backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Amniosentesis

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Amniosentesis?

Amniosentesis merupakan cara yang biasanya selamat dan berkesan untuk membantu mengetahui jika ada masalah dengan kehamilan anda. Pemeriksaan ujian untuk keabnormalan janin (cacat lahir) seperti sindrom Down, fibrosis sistik atau spina bifida. Dalam kebanyakan kes, keputusannya adalah normal.

Amniosentesis hanya dilakukan pada wanita yang dianggap berisiko tinggi untuk melahirkan anak dengan kecacatan kelahiran. Bincangkan dengan doktor atau pakar obstetrik sama ada amniosentesis adalah sesuai untuk anda.

Amniocentesis dilakukan antara 16 dan 20 minggu kehamilan. Menjelang masa ini, bayi yang sedang membesar terampai dalam kira-kira 130ml cecair amniotik, yang mana bayi sentiasa telan dan membuang air besar secara berterusan. Bendalir diuji untuk mendapatkan maklumat tentang bayi – termasuk jantina bayi – dan untuk mengesan keabnormalan fizikal seperti sindrom Down atau spina bifida. Ujian DNA juga boleh dilakukan ke atas sampel cecair amniotik bagi mengenalpasti pelbagai gangguan genetik, seperti fibrosis sistik dan sindrom X rapuh.

Apakah kebarangkalian Amniosentesis?

Apabila seorang wanita meningkat usia, risiko melahirkan anak dengan sindrom Down mula meningkat dengan ketara – dari kira-kira satu dalam 2,000 (pada usia 20 tahun) hingga satu dalam 100 (pada usia 40 tahun).

Wanita hamil yang berpotensi untuk menjalani amniosentesis termasuklah:

  • Wanita berumur 40 tahun (wanita Victoria berusia 37 tahun ke atas dicadangkan untuk mengambil ujian ini secara rutin).
  • Wanita dengan sejarah abnormaliti kromosom dalam keluarga, seperti sindrom Down.
  • Wanita yang sudah mempunyai anak dengan keabnormalan kromosom.
  • Wanita yang dikenali sebagai pembawa gangguan genetik.
  • Wanita yang mempunyai pasangan dengan sejarah gangguan genetik atau keabnormalan kromosom dalam keluarga
  • Wanita yang mendapat hasil ujian “darah serum’ atau ujian pemeriksaan ultrasound yang tidak normal
  • Jika doktor anda telah mencadangkan amniosentesis, prosedur biasanya dijadualkan antara minggu ke-15 dan ke-18 kehamilan.

    Fahami Risiko

    Apakah risiko Amniosentesis?

    Terdapat risiko kecil bahawa amniosentesis boleh menyebabkan keguguran (kurang daripada 1%, atau kira-kira 1 dalam 200 hingga 1 dalam 400). Kecederaan kepada bayi atau ibu, jangkitan, dan kelahiran pramatang adalah komplikasi lain yang berpotensi berlaku, tetapi sangat jarang berlaku.

    Pensampelan vilus korionik adalah prosedur yang melibatkan mengeluarkan kepingan kecil plasenta dan boleh dilakukan antara minggu 11 dan minggu 13.

    Anda mungkin mempunyai imbasan terperinci atau ujian darah tetapi ujian ini hanya boleh menunjukkan kemungkinan bayi anda mengalami masalah sahaja.

    Selepas pembedahan tersebut, anda mungkin mengalami beberapa komplikasi, seperti:

    • Keguguran;
    • Tompokan atau pendarahan vagina;
    • Membran anda pecah secara pramatang;
    • Jangkitan pada rahim anda;
    • Ketidakselesaan atau kekejangan;
    • Kecederaan kepada bayi anda;
    • Kegagalan untuk mendapatkan cecair pada percubaan pertama;
    • Kegagalan kultur;
    • Hasil keputusan yang tidak menentu;
    • Mengeluarkan cecair yang berlumuran darah.

    Adalah penting anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani pembedahan ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

    Ketahui apa yang berlaku

    Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum menjalani Amniosentesis?

    Anda akan menerima kaunseling genetik sebelum prosedur. Selepas risiko dan faedah amniosentesis telah diterangkan dengan teliti kepada anda, anda boleh memilih sama ada anda mahu menjalani prosedur.

    Apakah yang berlaku semasa Amniosentesis?

    Amniosentesis adalah prosedur yang agak selamat. Langkah-langkah yang terlibat dalam amniosentesis:

    • Wanita tersebut akan berbaring dan kedudukan janin dan plasenta ditentukan oleh imbasan ultrabunyi.
    • Apabila doktor yakin akan suatu tempat yang selamat, mereka akan menyapu perut wanita dengan antiseptik dan menyuntik anestetik setempat ke dalam kulit.
    • Menggunakan jarum yang panjang dan nipis, doktor akan mengekstrak kira-kira 15 hingga 20ml (kira-kira tiga sudu teh) cecair amniotik. Ini mengambil masa kira-kira 30 saat.
    • Fetus diperiksa selepas itu untuk memastikan semuanya baik.
    • Doktor akan menasihati bila keputusan boleh dijangkakan. Dalam sesetengah kes, keputusan mungkin mengambil masa sehingga tiga minggu.

    Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

    Pemulihan

    Apakah yang berlaku setelah Amniosentesis?

    Anda mungkin perlu menunggu dalam 20 minit sebelum boleh balik ke rumah.

    Kebanyakan wanita mendapati amniosentesis tidak menyakitkan, walaupun disyorkan untuk terus berehat selama satu jam atau lebih selepas itu.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan