Apa itu Alopecia?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Alopecia?

Alopecia merupakan gangguan yang berlaku apabila jumlah rambut gugur lebih daripada jumlah rambut yang tumbuh. Dalam sesetengah kes, rambut tidak tumbuh lagi, menyebabkan botak atau bintik-bintik botak. Secara purata, anda kehilangan 25 hingga 100 rambut setiap hari. Alopecia biasanya ditakrifkan sebagai kehilangan lebih daripada 100 rambut sehari. Terdapat 3 jenis alopecia:

  • Alopecia areata – tompok keguguran rambut;
  • Alopecia totalis – kehilangan semua rambut di kulit kepala;
  • Alopecia universalis – kehilangan semua rambut di anggota badan.

Bergantung kepada punca, keadaan ini mungkin bersifat sementara atau boleh berterusan untuk tempoh masa yang lebih lama. Alopecia boleh menyebabkan tekanan, tetapi ia juga boleh menjadi tanda penyakit yang tersembunyi. Sila berbincang dengan doktor anda jika keadaan anda tidak pulih atau bertambah buruk.

Apakah kebarangkalian Alopecia?

Alopecia boleh berlaku pada lelaki, wanita dan kanak-kanak. Pada sesetengah orang, keguguran rambut boleh berlaku selepas peristiwa utama dalam hidup seperti penyakit, kehamilan atau trauma. Lelaki yang berumur lebih daripada 50 tahun mungkin akan lebih terjejas serta wanita berumur lebih dari 50 tahun yang akan melalui menopause.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Alopecia?

Simptom ini bergantung kepada punca kerana alopecia mungkin mempunyai pelbagai tanda dan gejala. Alopecia boleh berlaku secara mengejut atau perlahan-lahan dan boleh menjadi sementara atau kekal. Ia boleh menjejaskan kulit kepala atau seluruh badan. Berikut adalah beberapa tanda dan simptom alopecia:

  • Keguguran rambut lebih daripada 100 helai rambut sehari;
  • Kadang-kadang mungkin terdapat rasa pedih terbakar atau gatal;
  • Tompok botak di bahagian rambut yang gugur biasanya licin,berbentuk bulat dan berwarna peach;
  • Alopecia areata: tompok bulat. Biasanya, keguguran rambut menjejaskan kulit kepala, tetapi dalam beberapa kes, janggut atau kening juga mungkin terjejas.
  • Alopecia totalis: Rambut boleh gugur dengan mudah apabila anda menyikat rambut. Keguguran rambut ini biasanya menyebabkan penipisan rambut.
  • Alopecia universalis: kemoterapi kanser boleh menyebabkan alopecia; rambut biasanya tumbuh semula selepas tempoh gangguan.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor anda jika anda mempunyai sebarang masalah yang berikut:

Anda perlu berjumpa dengan doktor anda jika keadaan anda tidak pulih atau semakin teruk. Alopecia yang mengejut mungkin merupakan tanda keadaan yang tidak diketahui yang memerlukan rawatan. Oleh itu, mengesan punca lebih penting daripada mencari rawatan. Sila maklumkan doktor anda jika anda menyedari keguguran rambut yang lebih banyak ketika menyikat atau membasuh rambut anda secara normal.

Punca

Apakah Punca Alopecia?

Penyebab sebenar alopecia masih tidak diketahui. Walau bagaimanapun, kebanyakan pakar perubatan percaya bahawa alopecia mungkin berkaitan dengan faktor berikut:

  • Sejarah keluarga: Jika ahli keluarga anda yang mengalami alopecia, anda juga akan mempunyai risiko yang sangat tinggi. Sejarah keluarga juga akan menentukan usia alopecia, alopecia dan kemungkinan perkembangan isu ini.
  • Hormon: perubahan dan ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan alopecia sementara. Ini termasuk perubahan hormon akibat kehamilan, melahirkan anak atau hampir memasuki fasa menopaus. Kelenjar tiroid juga boleh menjejaskan tahap hormon, yang menyebabkan alopecia.
  • Keadaan kulit: jangkitan kulit kepala atau penyakit kulit seperti lupus atau lichen planus yang boleh menyebabkan keguguran rambut.
  • Dadah: ubat yang merawat kanser, arthritis, kemurungan, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan alopecia. Ia juga boleh disebabkan oleh pil merancang kehamilan dan penggunaan vitamin A yang berlebihan..
  • Gangguan menarik rambut: juga dikenali sebagai trichotillomania, menyebabkan seseorang mempunyai keinginan untuk menarik rambut pada kulit kepala, alis atau bahagian badan yang lain.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Alopecia?

Terdapat banyak faktor risiko untuk alopecia, seperti:

  • Sejarah keluarga: mempunyai ahli keluarga yang menghidap alopecia boleh meningkatkan risiko anda dengan alopecia.
  • Usia: semakin meningkat usia , semakin besar risiko keguguran rambut.
  • Kurang nutrisi. Rambut boleh menjadi rapuh dan lemah apabila anda kurang nutrisi yang diperlukan.
  • Beberapa penyakit boleh meningkatkan risiko alopecia seperti diabetes dan lupus erythematosus.
  • Tekanan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Alopecia didiagnosis?

Alopecia dikenalpasti dengan mengkaji sejarah perubatan dan ujian makmal keluarga anda seperti:

  • Ujian darah: ujian darah membantu doktor mengenalpasti penyakit yang boleh menyebabkan keguguran rambut, seperti masalah tiroid.
  • Biopsi kulit kepala: doktor akan mengambil sebahagian kecil kulit dan pin rambut kepala untuk pemeriksaan.

Bagaimana pesakit Alopecia dirawat?

Kaedah rawatan alopecia terdiri daripada pengambilan ubat, pembedahan, terapi laser, atau rambut palsu. Doktor boleh mecadangkan dan mengarahkan anda untuk menggunakan satu atau gabungan kaedah untuk mendapatkan rawatan yang paling berkesan.

  • Terapi ubat: dua ubat yang kerap digunakan untuk merawat keguguran rambut adalah minoksidil (Rogaine®) dan finasteride (Propecia®). Minoxidil dalam bentuk cecair atau buih. Ia  digunakan pada kulit kepala dua kali sehari. Minoxidil membantu mencegah keguguran rambut dan membantu menumbuhkan rambut. Finasteride diambil secara oral dan hanya untuk digunakan oleh lelaki.
  • Pembedahan: Doktor mungkin melakukan pembedahan jika anda mengalami keguguran rambut kekal. Ia biasanya dilakukan untuk menanam dan mengembalikan rambut pada kulit kepala. Walau bagaimanapun, kaedah ini selalunya mahal dan boleh menyebabkan kesakitan.
  • Terapi laser: Terapi laser boleh membantu pesakit mengurangkan keguguran rambut dan membantu rambut tumbuh kembali lebih tebal.
  • Gunakan rambut palsu: jika rawatan lain tidak berkesan, penggunaan rambut palsu adalah pilihan alternatif yang selamat.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Alopecia?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi aloplecia:

Membasuh dan menyikat rambut anda dengan lembut.

  • Elakkan gaya rambut yang ketat seperti gaya ekor kuda, gaya simpul roti dan gaya kancing.
  • Makan makanan yang seimbang.
  • Elakkan memintal, menarik, menggosok rambut anda.
  • Hadkan pengeringan rambut anda dengan tuala. Biarkan rambut kering.
  • Gunakan sikat gigi yang luas untuk menyikat rambut, elakkan menyikat apabila rambut basah.
  • Gunakan perapi rambut untuk menyikat dengan lancar dan mudah.
  • Maklumkan  doktor anda jika anda mempunyai tanda jangkitan selepas penggunaan steroid. Tanda-tanda ini termasuk: kemerahan, bengkak, sensitif kepada rangsangan sakit dan rasa terbakar di tapak suntikan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 3, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 3, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.