Apa itu Anthrax?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Anthrax?

Anthrax adalah jangkitan bakteria yang serius yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Bacillus anthracis. Biasanya bakteria menghasilkan spora yang tidak aktif dan hidup di dalam tanah. Apabila spora masuk ke dalam haiwan atau badan seseorang, ia menjadi aktif. Spora aktif ini akan mula membiak, menghasilkan toksin beracun, tersebar ke seluruh badan, dan menyebabkan penyakit yang teruk. Ia boleh menjejaskan kulit, paru-paru dan, dalam kes terpencil, menjejaskan saluran pencernaan. Walaupun anthrax boleh mengancam nyawa, ia boleh dirawat dengan mudah menggunakan antibiotik apabila dikesan awal. Vaksin juga tersedia untuk mereka yang berisiko tinggi.

Apakah kebarangkalian Anthrax?

Penyakit anthrax jarang berlaku. Manusia boleh dijangkiti anthrax apabila bersentuhan dengan haiwan yang dijangkiti, termasuk bulu, daging, atau kulit. Individu yang berisiko dijangkiti antraks terdiri daripada petani, pekerja veterinar, dan pekerja makmal.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Anthrax?

Simptom  anthrax bergantung pada jenis jangkitan dan boleh mengambil masa dari 1 hari hingga lebih dari 2 bulan untuk muncul. Terdapat 3 jenis jangkitan.

Anthrax kulit

Jenis anthrax ini memberi kesan kepada kulit. Bakteria biasanya memasuki badan melalui luka yang terbuka atau sakit kulit.

Pembentukan bengkak yang tidak menyakitkan, gatal, merah-coklat muncul 1 hingga 12 hari selepas terdedah kepada bakteria. Selalunya benjolan ini tertumpu di muka, leher, lengan, atau tangan. Ia  membentuk selaput berisi air dibawah permukaan kulit , yang akhirnya pecah dan terbuka , membentuk kudung hitam (eschar), dengan bengkak di sekelilingnya.

Nodus limfa yang berdekatan mungkin membengkak, dan pengidap mungkin berasa sakit, kadang-kadang dengan sakit otot, sakit kepala, demam, loya, dan muntah.

Anthrax penyedutan

Jenis anthrax ini memberi kesan kepada paru-paru. Bakteria boleh memasuki paru-paru apabila anda bernafas dalam udara yang mengandungi spora.

Simptom awal adalah sama dengan selesema tetapi simptom ini menjadi teruk dengan cepat.

  • Demam dan menggigil;
  • Kering (sering menyikat);
  • Berpeluh  (basah kuyup );
  • Sakit badan;
  • Keletihan yang melampau;
  • Sakit kepala, kecelaruan atau pening;
  • Sesak nafas;
  • Batuk;
  • Loya , muntah, atau sakit perut

Sekiranya tidak dirawat, antraks jenis ini boleh membawa maut. Jika anda mempunyai sebarang tanda dan simptom di atas dan mengesyaki antraks, hubungi doktor anda dengan serta-merta.

Anthrax saluran pencernaan (Gastrointestinal)

Antrax jenis ini adalah terpencil. Ia memberi kesan kepada sistem pencernaan. Anda boleh dijangkiti anthrax jenis ini dengan memakan daging yang tercemar.

Simptom biasa terdiri daripada:

  • Pembengkakan leher atau kelenjar leher;
  • Sakit tekak;
  • Sakit ketika menelan;
  • Suara serak;
  • Mual dan muntah, terutamanya muntah berdarah;
  • Cirit-birit atau cirit-birit berdarah;
  • Sakit perut;
  • Bengkak perut.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda tinggal di kawasan berisiko atau anda baru mengunjungi kawasan yang berisiko tinggi terhadap antraks, atau mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas, sila berjumpa dengan doktor anda dengan segera. Anthrax boleh membawa maut jika tidak dirawat dan memerlukan rawatan perubatan segera.

Punca

Apakah Punca Anthrax?

Penyebab utama anthrax adalah spora aktif bakteria yang dipanggil Bacillus anthracis. Spora boleh hidup di alam sekitar selama bertahun-tahun dan kemudian tumbuh dan berkembang biak. Ia akan menjadi beracun apabila bersentuhan dengan haiwan dan manusia lalu tersebar ke seluruh badan. Anthrax boleh memasuki badan melalui tiga cara iaitu sentuhan kulit, pernafasan dan daging yang tercemar.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Anthrax?

Terdapat banyak faktor risiko antraks, seperti:

  • Orang yang mengendalikan produk haiwan;
  • Veterinar yang bekerja dengan haiwan yang dijangkiti;
  • Pengeluar ternakan yang bekerja dengan binatang dijangkiti;
  • Pelancong yang pergi ke kawasan berisiko tinggi;
  • Petugas Makmal yang bekerja dengan antraks;
  • Pengendali surat, pegawai tentera, dan pekerja responden kecemasan;
  • Individu yang mungkin terdedah semasa kejadian bioterror yang melibatkan spora antraks;
  • Makan daging mentah atau separuh masak dari haiwan yang dijangkiti.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Anthrax didiagnosis?

Anthrax mungkin disyaki berdasarkan simptom, pemeriksaan fizikal, pendedahan pada risiko yang tinggi di masa lalu, dan memastikan penyakit lain bukan penyebab simptom anda. Cara terbaik untuk menentukan diagnosis yang tepat adalah melalui ujian terhadap kulit, darah, atau najis anda bagi mengesan bakteria B. anthracis. Pemeriksaan x-ray atau tomografi komputer (CT), endoskopi, dan pengambilan air tulang belakang boleh juga dilakukan. Untuk endoskopi, tiub fleksibel yang tipis dengan kamera kecil di hujung digunakan untuk memeriksa tekak atau usus.

Bagaimana pesakit Anthrax dirawat?

Semua jenis anthrax boleh dicegah dan dirawat dengan antibiotik. Orang yang terdedah kepada antraks boleh diberikan antibiotik secara oral, biasanya amoxicillin, ciprofloxacin atau doxycycline. Antibiotik diteruskan selama 60 hari untuk mencegah jangkitan dari kembali.

Semakin lama rawatan ditangguhkan , semakin besar risiko yang boleh mendatangkan kemudaratan. Oleh itu, rawatan biasanya bermula sebaik saja anthrax disyaki buat kali pertama.

Vaksin anthrax telah tersedia, tetapi tidak 100% berkesan. Vaksin ini digunakan untuk anggota tentera, saintis yang bekerja dengan antraks, dan kumpulan risiko tinggi yang lain. Ia bukan untuk kanak-kanak, wanita hamil, atau orang dewasa yang berusia lebih daripada 65 tahun. Sekiranya beberapa dos vaksin anthrax diberikan, antibiotik mungkin tidak diperlukan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Anthrax?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi anthrax:

  • Dapatkan vaksin jika anda bekerja dalam industri berisiko tinggi. Veterunar , pekerja makmal, dan responden kecemasan yang berisiko juga harus diberi vaksin.
  • Berjumpa dengan petugas perubatan anda dengan segera apabila anda melihat tanda-tanda dan simptom jangkitan yang pertama.
  • Habiskan semua antibiotik yang telah ditetapkan oleh doktor anda. Jangan berhenti mengambilnya melainkan jika doktor memberitahu anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 3, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut