backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Antigen Carcinoembryonic

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurafidah Samsuir · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Antigen Carcinoembryonic?

Ujian antigen carminoembryonic (CEA) adalah untuk mengukur jumlah protein yang mungkin muncul dalam darah bagi sesetengah orang yang mempunyai kanser dengan jenis tertentu, terutamanya kanser usus besar (kolon dan kanser rektal). Ia mungkin terjadi kepada individu dengan kanser pankreas, payudara, ovari, atau paru-paru.

CEA biasanya dihasilkan semasa proses perkembangan janin. Pengeluaran CEA akan berhenti sebelum lahir, dan biasanya tidak ada dalam darah bagi orang dewasa yang sihat.

Mengapakah Antigen Carcinoembryonic ini dilakukan?

Ujian antigen cariginoonic (CEA) dilakukan untuk:

  • Mencari bagaimana kanser tersebut merebak luas bagi beberapa jenis penyakit, terutama kanser kolon
  • Mengesan kejayaan rawatan bagi kanser kolon.
  • Tahap CEA boleh diukur sebelum dan selepas pembedahan bagi menilai kejayaan pembedahan dan peluang untuk pemulihan individu tersebut.
  • CEA boleh diukur semasa rawatan dengan ubat-ubatan untuk memusnahkan sel-sel kanser (kemoterapi). Ini dapat memberikan maklumat tentang bagaimana rawatan tersebut berfungsi.
  • Mengesan sama ada kanser itu berulang kembali atau tidak selepas mendapatkan rawatan.

Perkara yang perlu anda ketahui

Apakah yang perlu saya tahu sebelum melakukan Antigen Carcinoembryonic ini?

Individu yang merokok cenderung mempunyai tahap CEA yang lebih tinggi daripada bukan perokok.

Peningkatan tahap CEA dapat menunjukkan beberapa keadaan yang tidak berkaitan dengan kanser, seperti keradangan, sirosis, ulser peptik, kolitis ulseratif, polip rektum, emphysema, dan penyakit payudara benign.

Kebanyakan kanser tidak menghasilkan protein ini, jadi CEA anda mungkin normal walaupun anda mempunyai kanser

Ketahui apa yang berlaku

Bagaimanakah persediaan bagi Antigen Carcinoembryonic?

Anda tidak perlu melakukan apa-apa pun sebelum anda mendapatkan ujian ini.

Sekiranya anda merokok, doktor mungkin akan menyuruh anda untuk menghentikannya sementara sebelum melakukan ujian ini.

Beritahu doktor anda sebarang kebimbangan berkaitan ujian ini, bagaimankah ia dilakukan, atau apakah maksud keputusan ujian tersebut.

Apa yang berlaku semasa Antigen Carcinoembryonic?

Pegawai kesihatan akan mengambil darah anda dengan:

  • Membalut dengan pembalut elastik yang tegang dan ketat disekitar lengan atas anda bagi menghentikan aliran darah. Ini akan membuatkan urat-urat didalam bahagian tersebut menimbul dan memudahkan proses bagi meletakkan jarum ke dalam urat.
  • Membersihkan tapak untuk mencucuk jarum tersebut dengan alkohol.
  • Memasukkan jarum kedalam urat tersebut. Mungkin memerlukan lebih satu batang jarum.
  • Memasangkan satu tiub jarum untuk diisikan dengan darah.
  • Mencabut pembalut tersebut daripada lengan apabila darah yang diambil mencukupi.
  • Meletakkan pad kain kasa atau kapas bulat pada kawasan tapak jarum apabila jarum tersebut dicabut.
  • Memberikan tekanan pada kawasan tapak tersebut dan membalut dengan kain pembalut.

Apakah yang berlaku setelah melakukan Antigen Carcinoembryonic?

Pembalut elastik yang membalut lengan bahagian atas anda akan terasa ketat. Anda mungkin tidak akan merasa sakit daripada bekas jarum tersebut, atau anda mungkin boleh merasakan sengatan atau rasa cubitan.

Jika anda mempunyai persoalan mengenai Antigen Carcinoembryonic, sila berjumpa dengan doktor anda bagi memahami dan mendapatkan maklumat lanjut.

Fahami keputusannya

Apakah maksud keputusan ujian saya?

Keputusan ini biasanya akan tersedia dalam 1 hingga 3 hari.

Nilai-nilai yang disenaraikan di sini— dipanggil nilai rujukan—hanya untuk panduan. Julat ini berbeza dari satu makmal ke satu makmal yang lain, dan makmal anda mungkin mempunyai julat yang berbeza daripada jumlah biasa. Laporan makmal anda seharusnya mengandungi julat yang digunakan oleh makmal tersebut. Juga, doktor anda akan menilai keputusan anda berdasarkan kesihatan anda dan faktor-faktor lain. Ini bermakna sekiranya nilai tersebut diluar nilai yang biasa yang disenaraikan disini mungkin itu masih biasa bagi anda dan makmal anda.

Nilai normal

Kurang daripada 5 nanogram setiap mililiter (ng / mL) atau kurang daripada 5 mikrogram seliter (mcg / L).

Banyak keadaan boleh mengubah tahap CEA anda. Doktor anda akan membincangkan sebarang keputusan yang tidak normal dengan anda berkaitan dengan gejala dan sejarah perubatan anda.

Nilai tinggi

Nilai ujian yang tinggi bermaksud:

  • Mempunyai kanser kolon, paru-paru, payudara, atau ovari.
  • Kanser tersebut tidak bertindak balas dengan rawatan.
  • Kanser mungkin berulang selepas mendapatkan rawatan. CEA yang semakin meningkat mungkin merupakan tanda awal bahawa kanser tersebut berulang. Juga, individu yang mempunyai kanser sedia ada atau kanser yang telah merebak ke bahagian badan lain (kanser metastatik) mungkin turut mempunyai tahap CEA yang tinggi sekiranya kanser asal mereka menghasilkan protein sebelum rawatan.

Antara keadaaan atau penyakit lain yang berlaku, seperti sirosis, hepatitis, diverticulitis, penyakit radang usus, penyakit ulser peptik, penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), keradangan pundi hempedu (cholecystitis), atau saluran hempedu tersumbat.

Bergantung kepada makmal dan hospital, julat yang normal atau biasa untuk ujian darah karbon monoksida mungkin berbeza.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurafidah Samsuir · Disemak pada 13/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan