Mempunyai simptom-simptom asma yang kurang

Ubat-ubatan

Beberapa jenis ubat biasa digunakan untuk diambil setiap hari termasuklah:

Beberapa ubat-ubatan yang biasa digunakan untuk pengambilan harian termasuklah kortikosteroid yang disedut (fluticasone (Flovent Diskus, Flovent HFA), budesonide (Pulmicort Flexhaler), mometasone (Asmanex), ciclesonide (Alvesco), flunisolide (Aerobid), beclomethasone (Qvar) dan lain-lain).

Pengubah leukotriene adalah ubat makan termasuklah montelukast (Singulair), zafirlukast (Accolate) dan zileuton (Zyflo, Zyflo CR)

Ubat pelega cepat atau ubat menyelamat digunakan untuk melegakan dengan cepat dan membuka saluran pernafasan dan melegakan gejala semasa serangan asma yang menaik atau diambil sebelum bersenam jika ditetapkan. Ini termasuk: ubat tindak singkat agonis-beta. Ubat bronkodilator (brong-koh-DIE-lay-tur) ini termasuk albuterol (ProAir HFA, Ventolin HFA, yang lain), levalbuterol (Xopenex HFA) dan pirbuterol (Maxair Autohaler).

Kortikosteroid oral dan intravena mungkin diperlukan untuk asma akut yang menaik atau untuk gejala yang teruk. Contohnya termasuk prednisone dan metilprednisolon.

Ubat sedut

Ubat sedut gabungan mengandungi kortikosteroid yang disedut serta agonis beta tindak lama (LABA). LABA adalah pengawal gejala yang membantu dalam membuka saluran udara anda.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Asma?

Cara hidup dan ubat rumah yang berikut mungkin membantu anda mengatasi asma:

  • Jika anda hamil, anda mungkin teragak-agak untuk mengambil ubat-ubatan, termasuk untuk asma. Ini boleh menjadi kesilapan untuk kesihatan anda dan bayi anda.
  • Mengelakkan perkara yang memburukkan asma anda (pencetus asma).
  • Ambil ubat anda mengikut masa dan habiskan preskripsi anda:
  • Buat jadual ubat yang menunjukkan apa yang anda perlu ambil dan bila.
    • Minta bantuan rakan atau ahli keluarga untuk membantu anda mengaturkan “sistem” anda.
    • Sambungkan mengambil ubat anda dengan tabiat rutin anda, seperti sebelum atau sesudah makanan tertentu atau apabila anda berus gigi pada waktu pagi atau petang.
    • Tetapkan penggera untuk berdering.
    • Gunakan kotak pil mingguan yang mempunyai bahagian untuk setiap hari dan masa berlainan dalam satu hari.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut