Apa itu Acanthosis Nigricans?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apakah itu acanthosis nigricans?

Acanthosis Nigrican adalah penyakit pigmentasi kulit yang agak biasa berlaku di kawasan yang gelap, dan perubahan warna di bahagian pelipat kulit. Kulit yang terjejas boleh menjadi tebal. Biasanya, acanthosis nigrican berlaku di ketiak, pangkal paha dan leher.

Perubahan kulit dalam acanthosis nigrican biasanya berlaku pada orang yang gemuk atau mengalami diabetes. Kanak-kanak yang mengalami keadaan ini berisiko tinggi untuk mendapat diabetes jenis 2. Jarang sekali,  acanthosis nigrican boleh menjadi tanda amaran bagi ketumbuhan kanser pada organ dalaman, seperti perut atau hati.

Selain itu, acanthosis nigrican  mungkin merupakan tanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius, seperti prediabetes. Rawatan yang paling berkesan adalah dengan memberi tumpuan kepada mencari dan menyelesaikan punca keadaan perubatan tersebut berlaku. Tompokan kulit ini cenderung untuk hilang jika berjaya merawat puncanya.

Apakah kebarangkalian acanthosis nigricans?

Keadaan kesihatan ini adalah sangat biasa. Ia boleh berlaku pada semua peringkat umur. Akan tetapi, penyakit ini boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom  acanthosis nigricans?

Simptom umum dari acanthosis nigricans  adalah perubahan warna kulit. Ia biasanya berlaku secara perlahan-lahan. Tompokan ini mungkin mempunyai bau, gatal dan muncul di:

  • Pelipat kulit;
  • Ketiak;
  • Celah kelangkang;
  • Belakang leher;
  • Siku;
  • Lutut;
  • Buku tangan;
  • Bibir;
  • Tapak tangan;
  • Tapak kaki.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sesuatu simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas, atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Oleh itu, adalah yang lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apa yang mengakibatkan acanthosis nigricans?

Acanthosis Nigricans  dikaitkan dengan:

  • Rintangan insulin. Kebanyakan orang yang mempunyai acanthosis nigrican  juga mempunyai rintangan terhadap insulin. Insulin adalah hormon yang dirembes oleh pankreas yang membolehkan badan anda menghasilkan gula. Rintangan insulin adalah punca yang menyebabkan diabetes jenis 2.
  • Gangguan hormon. Acanthosis Nigricans  sering berlaku pada orang yang mempunyai penyakit seperti sista ovari, tiroid yang tidak aktif atau masalah dengan kelenjar adrenal.
  • Dadah dan suplemen tertentu. Niacin berdos tinggi, pil perancang, hormon pertumbuhan manusia, ubat tiroid, suplemen tambahan untuk bina badan, prednison dan kortikosteroid boleh menyebabkan acanthosis nigrican .
  • Kanser. Acanthosis Nigricans kadang-kadang berlaku bersama limfoma atau apabila tumor kanser mula tumbuh di dalam organ dalaman, seperti perut, kolon atau hati.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko acanthosis nigricans?

Terdapat banyak faktor risiko untuk nigrican acanthosis, seperti:

  • Obesiti. Semakin meningkat berat badan anda, semakin tinggi risiko acanthosis nigricans.
  • Keturunan. Kajian menunjukkan bahawa di Amerika Syarikat, acanthosis nigricans lebih kerap berlaku dalam kalangan Orang Asli Amerika.
  • Sejarah keluarga. Sesetengah jenis acanthosis nigrican adalah disebabkan oleh faktor keturunan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana acanthosis nigricans didiagnosis?

Acanthosis Nigricans  biasanya dikesan semasa ujian kulit. Biopsi kecil daripada kulit  akan diuji, untuk menolak kemungkinan penyebab lain. Sekiranya penyebab acanthosis nigrican tidak jelas, doktor anda boleh mencadangkan ujian darah, X-ray, ujian glukosa dalam darah atau ujian insulin. Doktor anda juga boleh menyemak ubat-ubatan anda untuk mengetahui sama ada ia merupakan faktor penyumbang.

Penting untuk memberitahu doktor tentang sebarang makanan tambahan, vitamin atau suplemen bina badan yang mungkin anda ambil sebagai tambahan kepada ubat-ubatan preskripsi anda.

Bagaimana acanthosis nigricans dirawat?

Tiada rawatan khusus untuk acanthosis nigricans. Rawatan terhadap puncanya boleh memulihkan warna dan tekstur di kawasan kulit yang terjejas. Dalam banyak keadaan, merawat masalah akar dapat membantu menghilangkan perubahan warna. Antara contohnya termasuklah:

  • Turunkan berat badan. Jika acanthosis nigrican adalah disebabkan oleh obesiti, penurunan berat badan boleh membantu.
  • Menghentikan pengambilan ubat-ubatan atau suplemen. Jika keadaan anda dilihat seolah-olah berkaitan dengan ubat atau suplemen yang anda gunakan, doktor anda mungkin menyarankan agar anda berhenti menggunakan bahan itu.
  • Menjalani pembedahan. Jika acanthosis nigricans dicetuskan oleh tumor kanser, pembedahan membuang tumor selalunya akan mengembalikan warna kulit.

Jika anda bimbang dengan penampilan kulit anda atau jika luka menjadi tidak selesa dan mula berbau, doktor anda mungkin akan mencadangkan:

  • Sabun antibakteria, yang digunakan dengan lembut kerana penggosokan boleh memburukkan lagi keadaan kulit.
  • Antibiotik topikal.
  • Ubat jerawat oral.
  • Terapi laser untuk mengurangkan ketebalan kulit.

Rawatan lain untuk memperbaiki keadaan kulit termasuk Retin-A, urea 20%, asid alfa hidroksi, vitamin D topikal, dan preskripsi asid salisilik. Bagaimanapun, ubat-ubatan ini hanya berkesan secara minima.

Acanthosis Nigricans  yang disebabkan oleh ubat akan hilang apabila pengambilan ubat dihentikan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas acanthosis nigricans?

Gaya hidup dan pengubatan sampingan yang berikut dapat membantu anda menangani acanthosis nigrican :

  • Mengekalkan gaya hidup sihat;
  • Kurangkan berat badan;
  • Mengawal diet anda;
  • Mengelakkan ubat-ubatan yang cenderung menyebabkan atau memburukkan keadaan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.