backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Antroskopi Lutut

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Mellisa Lim · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apa itu Antroskopi Lutut?

Artroskopi (pembedahan lubang kunci) membolehkan pakar bedah anda melihat di dalam lutut anda menggunakan kamera yang dimasukkan melalui potongan kecil pada kulit anda. Ia membolehkan pakar bedah anda untuk mendiagnosis dan merawat beberapa masalah biasa yang menjejaskan lutut anda, tanpa memerlukan potongan besar pada kulit anda. Pakar bedah anda boleh mendiagnosis masalah seperti koyak rawan, kerosakan ligamen dan arthritis.

Ini boleh mengurangkan kesakitan yang anda rasakan dan mempercepat pemulihan anda.

Mengapa Artroskopi lutut dilakukan?

Matlamatnya adalah untuk mengesahkan apa masalahnya dan bagi kebanyakan orang, masalah itu dapat dirawat pada masa yang sama. Artroskopi mungkin disyorkan untuk masalah lutut berkenaan:

  • Meniskus koyak. Meniskus adalah tulang rawan yang melindungi ruang antara tulang di lutut. Pembedahan dilakukan untuk membaiki atau membuangkannya
  • Koyak atau rosak ligamen krusiata anterior (ACL) atau ligamen krusiata posterior (PCL)
  • Bengkak (meradang) atau lapisan sendi yang rosak. Lapisan ini dipanggil sinovium.
  • Tempurung (patella) yang berada di luar posisi (salah jajaran).
  • Potongan-potongan kecil tulang rawan yang patah pada sendi lutut.
  • Pembuangan sista Baker. Ini adalah bengkak di belakang lutut yang dipenuhi dengan bendalir. Kadang-kadang masalah ini berlaku apabila terdapat bengkak dan sakit (keradangan) dari punca-punca lain, seperti arthritis.
  • Beberapa retakan pada tulang lutut.
  • Risiko-risiko

    Apakah risiko Artroskopi lutut?

    Jika kerja anda melibatkan kerja berat, anda mungkin mengambil masa lebih lama sebelum dapat kembali bekerja. Bincangkan dengan doktor anda bila anda selamat untuk kembali bekerja.

    Hasil akhir pembedahan anda besar kemungkinan akan ditentukan oleh tahap kerosakan pada lutut anda. Contohnya, jika tulang rawan artikular di lutut anda sudah haus sepenuhnya, maka pemulihan penuh adalah tidak mungkin. Anda mungkin perlu menukar gaya hidup anda. Ini mungkin bermakna perlu mengehadkan aktiviti anda dan mencari senaman berimpak rendah alternatif.

    Anda perlu berjaga-jaga untuk komplikasi-komplikasi seperti berikut:

  • Kerosakan saraf di sekeliling lutut anda;
  • Mempunyai benjolan di bawah luka anda;
  • Jangkitan pada sendi lutut anda;
  • Sakit yang teruk, kekakuan dan hilang guna lutut anda (sindrom sakit kompleks sekawasan)
  • Sekiranya anda bimbang tentang risiko Artroskopi, anda boleh berbincang dengan doktor anda tentang rawatan lain, sebagai contoh, imbasan magnetik (imbas MRI) yang juga boleh mendiagnosis masalah, tetapi anda mungkin memerlukan artroskopi untuk merawat masalah ini.

    Adalah penting anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani pembedahan ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut

    Ketahui apa yang berlaku

    Apakah persediaan yang harus saya lakukan sebelum menjalani Artroskopi lutut?

    Pelbagai teknik anestetik boleh digunakan. Anda harus diberikan arahan yang jelas untuk diikuti sebelum pembedahan termasuk sama ada anda boleh makan apa-apa pada waktu yang akan datang. Dalam kebanyakan kes, anda sepatutnya mula berpuasa kira-kira enam jam sebelum prosedur anda. Anda mungkin dapat minum cecair, seperti kopi, sehingga beberapa jam sebelum pembedahan anda.

    Apa yang berlaku semasa Artroskopi lutut?

    Pembedahan ini mungkin mengambil masa 30 hingga 45 minit.

    Pakar bedah anda akan memeriksa bahagian dalam lutut anda. Mereka akan mencuci apa-apa bahan bebas yang disebabkan oleh kehausan permukaan sendi. Pakar bedah anda biasanya boleh untuk memendekkan atau membaiki tulang rawan yang koyak tanpa perlu membuat potongan yang lebih besar.

    Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

    Pemulihan

    Apakah yang berlaku setelah Artroskopi lutut?

    Anda sepatutnya dapat pulang ke rumah pada hari yang sama. Adalah biasa untuk lutut anda menjadi bengkak sedikit selama beberapa minggu. Anda mungkin tidak selesa semasa berjalan.

    Bersenam secara kerap akan membantu anda untuk kembali ke aktiviti normal secepat mungkin. Sebelum anda mula bersenam, minta nasihat pasukan penjagaan kesihatan anda atau doktor anda.

    Kebanyakan orang melalui pemulihan yang baik dan boleh kembali ke aktiviti biasa. Pakar bedah anda akan dapat memberitahu anda jika anda mungkin mendapat masalah lanjut dengan lutut anda.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Mellisa Lim · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan