backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Aritmia, Gangguan Berkaitan Kadar & Ritma Degupan Jantung Yang Berbahaya!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 22/08/2023

Aritmia, Gangguan Berkaitan Kadar & Ritma Degupan Jantung Yang Berbahaya!

Ramai belum tahu apa itu aritmia bukan? Adakah ia antara masalah jantung yang berbahaya dan biasa berlaku kepada individu? Teruskan baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Jantung, anda boleh klik di sini.

Definisi

Apa itu aritmia?

Apa itu aritmia merupakan masalah pada kadar atau ritma degupan jantung. Dalam keadaan ini, jantung anda akan berdegup terlalu laju, terlaju perlahan atau corak tidak sekata.

Ia akan terasa seperti getaran atau degupan jantung laju. Sesetengahnya adalah tidak bahaya, namun sebahagian lagi boleh menjadi serius atau sehingga mengancam nyawa.

Semasa aritmia, jantung tidak berupaya mengepam darah yang cukup kepada keseluruhan badan. Hal ini menyebabkan kerosakan mahupun kegagalan organ.

Bagaimana pula dengan risiko saya?

Ia boleh terjadi kepada pesakit pelbagai umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

apa itu aritmia

Simptom

Apa gejala aritmia?

Simptom biasa bagi aritmia adalah:

  • Sensasi bergetar-getar pada dada dan leher.
  • Degupan jantung laju atau berdebar-debar.
  • Degupan jantung perlahan.
  • Sakit dada.
  • Sesak nafas.
  • Pening.
  • Berpeluh.
  • Pitam atau hampir pitam.
  • Terjatuh dan serangan jantung secara tiba-tiba (dalam kes ekstrim).

Terdapat beberapa simptom lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu simptom, sila merujuk dengan doktor anda.

Bila saya harus jumpa doktor?

Jika anda mengalami sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas mahupun sebarang soalan, sila merujuk dengan doktor anda.

Setiap tubuh badan seseorang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah anda berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.

Punca

Apa sebab Aritmia?

Aritmia boleh berlaku sekiranya isyarat elektrik yang mengawal degupan jantung tertangguh atau terhalang.

Hal ini boleh berlaku sekiranya sel saraf khas yang menghasilkan isyarat elektrik tidak berfungsi dengan baik atau jika isyarat elektrik tidak berupaya menghantar ke jantung dengan baik.

Aritmia juga boleh terjadi sekiranya sebahagian jantung mula menghasilkan isyarat elektrik. Hal ini menambahkan isyarat daripada sel saraf khas dan mengganggu degupan jantung normal.

apa itu aritmia

Beberapa punca biasa aritmia, antaranya:

  • Serangan jantung
  • Tisu jantung berparut kesan daripada serangan jantung sebelum ini
  • Perubahan pada struktur jantung anda seperti daripada kardiomiopati
  • Arteri pada jantung anda terhalang (penyakit arteri koronari)
  • Tekanan darah tinggi
  • Kalenjar tiroid terlebih aktif (hipertiroidisme)
  • Kalenjar tiroid tidak aktif (hipothiroidisme)
  • Merokok
  • Meminum terlalu banyak alkohol kafein dan nikotin
  • Penagih dadah
  • Stres
  • Ubatan dan makanan tambahan
  • Diabetes
  • Apnea tidur
  • Genetik

Faktor Risiko

Apa faktor risiko masalah jantung ini?

Terdapat banyak faktor risiko bagi aritmia, seperti:

  • Sejarah penyakit berkaitan kardiovaskular 
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah tiroid
  • Ubat dan makanan tambahan
  • Diabetes yang tidak terkawal
  • Apnea tidur obstruktif
  • Ketidakseimbangan elektrolit
  • Pengambilan terlalu banyak alkohol 
  • Penggunaan kafein atau nikotin

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit apa itu aritmia didiagnosis?

Untuk mendiagnis apa itu aritmia jantung, doktor anda akan melihat semula simptom dan sejarah perubatan anda serta melakukan pemeriksaan fizikal.

Doktor anda akan bertanyakan tentang – atau ujian untuk – keadaan yang mungkin mencetus aritmia, seperti penyakit jantung atau masalah pada kelenjar tiroid anda.

apa itu aritmia

Doktor anda juga akan melakukan ujian pemerhatian jantung spesifik pada aritmia. Antaranya:

  • Elektrokardiogram (ECG)
  • Monitor holter
  • Monitor acara
  • Ekokardiogram

Sekiranya doktor anda tidak dapat mengesan aritmia semasa ujian tersebut, beliau boleh cuba mencetus aritmia anda dengan ujian lain, antaranya:

  • Ujian stres
  • Ujian meja condong
  • Ujian elektrofisiologi

Di samping itu, pakar jantung anda boleh menggunakan elektrod tersebut untuk merangsang jantung anda untuk berdegup pada kadar yang mungkin mencetuskan atau menghentikan – aritmia.

Hal ini membolehkan doktor anda melihat lokasi aritmia dan apa yang mungkin menyebabkannya.

Bagaimana pesakit apa itu aritmia dirawat?

Bagi mencuba merawat aritmia, terdapat beberapa jenis teknik.

  • Ubatan untuk mengekalkan kadar denyutan jantung atau memulihkan ritma jantung yang normal
  • Kardioversi
  • Vagal manuver
  • Ablasi kateter

Rawatan bagi Aritmia jantung juga melibatkan penggunaan peranti boleh implan:

  • Perentak jantung untuk membantu mengawal ritma jantung abnormal
  • Defibrilator kardioverter (ICD) boleh implan

Dalam sesetengah kes, prosedur atu pembedahan mungkin rawatan yang disyorkan untuk aritmia jantung:

  • Prosedur maze
  • Pembedahan pintasan koronari

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 22/08/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan