Apa itu Akromegali?

Oleh

Definisi

Apa itu Akromegali?

Akromegali merupakan gangguan paras hormon hasil daripada hormon tumbesaran yang terlalu banyak. Ini menyebabkan kulit dan tulang di dalam kepala , muka, lengan dan kaki membesar dengan kadar yang lebih cepat daripada badan. Perubahan fizikal berlaku lebih perlahan dan mungkin tidak dapat dikesan selama bertahun-tahun. Jika dibiarkan tanpa dirawat, akromegali boleh menyebabkan kesan yang teruk. Ia adalah penting untuk memaklumkan doktor anda jika anda mempunyai sebarang simptom.

Apakah kebarangkalian Akromegali?

Akromegali adalah penyakit yang jarang dihidapi. Ia selalunya dihidapi oleh lelaki dan wanita di pertengahan umur. Di kalangan kanak-kanak yang masih membesar pula, hormon tumbesaran yang terlalu banyak boleh menyebabkan masalah yang sama yang dikenali sebagai gigantisma. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lebih lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Akromegali?

Simptom-simptom dan tanda-tanda biasa bagi akromegali adalah apabila tulang-tulang anda di bahagian tangan, kaki, kepala dan muka menjadi lebih besar daripada badan anda. Selain itu, penyakit ini juga menyebabkan beberapa simptom lain seperti :

  • Sakit kepala;
  • Mengurangkan penglihatan;
  • Artritis;
  • Jari kebas dan kesemutan;
  • Tekanan darah tinggi;
  • Perubahan kitaran haid;
  • Mati pucuk bagi lelaki;
  • Gigi berjarak;
  • Berdengkur apabila tidur;
  • Nada suara rendah;

Kemungkinan ada beberapa simptom tidak disenaraikan diatas. Jika anda ada sebarang kerisauan tentang simptom ini, sila berbincang dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Hubungi doktor anda atau pergi ke hospital jika anda mempunyai salah satu daripada simptom-simptom yang berikut:

  • Terdapat anggota badan yang membengkak, lemah atau otot lumpuh.
  • Terdapat bahagian pada bibir, hidung, lidah mula membesar dan bengkak daripada biasa.
  • Jarak antara akar gigi lebih luas daripada gigi yang normal.
  • Penglihatan yang tidak normal, sakit kepala yang teruk, kebas atau kesakitan saraf atau sakit dada.

Punca

Apakah Punca Akromegali?

Akromegali disebabkan oleh penghasilan hormon tumbesaran yang berlebihan dari kelenjar pituitari. Kelenjar pituitari menghasilkan beberapa hormon penting yang mengawal fungsi tubuh badan seperti  pertumbuhan dan pembangunan, pembiakan, dan metabolisma. Hormon tumbesaran adalah penting untuk mengawal pertumbuhan fizikal tubuh badan seseorang. Tahap hormon pertumbuhan yang tinggi menyebabkan tulang di lengan, kaki, kepala dan muka lebih besar daripada badan anda. Penghasilan hormon tumbesaran yang berlebihan boleh berpunca daripada ketumbuhan di kelenjar pituitari  atau dalam kes terpencil adalah pertumbuhan di pankreas , paru-paru atau bahagian otak.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Akromegali?

Terdapat beberapa risiko akromegali seperti:

  • Anda mempunyai sejarah penyakit pituitari seperti ketumbuhan, hipopituitarisma.
  • Jika anda mendapat gangguan GNRH (pembebasan hormon tumbesaran) di lobus bawah , anda juga boleh mendapat akromegali disebabkan oleh hormon tumbesaran GNRH daripada aktiviti biasa.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Akromegali didiagnosis?

Terdapat banyak cara untuk mendapatkan diagnosis secara terperinci. Kebiasaannya doktor akan memeriksa badan pesakit dan melakukan pemeriksaan darah untuk mengukur jumlah hormon tumbesaran.

Bagaimana pesakit Akromegali dirawat?

Rawatan-rawatan secara mendalam meliputi:

  • Diagnosis dan rawatan awal penyakit pituitari; gangguan pengurangan menghasilkan terlalu banyak hormon tumbesaran. Doktor anda mungkin mensyorkan untuk anda berjumpa dengan doktor pakar dalam bidang endokrin, yang merupakan pakar dalam merawat masalah hormon.
  • Pembedahan untuk membuang ketumbuhan di alam kelenjar pituitari melalui hidung atau bibir akan dijalankan dan ini tidak meninggalkan parut.
  • Pembuangan ketumbuhan dengan terapi radiasi.  
  • Biasanya doktor akan menggabungkan kesemua rawatan yang ada untuk hasil yang lebih berkesan dan paling pantas. Akromegali memerlukan rawatan jangka masa panjang. Pembedahan biasanya berjaya tetapi tahap hormon mungkin tidak kembali kepada asal, jadi pesakit perlu mendapat sokongan ubat selepas pembedahan.   

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Akromegali?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi akromegali:

  • Mematuhi sepenuhnya arahan doktor dengan tepat dan bekerjasama dengan proses rawatan. Anda perlu menghubungi doktor anda sekiranya mengalami kesan sampingan daripada ubat seperti mual, sakit kepala ringan , pening kepala dan sebagainya.   
  • Dapatkan pemeriksaan kerap ( seperti yang diarahkan doktor). Doktor anda akan memeriksa tekanan darah , gula dalam darah dan kardiovaskular untuk mengesan komplikasi penyakit.
  • Simptom-simptom tidak akan hilang dengan segera. Rawatan perlu diutamakan untuk jangka masa panjang dan dan mendapat sokongan ibu bapa dan orang yang disayangi.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 4, 2018