Apa itu Amnesia?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Amnesia?

Amnesia, yang juga dikenali sebagai sindrom amnesik, adalah keadaan yang menyebabkan kehilangan ingatan. Ini termasuk kehilangan maklumat, fakta, dan pengalaman peribadi. Terdapat banyak masalah kesihatan yang boleh menyebabkan amnesia seperti demensia, strok atau kecederaan kepala.  Amnesia mungkin menjejaskan keupayaan untuk menghasilkan memori tambahan memandangkan ia merupakan bentuk kehilangan ingatan yang lebih teruk daripada yang lain. Tempoh amnesia boleh menjadi sementara tetapi juga boleh menjadi keadaan kekal. Adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan untuk merawat penyebab amnesia.

Apakah kebarangkalian Amnesia?

Amnesia adalah masalah biasa yang biasanya disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius seperti kecederaan kepala, strok atau demensia. Terdapat juga beberapa faktor risiko yang boleh membuat anda lebih cenderung mendapat amnesia. Faktor risiko ini termasuk penyalahgunaan alkohol, sawan atau pembedahan otak. Amnesia boleh menjejaskan lelaki dan wanita tetapi lebih selalu menjejaskan wanita.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Amnesia?

Simptom utama amnesia ialah kehilangan ingatan atau ketidakupayaan untuk membentuk ingatan baru. Kemahiran kognitif anda serta kemahiran motor anda biasanya tidak terjejas. Ini bermakna anda masih mampu untuk berjalan dan bercakap bahasa yang anda fasih. Terdapat banyak jenis amnesia yang boleh terjadi seperti:

  • Amnesia retrogred. Amnesia retrogred berlaku apabila anda kehilangan memori baru dan memori zaman kanak-kanak. Kesannya biasanya beransur-ansur. Terdapat masalah kesihatan yang boleh menyebabkan amnesia retrogred seperti demensia.
  • Amnesia anterogred. Amnesia anterogred berlaku apabila anda tidak dapat membentuk ingatan baru. Kesannya biasanya sementara tetapi boleh menjadi kekal. Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan anda pitam, yang membawa kepada amnesia anterogred. Satu lagi sebab yang mungkin adalah kerosakan pada hipokampus, bahagian dalam otak anda yang memainkan peranan penting dalam membentuk memori.
  • Amnesia global sementara. Amnesia global sementara (TGA) berlaku apabila anda mengalami kehilangan ingatan sebelum suatu pengalaman traumatik, menyebabkan kekeliruan dan pergolakan fikiran. Penyebabnya masih tidak dikenal pasti dengan baik. Sesetengah pakar mengatakan sawan atau penyumbatan sementara saluran darah mungkin merupakan penyebabnya. Lazimnya ia boleh menjejaskan orang dewasa pada pertengahan umur hingga ke yang lebih tua.

Amnesia adalah berbeza daripada demensia. Amnesia menjejaskan kehilangan ingatan anda tetapi tidak menyebabkan kerosakan kognitif. Maksudnya anda masih boleh mengenali siapa diri anda, tahun dan masa yang anda sedang berada. Simptom-simptom lain mungkin meliputi memori palsu, kekeliruan atau penanaran/disorientasi.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus menghubungi doktor anda jika mengalami perkara berikut:

  • Mengalami kehilangan ingatan yang tidak dapat dijelaskan, kecederaan kepala, kekeliruan atau penanaran/disorientasi;
  • Mendapati diri anda tidak mampu mengenali lokasi semasa anda berada.

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Amnesia boleh menjadi tanda kepada masalah yang lebih serius. Adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Punca

Apakah punca Amnesia?

Anda harus menghubungi doktor anda jika mengalami perkara berikut:

  • Mengalami kehilangan ingatan yang tidak dapat dijelaskan, kecederaan kepala, kekeliruan atau penanaran/disorientasi;
  • Mendapati diri anda tidak mampu mengenali lokasi semasa anda berada.

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Amnesia boleh menjadi tanda kepada masalah yang lebih serius. Adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Amnesia?

Terdapat banyak faktor risiko bagi amnesia, terutamanya apabila anda telah mengalami:

  • Pembedahan otak;
  • Kecederaan kepala atau trauma;
  • Strok;
  • Penyalahgunaan alkohol;
  • Peristiwa traumatik dan tekanan;
  • Sawan.

Jika anda rasa anda mungkin berisiko untuk amnesia, berbincanglah dengan doktor anda bagi mendapatkan bagaimana untuk menguruskan risiko anda.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Amnesia didiagnosis?

Bagi mendiagnosis amnesia dengan betul, doktor anda akan melakukan beberapa ujian untuk mengetepikan sebarang punca kemungkinan kehilangan ingatan lain seperti penyakit Alzheimer, kemurungan dan tumor otak. Ujian ini mungkin meliputi yang berikut:

  • Mengkaji riwayat perubatan anda. Ini termasuklah bertanya kepada anda soalan bagi menguji tahap keterukan ingatan anda dan mengenal pasti beberapa pencetus atau faktor penyumbang yang berkemungkinan.
  • Pemeriksaan fizikal. Doktor anda akan menyemak refleks, fungsi deria, keseimbangan dan tindak balas fisiologi yang lain bagi memastikan fungsi otak dan sistem saraf anda baik.
  • Ujian kognitif. Ujian-ujian ini akan mengukur pemikiran, kebolehan membuat keputusan dan ingatan jangka pendek & jangka panjang. Ujian ini juga boleh membantu menentukan tahap keterukan kehilangan ingatan anda.
  • Ujian diagnostik. Ujian ini merangkumi pengimejan resonans magnet (MRI) dan imbasan tomografi berkomputer (CT) untuk mengesan sebarang kerosakan atau perkara abnormal pada otak.

Seorang ahli keluarga atau kawan harus menemani pesakit ketika melawat doktor. Ini akan membantu doktor mendapatkan penilaian yang lebih baik apabila pesakit tidak dapat menjawab semua soalan yang perlu.

Bagaimana pesakit Amnesia dirawat?

Tiada rawatan atau ubatan khusus untuk amnesia, tetapi anda boleh menghadapinya dengan:

  • Bekerjasama dengan jurupulih pekerjaan untuk mempelajari teknik yang berbeza untuk melatih ingatan. Jurupulih anda boleh menggunakan gambar, bauan lazim dan muzik untuk mencetuskan ingatan anda.
  • Jika anda mempunyai sindrom Wernicke-Korsakoff, rawatan biasanya melibatkan penggantian vitamin dan pemakanan yang betul. Sindrom Wernicke-Kosakoff disebabkan oleh penggunaan alkohol yang banyak, menyebabkan kekurangan tiamina (thiamine) (vitamin B1). Anda juga perlu menyingkirkan toksin alkohol dari badan anda dengan cara yang dinasihatkan.
  • Anda boleh menggunakan aplikasi tertentu pada komputer, telefon pintar atau tablet anda untuk mengingatkan anda tentang tarikh penting atau bila perlu mengambil ubat anda. Ia biasanya membantu anda untuk menyenaraikan aktiviti harian anda.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Amnesia?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut berpotensi membantu anda mengatasi amnesia:

  • Tuliskan sebarang simptom yang tidak biasa yang anda alami.
  • Tulis maklumat peribadi utama, termasuk apa-apa tekanan besar atau perubahan kehidupan baru-baru ini yang boleh anda ingat. Mintalah ahli keluarga atau rakan untuk membantu anda, bagi memastikan senarai anda selesai.
  • Senaraikan semua ubat yang anda ambil, termasuk vitamin dan suplemen.
  • Minta ahli keluarga atau rakan untuk menemani anda berjumpa doktor.
  • Bawa nota dan pen atau pensel untuk mencatatkan perkara yang ingin mahu ingati kemudian.
  • Tulis soalan yang anda ingin tanya kepada doktor anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 28, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut