Apa itu Apa itu jerawat?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Jerawat, juga dikenali sebagai acne vulgaris, adalah keadaan kulit yang berlaku apabila folikel rambut anda menjadi tersumbat dengan kulit mati dan minyak mengakibatkan keradangan. Kelenjar yang menghasilkan minyak di bawah kulit anda dipanggil kelenjar sebaceous dan lubang di kulit anda dipanggil liang (pore). Folikel rambut adalah komponen yang menghubungkan liang kepada kelenjar sebum anda. Jerawat terdapat jenis-jenis yang berbeza dari jerawat merah ringan hingga ke jerawat sista yang menyakitkan. Jerawat biasanya berlaku di muka, bahu, belakang dan dada. Jerawat boleh menyebabkan tekanan emosi dan parut. Semakin awal anda merawat jerawat semakin rendah risiko anda untuk mengalami kesan fizikal dan emosi yang berkekalan.

Apakah kebarangkalian jerawat?

Jerawat adalah perkara biasa dan boleh berlaku di semua peringkat umur. Selalunya, jerawat berlaku kepada remaja yang sedang mengalami akil baligh. Walau bagaimanapun, jerawat juga biasa berlaku kepada orang dewasa. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom bagi jerawat ?

Tanda-tanda dan simptom jerawat bergantung kepada tahap keadaan anda. Ia termasuk:

  • Whiteheads – liang tersumbat;
  • Blackheads – liang terbuka, lendir berubah menjadi gelap apabila bertemu dengan udara dan teroksidasi;
  • Papules – benjolan kecil, merah dan lembut;
  • Pustules – papules bernanah di hujungnya;
  • Nodul – benjolan keras, besar dan menyakitkan;
  • Jerawat sista – pustule besar yang berada di bawah kulit dan sangat menyakitkan.

Mungkin ada simptom lain yang tidak disebutkan di atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai tanda-tanda ini, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus menghubungi doktor jika anda mengalami perkara berikut:

  • Menjalani rawatan di rumah selama lebih dari 3 bulan tanpa melihatkan kesan;
  • Jerawat berterusan atau menjadi lebih teruk, anda harus berjumpa pakar dermatologi;
  • Jerawat muncul selepas mengambil ubat baru atas preskripsi doktor;
  • Sekiranya anda mengalami tindak balas alahan dan menunjukkan simptom selepas mendapat rawatan di rumah. Simptom-simptom ini termasuk kesukaran bernafas, pernafasan yang terputus-putus, mata bengkak, muka, bibir, lidah.

Punca

Apakah yang mengakibatkan jerawat?

Terdapat empat sebab utama jerawat. Ini termasuk:

  • Pengeluaran minyak;
  • Sel kulit mati;
  • Liang tersumbat;

Biasanya, kelenjar minyak anda merembeskan minyak untuk melincirkan kulit dan rambut anda. Apabila anda menghasilkan terlalu banyak minyak, folikel rambut anda diisi dengan kulit mati dan minyak, yang menyebabkan liang anda menjadi tersumbat. Jika liang yang tersumbat dijangkiti bakteria, maka keradangan berlaku dan jerawat akan terbentuk. Memahami sebabnya boleh membantu anda mencari rawatan yang sesuai untuk jerawat anda.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada jerawat?

Terdapat banyak faktor risiko yang boleh membuatkan jerawat semakin teruk, seperti:

  • Hormon: jumlah hormon seksual yang dikenali sebagai androgen meningkat semasa baligh, yang mengakibatkan terlalu banyak pengeluaran minyak (sebum). Androgens juga meningkat semasa kehamilan. Beberapa pil kawalan kelahiran juga mengandungi androgen. Sila berjumpa doktor anda semasa mengambil pil pencegah kehamilan.
  • Sesetengah ubat boleh menyebabkan jerawat: anda mempunyai risiko tinggi jerawat jika anda mengambil ubat-ubatan yang mengandungi kortikosteroid, androgen atau litium.
  • Sejarah keluarga: genetik memainkan peranan penting. Jika ibu bapa anda mempunyai jerawat, anda juga akan beisiko mendapat jerawat.
  • Produk berminyak: Anda mungkin mengalami jerawat jika kulit anda bersentuhan dengan losyen berminyak atau krim.
  • Gesekan atau tekanan pada kulit: Sentuhan kulit atau geseran yang kuat oleh objek seperti telefon, telefon bimbit, topi keledar, atau beg sandang.
  • Stres : ini tidak menyebabkan jerawat, tetapi jika anda mengalami jerawat, tekanan boleh menyebabkan jerawat menjadi lebih teruk.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana jerawat didiagnosis?

Jerawat biasanya didiagnosis selepas pemeriksaan perubatan dan pemeriksaan fizikal oleh doktor anda. Doktor anda akan memeriksa kulit anda dan boleh memeriksa sel-sel kulit anda di bawah mikroskop. Sesetengah doktor mungkin menjalankan ujian darah untuk membantu anda memilih ubat terbaik dan memantau kesan sampingan semasa rawatan.

Bagaimana jerawat dirawat ?

Rawatan jerawat bergantung kepada keadaan anda atau keterukan jerawat. Kadang-kadang doktor anda akan menggabungkan banyak pendekatan yang berbeza untuk mendapatkan rawatan yang paling berkesan dan mengelakkan “toleransi ubat”, kerana bakteria dalam ubat jerawat mempunyai rintangan ubat. Anda boleh merawat jerawat dengan menggunakan krim, rawatan khas dan ubat. Untuk jerawat ringan (whiteheads, blackheads atau benjolan merah kecil), rawatan jerawat termasuk:

  • Basuh wajah anda dengan air suam dan pembersih lembut ringan , seperti Cetaphil.
  • Menggunakan losyen yang mengandungi benzoyl peroksida (sebagai Oxy 10).
  • Menggunakan losyen mengandungi asid salisilik (sebagai Sastid atau acnes).

Sekiranya kaedah di atas tidak berfungsi, anda perlu berjumpa doktor. Doktor anda akan memberi ubat yang lebih kuat untuk kulit anda. Doktor anda boleh menetapkan krim topikal atau antibiotik oral untuk merawat jerawat anda. Untuk kemerahan jerawat, pembengkakan dan lebih serius, anda boleh:

  • Menggunakan benzoyl peroksida.
  • Tanya doktor anda jika anda mengalami sakit nanah atau sista.
  • Menggunakan krim antibiotik atau preskripsi doktor.
  • Menggunakan retinoid.
  • Menggunakan asid azelaic.
  • Antibiotik secara oral atau retinoid (misalnya: isotretinoin) dengan preskripsi doktor. Ini adalah rawatan terakhir yang diberikan kepada anda jika kaedah di atas tidak berkesan, kerana retinoid dan antibiotik mempunyai kesan sampingan yang sangat kuat. Jangan ambil ubat tanpa pantauan dari doktor.

Kadang-kadang jerawat perlu dirawat dengan ubat yang kuat atau gabungan sapuan  topikal dan ubatan oral . Jerawat yang radang dan dalam sering menyebabkan parut. Oleh itu, doktor anda boleh memberikan gabungan krim dan ubat oral untuk mencegah parut. Terdapat banyak cara untuk membuang parut seperti rawatan laser dan salap parut. Tanya doktor anda untuk maklumat lanjut dan rawatan yang paling sesuai untuk parut.


Kebanyakan rawatan jerawat mengambil masa 6 hingga 8 minggu. Sesetengah kaedah akan menjadikan jerawat anda lebih buruk sebelum pulih. Beberapa pil pencegah kehamilan boleh membantu mengawal jerawat. Pil pencegah kehamilan mengawal jumlah androgen dalam badan anda, iaitu hormon yang menyebabkan jerawat. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk memilih rawatan yang sesuai untuk anda.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas jerawat ?  

Cara hidup dan ubat rumah yang berikut mungkin membantu anda menghadapi jerawat:

  • Mempunyai pemakanan yang sihat, bersenam secara kerap dan minum banyak air (sekurang-kurangnya 1.5 liter / hari) akan membantu cecair subkutaneus lebih mudah dirembeskan dan meningkatkan metabolisme dalam badan anda.
  • Cuci muka dengan lembut sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan pencuci muka khas.
  • Tidur dan rehat secukupnya untuk mengekalkan hormon yang sesuai.
  • Memastikan tangan yang bersih untuk mengelakkan penyebaran bakteria dan kotoran merebak dari tangan ke jerawat, untuk mengelakkan jerawat lebih teruk.
  • Gunakan ubat atau krim seperti yang diarahkan oleh doktor anda.
  • Elakkan bahan kosmetik yang menyebabkan jerawat. Anda perlu menggunakan kosmetik yang sesuai, pelindung matahari dan syampu yang tidak mengandungi minyak (bebas minyak) dan pada labelnya menunjukkan bahawa ia tidak menyebabkan jerawat.
  • Sekiranya anda tidak selesa dengan cahaya matahari, penyelesaian terbaik adalah mengelakkan diri dari terdedah di bawah cahaya matahari langsung. Anda harus menggunakan pelindung matahari tanpa minyak. Anda boleh meminta ahli farmasi atau doktor anda di farmasi tentang masalah jerawat anda bagi mendapatkan krim pelindung matahari yang sesuai.
  • Jangan memecahkan jerawat atau mengubah saiznya kerana ia akan menyebabkan kulit anda mudah mendapat parut atau radang yang merebak. Doktor anda akan membuang jerawat anda apabila diperlukan.
  • Sila berjumpa doktor jika jerawat menjadi lebih teruk atau meninggalkan parut walaupun selepas menerima rawatan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 19, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut