Apa itu Antibodi 21-Hydroxylase?

Oleh

Definisi

Apa itu Antibodi 21-Hydroxylase?

21-hydroxylase antibody adalah ujian untuk mengesahkan jika anda berisiko atau kini mempunyai penyakit autoimun Addison. 21-hydroxylase antibody adalah antibodi korteks adrenal yang biasanya terdapat dalam serum darah anda apabila korteks adrenal anda tidak berfungsi dengan betul. Penyakit autoimun Addison yang juga dikenali sebagai kekurangan adrenal utama, adalah gangguan yang berlaku apabila badan anda menyerang korteks adrenal anda yang menyebabkan pengeluaran hormon korteks adrenal. Sebahagian daripada hormon-hormon ini termasuk kortisol dan aldosteron. Penghasilan rendah hormon ini boleh merosakkan organ lain dalam tubuh anda. Adalah penting untuk mengesan penyakit ini lebih awal untuk mendapatkan rawatan yang betul.

Mengapa ujian 21-hydroxylase antibody dilakukan?

Doktor anda akan menilai keadaan dan sejarah perubatan anda. Jika anda menunjukkan tanda-tanda atau gejala penyakit autoimun Addison, anda mungkin diminta untuk menerima ujian ini. Doktor anda boleh mengesan kelenjar adrenal anda tidak berfungsi dengan betul. Ujian ini akan membantu menentukan sebab dan pilihan rawatan yang terbaik untuk anda.

Perkara yang perlu diketahui

Apa yang perlu saya ketahui sebelum menerima ujian 21-hydroxylase antibody?

Sebelum menerima ujian ini, anda harus mengetahui perkara berikut:

Ada beberapa risiko ketika mengambil darah anda. Ini termasuk:

  • Hematoma (benjolan berisi darah di bawah kulit). Ini mungkin berlaku semasa jururawat mengambil darah anda.
  • Pendarahan kecil. Ini juga mungkin berlaku semasa jururawat mengambil darah anda.
  • Luka atau jangkitan pada tempat suntikan. Ini mungkin berlaku selepas jururawat mengambil darah anda.
  • Ujian ini boleh dilakukan lebih dari satu kali. Terdapat banyak sebab mengapa doktor anda memerlukan lebih daripada 1 ujian. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Keputusan ujian ini sahaja tidak dapat menentukan penyakit autoimun Addison. Anda mungkin memerlukan ujian lain untuk memberi diagnosis yang jelas. Ujian ini adalah ujian darah yang mengukur hormon sodium, potassium, cortisol, atau adrenocorticotropic (ACTH).

Adalah penting anda memahami amaran dan langkah berjaga-jaga sebelum menjalani ujian ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut dan arahan.

Ketahui apa yang berlaku

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana persediaan menerima ujian 21-hydroxylase antibody?

Sebelum jururawat anda mengumpul darah anda, anda harus memberitahu doktor anda jika:

  • Anda alah kepada lateks.
  • Anda sedang mengalami keadaan atau mengambil apa-apa ubat atau suplemen yang menyebabkan pendarahan yang berlebihan.
  • Anda merasa loya, pening atau pengsan semasa ujian darah yang lalu.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai proses ini, sila berunding dengan doktor anda untuk memahami arahan dengan lebih baik.

Apa yang berlaku semasa ujian 21-hydroxylase antibody?

Apabila sampel darah dari urat diperlukan, urat di lengan anda biasanya dipilih. Turniquet (tali getah besar) akan dipasang di atas urat. Kulit di atas urat akan dibersihkan, dan jarum akan dimasukkan. Anda akan diminta untuk duduk diam semasa darah anda diambil. Darah akan dikumpulkan ke dalam satu atau lebih tiub, dan tourniquet akan dibuka. Apabila darah yang diambil telah cukup, jururawat akan mengeluarkan jarum.

Apa yang berlaku selepas ujian 21-hydroxylase antibody?

Selepas sampel darah dikumpulkan dari urat anda, pembalut, bebola kapas atau kain kasa boleh diletakkan di tempat suntikan. Anda mungkin diminta untuk mengenakan tekanan ke kawasan tersebut. Elakkan senaman berat selepas darah anda diambil. Hubungi doktor atau jururawat anda jika anda merasa sakit atau melihat kemerahan, pembengkakan atau pengeluaran cecair dari tempat suntikan.

Tanya jururawat anda bagaimana anda akan dimaklumkan tentang keputusan ujian. Anda mungkin diminta untuk menelefon, menjadualkan temujanji untuk membincangkan keputusan atau diberitahu melalui e-mel. Penjagaan lanjut bergantung kepada banyak faktor yang berkaitan dengan ujian anda. Kadangkala tidak perlu tindakan susulan selepas anda diberitahu keputusan ujian. Pada masa lain, tindakan susulan mungkin dicadangkan atau perlu. Beberapa contoh penjagaan susulan termasuk perubahan pada ubat-ubatan atau rawatan, dirujuk kepada pakar, pengawasan yang lebih kerap dan ujian atau prosedur tambahan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai 21-hydroxylase antibody, sila berunding dengan doktor untuk memahami arahan lebih baik.

Memahami keputusan

Apa maksud keputusan saya?

Keputusan ujian 21-hydroxylase antibody pada 1 U/mL atau lebih tinggi menunjukkan kehadiran autoantibodi adrenal yang konsisten dengan penyakit Addison.

Bergantung kepada makmal dan  hospital, julat normal untuk ujian  21-hydroxylase antibody mungkin berbeza-beza. Sila berbincang dengan doktor anda mengenai apa-apa soalan yang anda ada mengenai keputusan ujian anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 4, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.