backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Anemia Kurang Zat Besi

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apa itu Anemia Kurang Zat Besi?

Anemia kurang zat besi merupakan sejenis anemia – keadaan di mana darah kekurangan sel darah merah yang sihat – yang biasa berlaku. Sel darah merah membawa oksigen ke tisu badan.

Seperti namanya, anemia kurang zat besi adalah disebabkan oleh kekurangan zat besi. Tanpa zat besi yang mencukupi, badan anda tidak boleh menghasilkan bahan yang mencukupi di dalam sel darah merah bagi membolehkan sel ini membawa oksigen (hemoglobin). Hasilnya, anemia kurang zat besi membuatkan anda letih dan sesak nafas.

Anda biasanya boleh merawat anemia kurang zat besi dengan makanan tambahan zat besi. Kadang kala ujian atau rawatan tambahan bagi anemia kurang zat besi diperlukan, terutamanya jika doktor anda mengesyaki bahawa anda mengalami pendarahan dalaman.

Apakah kebarangkalian Anemia Kurang Zat Besi?

Anemia kurang zat besi sangat biasa berlaku, terutamanya dalam kalangan wanita dan individu yang mengamalkan diet kurang zat besi. Perkara ini dapat dikawal dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Anemia Kurang Zat Besi?

Simptom-simptom biasa bagi anemia kurang zat besi ialah:

  • Keletihan yang melampau
  • Lemah
  • Kulit pucat
  • Saki dada, degupan jantung laju atau sesak nafas
  • Sakit kepala, pening atau kepala berasa ringan
  • Tangan dan kaki sejuk
  • Inflamasi atau kudis pada lidah
  • Kuku yang rapuh
  • Mengidam bahan yang tiada nutrisi, seperti ais, tanah atau kanji
  • Kurang selera makan, terutamanya bayi dan kanak-kanak yang mempunyai anemia kurang zat besi

Pada awalnya, anemia kurang zat besi boleh jadi terlalu sederhana yang mana boleh hilang tanpa disedari. Tetapi apabila badan anda sangat kekurangan zat besi dan anemia bertambah teruk, tanda dan simptom anemia menjadi semakin kuat.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda atau anak anda mengalami tanda dan simptom yang menunjukkan anemia kurang zat besi, jumpa doktor anda. Anemia kurang zat besi bukankah sesuatu yang boleh didiagnosis atau dirawat sendiri. Oleh itu, berjumpalah dengan doktor untuk didiagnosis terlebih dahulu daripada mengambil makanan tambahan zat besi sendiri. Terlalu banyak zat besi di dalam badan boleh jadi berbahaya kerana lebihan iron yang terkumpul boleh merosakkan hati dan mengakibatkan komplikasi-komplikasi lain.

Punca

Apakah punca Anemia Kurang Zat Besi?

Anemia kurang zat besi berlaku apabila badan anda tidak mempunyai zat besi yang mencukupi bagi menghasilkan hemaglobin. Hemaglobin adalah bahagian sel darah merah yang membuatkan darah berwarna merah dan membolehkan sel darah merah membawa darah yang dioksigen ke seluruh badan.

Jika anda tidak mengambil zat besi yang mencukupi, atau anda kehilangan terlalu banyak zat besi, badan anda tidak dapat menghasilkan hemaglobin yang mencukupi, dan anemia kurang zat besi kemudiannya akan berlaku.

Punca-punca bagi anemia kurang zat besi termasuklah:

  • Kehilangan darah. Darah mengandungi zat besi di dalam sel darah merah. Jadi jika anda kehilangan darah, anda juga hilang sedikit zat besi. Wanita dengan haid yang banyak berisiko untuk mengalami anemia kurang zat besi kerana mereka hilang darah semasa haid. Kehilangan darah secara perlahan-lahan, kronik di dalam badan – seperti ulser peptik, hernia hiatal, polip kolon atau kanser kolorektum – boleh menyebabkan anemia kurang zat besi. Pendarahan gastrousus akibat selalu menggunakan eberapa ubat tahan sakit tanpa preskripsi, terutamanya aspirin.
  • Kurang zat besi di dalam diet anda. Badan anda selalu mendapat zat besi daripada makanan yang anda makan. Jika anda mengambil terlalu sedikit zat besi, lama kelamaan badan anda akan kekurangan zat besi. Contoh makanan yang kaya dengan zat besi termasuk daging, telur, sayur-sayuran berdaun hijau dan makanan yang diperkuat dengan zat besi. Untuk tumbesaran dan perkembangan yang baik, bayi dan kanak-kanak memerlukan zat besi daripada diet mereka juga.
  • Ketakupayaan untuk menyerap zat besi. Zat besi daripada makanan diserap ke dalam saluran darah di dalam usus kecil anda. Gangguan usus, seperti penyakit seliak, yang mana mengganggu kebolehan usus anda untuk menyerap nutrien daripada makanan yang telah dicerna, boleh menyebabkan anemia kurang zat besi. Jika sebahagian daripada usus anda telah dilakukan pintasan atau dibuang melalui pembedahan, perkara ini boleh menganggu kebolehan usus anda untuk menyerap zat besi dan nutrien lain.
  • Tanpa makanan tambahan zat besi, anemia kurang zat besi berlaku pada ramai wanita hamil kerana simpanan zat besi mereka perlu menampung kuantiti darah yang meningkat serta menjadi sumber kepada hemoglobin bagi fetus yang sedang membesar.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Anemia Kurang Zat Besi?

Terdapat banyak faktor risiko bagi anemia kurang zat besi, seperti:

  • Oleh sebab wanita akan kehilangan darah semasa haid, wanita umumnya berisiko tinggi untuk mengalami anemia kurang zat besi.
  • Bayi dan kanak-kanak. Bayi, terutamanya yang mempunyai berat badan rendah ketika lahir atau lahir secara pramatang, yang tidak dapat zat besi yang mencukupi daripada susu badan atau formula mungkin berisiko untuk mengalami anemia kurang zat besi. Kanak-kanak memerlukan zat besi yang berlebihan semasa lonjakan pertumbuhan. Jika anak anda tidak makan diet yang sihat serta bervariasi anak anda berisiko untuk mengalami anemia.
  • Individu yang tidak makan daging mempunyai risiko tinggi untuk mempunyai anemia kurang zat besi jika mereka tidak mengambil makanan lain yang kaya dengan zat besi.
  • Sering menderma darah. Individu yang selalu menderma darah mungkin berisiko tinggi untuk mengalami anemia kurang zat besi kerana derma darah boleh mengurangkan simpanan iron. Hemaglobin rendah yang dikait dengan derma darah hanyalah masalah sementara yang boleh dirawat dengan mengambil lebih banyak makanan yang kaya dengan zat besi. Jika anda diberitahu bahawa anda tidak boleh derma darah kerana rendah hemaglobin, tanya doktor anda sama ada anda perlu risau akan perkara tersebut atau tidak.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Anemia Kurang Zat Besi didiagnosis?

Bagi mendiagnosis anemia kurang zat besi, doktor anda akan melakukan ujian untuk melihat:

  • Saiz dan warna sel darah merah. Dalam anemia kurang zat besi, sel darah merah lebih kecil dan berwarna pucat daripada biasa.
  • Ini merupakan peratusan darah anda yang mempunyai sel darah merah. Paras normal umum bagi wanita dewasa adalah di antara 34.5 dan 44.5 peratus dan 38.8 hingga 50 peratus bagi lelaki dewasa. Nilai ini boleh berubah mengikut umur anda.
  • Paras hemoglobin yang rendah daripada normal bermaksud anemia. Julat normal hemaglobin umumnya bermaksud 13.5 hingga 17.5 gram (g) hemoglobin per desiliter (dL) darah bagi lelaki dan 12.0 hingga 15.5 g/dL bagi wanita. Julat normal bagi kanak-kanak berbeza mengikut umur dan jantina kanak-kanak tersebut.
  • Protein ini membantu menyimpan zat besi di dalam badan anda, dan paras ferritin yang rendah biasanya bermaksud paras simpanan zat besi rendah.

Jika ujian darah anda menunjukkan bahawa anda mempunyai anemia kurang zat besi, doktor anda akan melakukan ujian tambahan bagi mengenal pasti punca anemia ini berlaku, seperti:

  • Doktor selalunya akan memeriksa pendarahan daripada hernia hiatal, ulser atau perut melalui endoskop. Bagi prosedur ini, tiub nipis, bercahaya  yang dilengkapi dengan kamera video akan dimasukkan ke dalam kerongkong sehingga ke perut anda. Alat ini membolehkan doktor untuk melihat tiub yang menyambungkan mulut ke perut (esofagus) dan perut anda bagi mencari punca pendarahan.
  • Bagi menolak kemungkinan punca pendarahan usus bawah, doktor anda akan menyarankan prosedur yang dipanggil kolonoskopi. Tiub nipis, fleksibel yang dilengkapi dengan kamera video akan dimasukkan ke dalam rektum dan dipandu ke kolon anda. Anda biasanya akan disedasi semasa ujian ini. Kolonoskopi membolehkan doktor melihat di dalam sebahagian atau keseluruhan kolon dan rektum anda bagi mencari pendarahan dalaman.
  • Wanita juga akan menjalankan ultrasound pelvik bagi mencari punca pendarahan haid yang berlebihan, seperti fibroid uterus.

Doktor anda akan melakukan ujian-ujian ini atau yang lain selepas tempoh percubaan rawatan dengan makanan tambahan zat besi.

Bagaimana pesakit Anemia Kurang Zat Besi dirawat?

Bagi merawat anemia kurang zat besi, doktor anda akan menyarankan supaya anda mengambil makanan tambahan zat besi. Doktor anda juga akan merawat punca yang menyebabkan kekurangan zat besi anda, jika perlu.

Doktor anda akan menyarankan tablet zat besi tanpa preskripsi bagi menggantikan semula simpanan zat besi di dalam badan anda. Doktor anda akan memberitahu dos yang betul untuk anda. Zat besi juga boleh didapati dalam bentuk cecair bagi bayi dan kanak-kanak. Bagi meningkatkan peluang untuk badan anda menyerap zat besi daripada tablet, anda akan diarahkan supaya:

  • Ambil tablet zat besi ketika perut kosong. Jika boleh, ambil tablet zat besi anda apabila perut anda sedang kosong. Walau bagaimanapun, oleh sebab tablet zat besi boleh menyebabkan ketakselesaan perut, anda mungkin perlu mengambil tablet zat besi anda bersama makanan.
  • Jangan ambil zat besi bersama antasid. Ubat yang segera dapat melegakan simptom pedih ulu hati boleh menganggu penyerapan zat besi. Ambil zat besi dua jam sebelum atau empat jam selepas anda mengambil antasid.
  • Ambil tablet zat besi bersama vitamin C. Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Doktor anda mungkin akan menyarankan supaya anda mengambil tablet zat besi dengan segelas jus oren atau makanan tambahan vitamin C.
  • Makanan tambahan zat besi boleh menyebabkan sembelit, jadi doktor anda mungkin juga akan menyarankan pelembut najis. Zat besi boleh menukar najis anda menjadi hitam, yang mana merupakan kesan sampingan yang tidak berbahaya.

Kekurangan zat besi tidak boleh dibetulkan dalam masa satu hari. Anda perlu mengambil makanan tambahan zat besi selama beberapa bulan atau lebih lama bagi mengantikan semula simpanan zat besi anda. Umumnya, anda akan mula rasa bertambah baik selepas seminggu atau lebih kurang rawatan. Tanya doktor anda bila perlu darah anda diperiksa semula bagi menyukat paras zat besi anda. Bagi memastikan simpanan zat besi anda telah penuh, anda mungkin perlu mengambil makanan tambahan zat besi selama setahun atau lebih.

Jika makanan tambahan zat besi tidak meningkatkan paras zat besi dalam darah anda, anemia ini mungkin disebabkan oleh pendarahan atau masalah penyerapan zat besi yang mana doktor anda perlu selidik dan rawat. Bergantung kepada puncanya, rawatan anemia kurang zat besi mungkin melibatkan:

  • Ubat, seperti ubat pencegah kehamilan oral bagi mengurangkan aliran darah haid yang banyak.
  • Antibiotik dan ubat-ubat lain bagi merawat ulser peptik.
  • Pembedahan bagi membuang polip, tumor atau fibroid yang berdarah.

Jika anemia kurang zat besi ini teruk, anda mungkin memerlukan zat besi diberi secara intravena atau anda mungkin memerlukan pemindahan darah untuk bantu mengantikan zat besi dan hemoglobin dengan cepat.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Anemia Kurang Zat Besi?

Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi anemia kurang besi:

Pilih makanan yang kaya dengan zat besi

Makanan yang kaya dengan zat besi termasuk:

  • Daging merah, babi dan burung
  • Makanan laut
  • Kekacang
  • Sayur-sayuran berdaun hijau gelap, seperti bayam
  • Buah-buahan kering, seperti kismis dan aprikot
  • Bijiran, roti dan pasta yang diperkuat zat besi
  • Kacang pea

Badan anda boleh menyerap lebih banyak zat besi daripada daging berbanding sumber-sumber yang lain. Jika anda memilih untuk tidak makan daging, anda perlu meningkatkan pengambilan makanan berasaskan tumbuhan yang kaya dengan zat besi bagi menyerap jumlah zat besi yang sama dengan individu yang mengambil daging.

Pilih makanan yang mengandungi vitamin C bagi meningkatkan penyerapan zat besi

Anda boleh meningkatkan keupayaan badan anda untuk menyerap zat besi dengan minum jus sitrus atau makan makanan lain yang kaya dengan vitamin C dan pada masa yang sama anda mengambil makanan yang tinggi dengan zat besi. Vitamin C di dalam jus sitrus, seperti jus oren, membantu badan anda untuk menyerap diet zat besi dengan lebih baik.

Vitamin C juga boleh dijumpai di dalam:

  • Brokoli
  • Limau gedang
  • Kiwi
  • Berdaun hijau
  • Tembikai
  • Oren
  • Lada
  • Strawberi
  • Limau mandarin
  • Tomato

Mencegah anemia kurang zat besi pada bayi

Bagi mencegah anemia kurang zat besi pada bayi, beri bayi anda susu badan atau formula yang diperkuat zat besi untuk satu tahun pertama. Susu lembu bukanlah sumber zat besi yang bagus untuk bayi dan tidak disarankan bagi bayi yang berusia bawah 1 tahun. Selepas umur 6 bukan, mula beri bayi anda bijiran yang diperkuat zat besi atau puri daging sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi menambah pengambilan zat besi. Selepas satu tahun, pastikan anak anda  tidak minum lebih daripada 20 auns (591 mililiter) susu setiap hari. Minum terlalu banyak susu akan mengambil alih tempat makanan yang lain, termasuk yang kaya dengan zat besi.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan