Apa itu Akil baligh?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Akil baligh?

Akil baligh adalah tempoh masa apabila kanak-kanak lelaki dan perempuan yang sedang membesar dan mengalami proses kematangan seks. Akil baligh ialah siri-siri peringkat fizikal yang membawa kepada kesuburan dan perkara yang dipanggil ciri-ciri jantina sekunder, iaitu ciri-ciri fizikal lelaki dan perempuan dewasa (seperti pertumbuhan bulu ari-ari). Baligh bukan sahaja melibatkan siri-siri transformasi biologikal dan fizikal , bahkan proses ini turut memberi kesan kepada perkembangan psikososial dan emosi remaja tersebut.

Apakah kebarangkalian Akil baligh?

Permulaan baligh berbeza-beza mengikut individu. Bagi perempuan, ia bermula antara umur 10-14 tahun, bagi lelaki pula secara umumnya berlaku lebih lewat, iaitu antara umur 12-16 tahun. Anak remaja perempuan sekarang mencapai akil baligh pada umur yang lebih awal. Pengaruh nutrisi dan persekitaran mungkin menjadi faktor.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Akil baligh?

Tanda-tanda awal akil baligh pada perempuan;

  • Tanda-tanda awal bagi perempuan selalunya ialah buah dada mereka mula membesar. Ianya adalah normal sekiranya buah dada kadang-kadang berasa sakit ataupun hanya sebelah sahaja yang mula membesar dan sebelah lagi akan mula membesar beberapa bulan kemudian.
  • Bulu ari-ari akan mula tumbuh dan bagi sebahagian perempuan, mereka akan menyedari bulu mula bertambah pada kaki dan lengan mereka.

Tanda-tanda lewat akil baligh pada perempuan iaitu selepas setahun atau sewaktu akil baligh bermula dan beberapa tahun selepasnya:

  • Buah dada akan terus membesar dan menjadi lebih penuh.
  • Lebih kurang dua tahun selepas akil baligh bermula, perempuan akan didatangi haid buat kali pertama.
  • Bulu ari-ari menjadi lebih lebat dan kerinting
  • Bulu ketiak mula tumbuh . Sesetengah perempuan mungkin akan ada bulu pada bahagian tubuh yang lain, seperti bahagian atas bibir. Hal ini sememangnya normal.
  • Mereka akan mula berpeluh dengan lebih banyak
  • Muka akan mula berjerawat – kondisi kulit yang menunjukkan pelbagai jenis bintik seperti bintik putih, bintik hitam dan bintik bernanah yang dipanggil pustul.
  • Mengalami keputihan/lelehan faraj yang berwarna putih
  • Perempuan akan mengalami lonjakan pertumbuhan . Bermula dari waktu kedatangan haid kali petama , perempuan akan meninggi 5-7.5 cm setiap tahun sehingga satu atau dua tahun kemudian dan akan mencapai ketinggian dewasa mereka.
  • Kebanyakan perempuan akan bertambah berat – Ia adalah perkara normal – kerana bentuk badan mereka mula berubah. Lemak badan akan berkumpul pada bahagian atas lengan, peha, dan bahagian belakang atas; pinggul akan membesar dan pinggang akan menjadi semakin ramping.

Selepas 4 tahun akil baligh bagi perempuan;

  • Buah dada membesar sepenuhnya seperti orang dewasa
  • Bulu ari-ari tumbuh sehingga ke bahagian dalam peha
  • Alat kelamin  sudah matang sepenuhnya.
  • Perempuan akan berhenti meninggi

Tanda-tanda awal akil baligh bagi lelaki;

    • Tanda awal bagi lelaki selalunya ialah testis mereka membesar dan skrotum mula menipis dan kemerah-merahan
    • Bulu ari-ari akan mula tumbuh pada pangkal zakar

Tanda-tanda lewat akil baligh bagi lelaki selepas setahun atau sewaktu akil baligh bermula dan beberapa tahun selepasnya:

    • Zakar dan testis akan terus membesar , skrotum akan menjadi semakin gelap
    • Bulu ari-ari menjadi semakin lebat dan kerinting
    • Bulu ketiak akan mula tumbuh
    • Semakin kuat berpeluh
    • Dada boleh membengkak sedikit untuk sementara waktu, ini adalah normal dan tidak sama dengan ‘man-boobs’
    • Mengalami mimpi basah (ejakulasi luar kawalan sewaktu tidur)
    • Suara menjadi parau dan semakin garau/dalam buat selamanya. Buat seketika, budak lelaki mungkin terasa suaranya menjadi garau , kemudian berubah menjadi tinggi pula.
  • Muka akan mula berjerawat – kondisi kulit yang menunjukkan pelbagai jenis bintik seperti bintik putih, bintik hitam dan bintik bernanah yang dipanggil pustul.
    • Mereka akan mengalami lonjakan pertumbuhan dan meninggi pada purata 7-8 cm setiap tahun serta berotot kekar.

Selepas 4 tahun akil baligh bagi lelaki:

  • Alat kelamin kelihatan seperti orang dewasa dan bulu ari-ari akan tumbuh ke bahagian dalam peha.
  • Bulu muka akan mula tumbuh dan mereka akan mula bercukur
  • Lelaki meninggi pada kadar yang lebih perlahan dan berhenti membesar sepenuhnya sekitar umur 16 tahun (tetapi mungkin berterusan untuk menjadi lebih berotot)
  • Kebanyakan lelaki akan mencapai kematangan penuh pada umur 18 tahun.

Perubahan angin dalam akil baligh

Akil baligh boleh menjadi tempoh yang sangat sukar bagi kanak-kanak. Mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan perubahan tubuh badan mereka, jerawat dan badan yang semakin berbau busuk.

Akil baligh juga boleh menjadi satu tempoh yang menyeronokkan, apabila kanak-kanak mengalami emosi dan perasaan yang baru, tetapi perubahan emosi yang mendadak oleh menjejaskan psikologi dan emosi mereka seperti:

  • Berubah mod secara mendadak tanpa ada penjelasan
  • Rendah keyakinan diri
  • Agresif
  • Kemurungan

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa simptom, silalah berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Kanak-kanak yang mengalami akil baligh terlalu awal (sebelum umur 8 tahun) atau terlalu lewat (selepas 14 tahun) seharusnya berjumpa dengan doktor untuk menyaring keluar apa-apa keadaan perubatan.

Punca

Apakah Punca Akil baligh?

Akil baligh adalah proses kematangan seks semula jadi tubuh badan manusia. Pencetus kepada proses ini terletak pada bahagian kecl oak yang dipanggil hipotalamus, kelenjar yang merembeskan hormon pelepasan gonadotrofin (GnRH). GnRH merangsang kelenjar pituitari (organ bersaiz kekacang yang berhubung dengan bahagian bawah hipotalamus), untuk melepaskan dua hormon; hormon peluteinan (LH) dan hormon perangsang folikel (FSH). Dua hormon ini memberi isyarat kepada organ seks lelaki dan perempuan (testis dan ovari) untuk merembeskan hormon seks yang sepatutnya, iaitu testosteron dan estrogen yang akan melancarkan tanda-tanda baligh pada tubuh badan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Akil baligh?

Terdapat banyak faktor risiko untuk akil baligh prekosius seperti;

  • Perempuan. Mereka lebih cenderung untuk mengalami baligh prekosius
  • Berbangsa Afrika Amerika. Akil baligh prekosius lebih banyak berlaku pada kanak-kanak berbangsa Afrika Amerika berbanding kanak-kanak bangsa lain
  • Menjadi seorang yang obes. Sekiranya anak perempuan anda mempunyai berat badan berlebihan, dia mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami baligh prekosisus
  • Terdedah kepada hormon seks. Sekiranya anak anda pernah terkena atau terdedah kepada krim/salap estrogen atau testosteron , ataupun bahan-bahan lain yang mengandungi hormon-hormon ini(seperti ubat-ubatan orang dewasa atau penokok diet), mereka berisiko tinggi untuk mengalami baligh prekosius
  • Mempunyai keaadan kesihatan yang lain. Akil baligh prekosius mungkin juga disebabkan komplikasi sindrom McCune-Albright atau hiperplasia adrenal kongenital – kondisi yang melibatkan penghasilan hormon lelaki yang luar biasa (androgen). Jarang-jarang sekali, baligh prekosius boleh terkait dengan hipotiroidisme.
  • Pernah menerima terapi radiasi pada sistem saraf tunjang . Terapi radiasi untuk ketumbuhan , leukemia dan kondisi-kondisi lain boleh meningkatkan risiko baligh prekosius.

Faktor risiko bagi lewat akil baligh ialah:

  • Masalah pituitari kongenital
  • Mutasi genetik
  • Kecelaruan kromosom
  • Anosmia
  • Masalah permakanan
  • Penyakit sistemik yang kronik
  • Malnutrisi
  • Senaman lasak
  • Masalah gonad kongenital dan perolehan

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Akil baligh didiagnosis?

Untuk mengenalpastti samada seorang kanak-kanak sudah mengalami akil baligh atau belum, pakar kanak-kanak akan memeriksa dengan teliti perkara-perkara berikut:

  • Budak perempuan; penumbuhan bulu ari-ari dan pembesaran buah dada
  • Budak lelaki, pertambahan pada saiz testis dan zakar, dan pertumbuhan bulu ari-ari

Pakar kanak-kanak akan membandingkan hasil pemeriksaannya dengan skala tanner, iaitu skala 5 poin yang menunjukkan tahap pertumbuhan akil baligh dalam diri kanak-kanak.

Selepas melakukan pemeriksaan fizikal yang lengkap dan menganalisa sejarah perubatannya, doktor akan menjalankan ujian-ujian tertentu untuk mendiagnosis akil balgih prekosius, antaranya ialah:

  • Ujian darah untuk memeriksa paras hormon seperti hormon gonadotrofin (hormon peluteinan [LH] dan hormon perangsang folikel [FSH]), estradiol, testosteron, dehidroepiandrosteron sulfat (DHEAS) dan hormon tiroid.
  • Ujian rangsangan agonis hormon pelepasan gonadotrofin (GnRH), yang membezakan samada baligh prekosius bersandar gonadotrofin atau tidak bersandar gonadotrofin.
  • Memeriksa paras hormon 17-hidroksiprogesteron dalam darah untuk menguji hiperplasia adrenal kongenital
  • X-ray  “umur tulang” untuk memastikan tulang membesar pada kadar normal.

Doktor juga akan menjalankan ujian pengimejan untuk menyaring keluar sebarang ketumbuhan dan perkara luar biasa yang menjadi punca . Teknik-teknik pengimejan ini termasuklah:

  • Ultrasound untuk memeriksa gonad. Ultrasound menghasilkan imej pembuluh darah dan tisu tanpa rasa sakit pada skrin komputer, membenarkan doktor untuk memerhati organ dan aliran darah pada waktu sebenar.
  • MRI (Pengimejan resonans magnetik) , mengimbas otak dan kelenjar pituitari menggunakan alat yang menghasilkan imej organ dan struktur badan dengan sangat teliti.

Untuk mendiagnos lewat akil baligh , doktor akan menjalankan ujian berikut:

  • Ujian darah untuk memeriksa paras hormon
  • Ujian darah untuk memeriksa respon kelenjar pituitari kepada GnRH
  • MRI untuk mengimbas otak dan kelenjar pituitari

Bagaimana pesakit Akil baligh dirawat?

Akil baligh prekosius; tidak semua kanak-kanak yang mengalami baligh prekosius memerlukan rawatan, terutamanya apabila permulaan akil baligh hanya sedikit awal daripada biasa. Tujuan utama rawatan adalah untuk menghalang penghasilan hormon seks bagi mengelakkan tumbesaran kanak-kanak terbantut awal, ketinggian dewasa yang rendah, masalah emosi ,sosal dan masalah libido (terutamanya budak lelaki)

Sekiranya akil baligh prekosius disebabkan oleh masalah perubatan yang khusus, merawat masalah tersebut boleh menghentikan pelanjutan akil baligh prekosius. Selain itu, baligh prekosius selalunya boleh dihentikan dengan pengambilan ubat yang menyekat hormon penyebab baligh . Sebagai contoh, ubat yang dipanggil agonis hormon pelepasan gonadotrofin (GnRH agonists)   boleh digunakan untuk merawat baligh prekosius pusat. Ubat ini ,yang sesetengahnya disuntik, menahan penghasilan hormon peluteinan (LH) dan hormon perangsang folikel (FSH).

Rawatan untuk lewat akil baligh berbeza bergantung kepada punca masalah, antara Bagi lelaki, suntikan, tampalan atau gel testosteron akan digunakan.

  • Bagi perempuan, estrogen dan progesteron akan diberi dalam bentuk pill atau tampalan kulit.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Akil baligh?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingn yang berikut boleh membantu anda untuk berhadapan dengan baligh prekosius

  • Terapi kelasi
  • Vitamin D
  • Probiotik

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut