ADHD Kanak-Kanak

Oleh

enEnglish

Definisi

Apakah itu ADHD?

Gangguan hiperaktif kekurangan perhatian (ADHD) adalah keadaan kronik yang menjejaskan berjuta-juta kanak-kanak dan selalunya berlanjutan sehingga peringkat dewasa. ADHD merangkumi gabungan masalah yang berterusan, seperti masalah kesukaran mengekalkan perhatian, hiperaktif dan tingkah laku impulsif. Kanak-kanak dengan ADHD juga boleh bergelut dengan masalah rendah diri, hubungan yang bermasalah dan prestasi yang kurang baik di sekolah.

Apakah kekerapan ADHD?

ADHD adalah masalah besar di banyak negara di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara maju. Ia adalah gangguan tingkah laku yang dipercayai menjejaskan setiap 1 dari 20 kanak-kanak di negara maju.Walau bagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah tanda-tanda ADHD?

Sangat sukar untuk mendiagnosis ADHD pada kanak-kanak yang berumur kurang dari 5 tahun. Ini adalah kerana kebanyakan kanak-kanak prasekolah mempunyai beberapa tanda seperti ADHD tetapi dalam pelbagai keadaan. Juga, pembesaran kanak-kanak semasa tahun-tahun prasekolah adalah sangat cepat.

Terdapat tiga jenis ADHD sekunder yang dikelaskan:

  • Tidak dapat fokus: Kebanyakan tanda adalah tidak dapat menumpukan perhatian.
  • Hiperaktif impulsif. Kebanyakan tanda adalah hiperaktif dan cenderung melakukan sesuatu dengan cepat
  • Kategori campuran; ini adalah campuran tidak dapat fokus dan tanda hiperaktif impulsif.

ADHD lebih banyak berlaku pada lelaki berbanding perempuan, dan tingkahlaku antara kedua-dua jantina boleh jadi berbeza. Sebagai contoh, lelaki cenderung menjadi hiperaktif manakala perempuan cenderung menjadi tidak dapat fokus secara senyap.

Ciri-ciri utama ADHD termasuklah kegagalan untuk fokus dan hiperaktif-impulsif. Ia bermula sebelum usia 12 tahun, dan pada sesetengah kanak-kanak, ia boleh dikesan seawal usia 3 tahun. Gejala ADHD boleh menjadi ringan, sederhana atau teruk.

Tidak fokus: Seorang kanak-kanak yang menunjukkan corak ketidakpedulian sering kali:

  • Mempunyai masalah menumpukan perhatian terhadap tugas atau permainan
  • Gagal memberi perhatian terhadap perkara penting atau membuat kesilapan dalam kerja sekolah
  • Kelihatan tidak mendengar, walaupun bercakap secara langsung
  • Mengalami kesukaran mengikuti arahan dan gagal menyelesaikan kerja atau tugasan sekolah
  • Mengalami kesukaran menganjurkan tugasan dan aktiviti
  • Mengelak atau tidak suka tugasan yang memerlukan fokus pada mental seperti kerja rumah
  • Hilangkan barang yang diperlukan untuk tugasan atau aktiviti, misalnya mainan, peralatan sekolah, pensel
  • Mudah terganggu
  • Lupa melakukan beberapa aktiviti harian seperti kerja-kerja rumah

Hiperaktif dan impulsif: Seorang kanak-kanak yang menunjukkan corak hiperaktif dan gejala impulsif seringkali:

  • Gelisah atau ketuk tangan atau kakinya, atau bergerak-gerak di tempat duduk
  • Sukar untuk duduk di dalam bilik darjah atau dalam situasi lain
  • Bersiap sedia, dalam gerakan berterusan
  • Berlari-lari atau memanjat dalam suasana yang tidak sesuai
  • Mempunyai masalah bermain atau melakukan aktiviti secara senyap-senyap
  • Bercakap terlalu banyak
  • Memberikan jawapan dan mengganggu si tukang tanya
  • Susah menunggu gilirannya
  • Mengganggu perbualan, permainan atau aktiviti orang lain

Isu-isu tambahan: Selain itu, kanak-kanak dengan ADHD mungkin mengalami:

  • Tanda-tanda yang berlangsung sekurang-kurangnya enam bulan
  • Beberapa tanya yang memberikan kesan negatif kepada kehidupan sekolah, rumah atau hubungan di mana lebih daripada satu persekitaran, seperti di rumah dan di sekolah
  • Kelakuan yang tidak normal untuk kanak-kanak yang sama usia yang tidak mempunyai ADHD

Bilakah saya patut berjumpa doktor saya?

Sekiranya anda prihatin bahawa anak anda menunjukkan tanda-tanda ADHD, jumpa pakar pediatrik atau doktor keluarga anda. Doktor boleh mensyorkan doktor pakar kepada anda, namun adalah penting untuk mendapatkan penilaian perubatan terlebih dahulu untuk memeriksa sebab-sebab lain yang menyebabkan kesusahan anak anda.

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara berbeza. Berbincang dengan doktor apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah penyebab ADHD?

Faktor-faktor yang mungkin terlibat dalam perkembangan ADHD termasuklah:

  • Genetik: ADHD boleh diwarisi dan kajian menunjukkan bahawa gen mungkin memainkan peranan.
  • Persekitaran: Faktor persekitaran tertentu, seperti pendedahan plumbum boleh meningkatkan risiko.
  • Perkembangan: Masalah dengan sistem saraf pusat pada saat-saat penting dalam perkembangan boleh memainkan peranan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya pada ADHD?

Terdapat banyak faktor risiko yang boleh menyebabkan ADHD dan ini adalah beberapa perkara biasa, termasuklah:

  • Saudara mara, seperti ibu bapa atau adik-beradik, dengan ADHD atau gangguan kesihatan mental yang lain
  • Pendedahan kepada toksin alam sekitar – seperti plumbum, ditemui terutamanya dalam cat dan paip di bangunan-bangunan lama
  • Ibu mengambil dadah, mengambil alkohol atau merokok semasa kehamilan
  • Kelahiran pramatang

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah ADHD didiagnosis?

Walaupun anak anda mungkin mempunyai beberapa gejala yang kelihatan seperti ADHD, ia mungkin sesuatu yang lain. Oleh yang demikian, anda memerlukan doktor untuk memeriksanya.

Tiada ujian khusus untuk ADHD. Sebaliknya, mendiagnosis adalah proses yang mengambil beberapa langkah dan melibatkan pengumpulan banyak maklumat dari pelbagai sumber. Anda, anak anda, sekolah anak anda, dan penjaga-penjaga yang lain harus terlibat dalam menilai tingkah laku anak anda.

Doktor juga akan bertanya apa gejala anak anda ada, berapa lama gejala-gejala ini bermula, dan bagaimana tingkah laku itu mempengaruhi anak anda dan seluruh keluarga anda. Doktor mendiagnosis ADHD pada kanak-kanak selepas seorang kanak-kanak telah menunjukkan enam atau lebih tanda khususnya gagal fokus atau hiperaktif secara kerap selama lebih dari 6 bulan dalam sekurang-kurangnya dua persekitaran. Doktor akan mempertimbangkan bagaimana tingkah laku kanak-kanak itu dibandingkan dengan kanak-kanak lain pada usia yang sama.

Bagaimana ADHD dirawat?

Rawatan standard untuk ADHD kanak-kanak termasuk ubat-ubatan, pendidikan, latihan dan kaunseling. Rawatan ini boleh membantu melegakan banyak gejala ADHD, namun ia sebenarnya tidak menyembuhkan. Mungkin mengambil sedikit masa untuk menentukan apa yang paling sesuai untuk anak anda.

Ubat-ubatan

Pada masa ini, ubat-ubatan perangsang adalah yang paling kerap disyorkan untuk ADHD. Ubat-ubat ini digunakan untuk merangsang dan mengimbangi tahap bahan kimia otak yang dipanggil neurotransmitter. Ubat-ubatan ini membantu memperbaiki tanda-tanda gagal fokus dan hiperaktif – kadang-kadang ianya berkesan dalam tempoh yang singkat.

Ubat-ubatan lain yang mungkin berkesan dalam merawat ADHD termasuklah:

  • Atomoxetine (Strattera)
  • Antidepresan seperti bupropion (Wellbutrin, yang lain)
  • Guanfacine (Intuniv, Tenex)
  • Clonidine (Catapres, Kapvay)

Terapi tingkah laku ADHD

Kanak-kanak dengan ADHD sering mendapat manfaat daripada terapi tingkah laku dan kaunseling, yang mungkin disediakan oleh pakar psikiatri, psikologi, pekerja sosial atau profesional penjagaan kesihatan mental yang lain. Sesetengah kanak-kanak dengan ADHD juga mungkin mengalami keadaan lain seperti gangguan kebimbangan atau kemurungan. Dalam kes-kes ini, kaunseling boleh membantu ADHD dan masalah lain yang ada.

Ubat-ubatan alternatif

Terdapat sedikit kajian yang menunjukkan bahawa rawatan alternatif boleh mengurangkan gejala ADHD. Sebelum mempertimbangkan rawatan alternatif, bincang dengan doktor anda untuk memastikan jika terapi itu selamat. Beberapa rawatan perubatan alternatif yang telah dicuba, tetapi belum terbukti sepenuhnya secara saintifik, termasuklah:

  • Yoga atau meditasi
  • Diet khas
  • Vitamin atau mineral tambahan
  • Rumusan tertentu

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah beberapa perubahan gaya hidup atau rawatan sampingan yang boleh membantu saya menguruskan ADHD?

Tiada cara yang diketahui untuk mencegah ADHD. Walau bagaimanapun, anda patut melakukan beberapa petua berguna di bawah untuk mengurangkan risiko ADHD:

  • Jaga diri sendiri: Menjaga kesihatan fizikal dan mental anda adalah penting dalam membantu anak anda
  • Didik diri anda mengenai ADHD: Anda akan lebih dapat membantu anak anda jika anda memahami keadaannya.
  • Ajar anak anda bahawa setiap tindakan mempunyai akibatnya
  • Bantu anak anda membina harga diri
  • Bantu anak anda mendapatkan yang terbaik dari sekolah
  • Bantu anak anda menyelesaikan sesuatu

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, berunding dengan doktor bagi mendapatkan penyelesaian terbaik untuk anda.

http://Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 16, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.