backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Asbestosis

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 12/05/2022

Definisi

Apa itu Asbestosis?

Asbestosis adalah penyakit yang meninggalkan kesan ke atas paru-paru akibat menyedut asbestos semasa bernafas. Asbestos adalah nama kumpulan fiber semulajadi yang dahulunya digunakan dalam pelbagai produk perindustrian kerana ketahanan terhadap pembakaran dan sebagai penebatan. Pendedahan kepada asbestos dan perkembangan asbestosis mengambil masa kira-kira 20-30 tahun.

Kebarangkalian mendapat penyakit, biasanya setelah pendedahan selama beberapa tahun, meningkat dengan pendedahan kepada asbestos yang lebih lama dan lebih mendalam. Penyakit berkaitan asbestos tidak boleh dijangkiti, tetapi boleh dicegah dengan mengelakkan pendedahan kepada asbestos.

Asbestos boleh menyebabkan penyakit paru-paru dan pleura (lapisan tisu yang meliputi paru-paru), termasuk plak pleura, efusi pleura, dan perkembangan kanser lapisan paru-paru (mesotelioma malignan). Ia juga boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru.

Apakah kebarangkalian Asbestosis?

Kebanyakan orang yang menghidapi asbestosis mendapat penyakit ini semasa bekerja sebelum kerajaan persekutuan mula mengawal penggunaan asbestos dan produk asbestos pada tahun 1970-an. Pada hari ini, pengendalian asbestos dikawal ketat. Memperoleh asbestosis adalah sangat tidak mungkin jika anda mengikuti prosedur keselamatan majikan anda.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Asbestosis?

Sesak nafas adalah simptom yang paling biasa kerana paru-paru yang kecil dan tegang yang telah terjejas disebabkan menyedut fiber asbestos. Batuk kronik dan pengeluaran kahak (lendir) juga biasa merupakan perkara biasa.

Plak pleura (bahagian lapisan paru-paru yang menebal) umumnya tidak menyebabkan gejala tetapi mungkin berkaitan dengan risiko yang lebih besar untuk menghidap kanser lapisan paru-paru (mesotelioma). Efusi pleura adalah cecair yang terkumpul di ruang antara paru-paru dan dinding dada. Efusi yang lebih kecil mungkin tidak menyebabkan sebarang gejala, efusi yang lebih besar boleh menyebabkan sesak nafas.

Gejala mesotelioma malignan termasuk sakit dada, kehilangan berat badan dan sesak nafas.

Mungkin terdapat tanda-tanda gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai gejala, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sejarah pendedahan kepada asbestos dan anda mengalami sesak nafas yang semakin bertambah, berbincanglah dengan doktor tentang kemungkinan asbestosis.

Punca

Apakah Punca Asbestosis?

Pendedahan yang paling kerap berlaku di tempat kerja. Pekerja berisiko tinggi termasuk mereka yang melombong, mengilang, atau mengangkut asbestos. Orang lain yang berisiko adalah mereka yang terlibat dalam bidang pembaikan kereta dan pekerja pembinaan yang memasang, membaiki atau mengoyakkan produk yang dibuat dengan asbestos; orang (pelukis, tukang kayu) yang bekerja berhampiran tempat asbestos digunakan; dan mereka yang tinggal berhampiran kilang-kilang atau lombong asbestos.

Apa yang boleh mencetuskan atau memburukkan lagi keadaan kesihatan ini?

  • Berada berhampiran orang yang mempunyai jangkitan pernafasan.
  • Berada dekat dengan bahan perengsa paru-paru seperti asap dan udara yang sangat sejuk atau lembap
  • Merokok

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Asbestosis?

Orang yang bekerja dalam pelombongan, pengilangan, pemasangan atau pembuangan produk-produk asbestos sebelum 1970an berisiko untuk menghidapi asbestosis. Contohnya termasuklah :

  • Pelombong asbestos
  • Mekanik pesawat dan auto
  • Pekerja pembinaan bangunan
  • Pekerja yang membuang penebat asbestos di sekeliling paip wap di bangunan-bangunan lama
  • Juruelektrik
  • Pekerja limbungan kapal
  • Pengendali dandang
  • Pekerja landasan kereta api

Secara umum, adalah selamat untuk berada di sekitar bahan-bahan yang dibuat dengan asbestos selagi fiber asbestos terkandung (tertutup) dan tidak tersebar. Ini menghalang fiber tersebut daripada masuk ke dalam udara.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Asbestosis didiagnosis?

Doktor membuat diagnosis berasaskan gejala (sesak nafas, batuk kronik) serta pendedahan kepada asbestos, dan penemuan pemeriksaan paru-paru dan sinar-x dada.

Bagaimana pesakit Asbestosis dirawat?

Rawatan adalah terhad. Tiada yang boleh menterbalikkan atau mencegah luka pada paru-paru. Sesetengah orang yang mengalami penyakit progresif yang teruk mungkin mendapat manfaat daripada pemindahan paru-paru. Oksigen mungkin dipreskripsikan untuk memperbaiki masalah sesak nafas dan stamina. Alat sedut untuk membantu pernafasan juga boleh dipreskripsikan. Pendedahan asbestos lebih lanjut harus dielakkan, kerana pendedahan yang lebih banyak nampaknya meningkatkan risiko untuk penyakit tambahan. Jumlah pendedahan tahap rendah yang selamat adalah tidak jelas.

Tiada rawatan diperlukan untuk plak pleura, kecuali untuk susulan. Prognosis untuk mesotelioma adalah sangat terhad kerana tidak ada rawatan yang berkesan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Asbestosis?

  • Elakkan pendedahan kepada asbestos di masa akan datang
  • Ikuti semua prosedur yang disyorkan, seperti memakai topeng perlindungan, semasa terlibat dalam pekerjaan yang melibatkan asbestos.
  • Dapatkan suntikan tahunan untuk selesama dan pneumonia pneumokokus.
  • Pastikan jantung anda sihat dengan bersenam.
  • Makan makanan yang sihat.
  • Hubungi doktor anda jika anda mengalami batuk, kahak berwarna kuning atau hijau, lebih kerap sesak nafas, demam, atau menggigil.

Hubungi doktor anda jika anda mengalami kesakitan dada, pembengkakan buku lali yang baru, penurunan berat badan, darah dalam kahak atau kulit, hujung jari, atau bibir yang gelap.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 12/05/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan