backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Abses Otak

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 28/11/2019

Definisi

Apa itu Abses Otak?

Abses otak adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan otak dan ia boleh berlaku pada orang yang sihat. Seseorang yang mempunyai sistem imun yang lemah berisiko tinggi untuk mendapat abses otak fungus. Pengumpulan nanah dan sel mati boleh membuatkan otak anda bengkak. Apabila kulat, virus atau bakteria sampai ke otak anda melalui luka pada kepala mahupun jangkitan pada mana-mana bahagian badan anda, ia akan menyebabkan abses otak terbentuk.

Sangat jarang otak manusia mengalami jangkitan kerana perlindungan yang sempurna. Hal ini termasuk penghalang darah-otak, membran tebal yang menyaring kotoran daripada darah sebelum membenarkannya masuk ke dalam otak anda. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan, kuman boleh melalui pertahanan dan menjangkiti otak.

Apakah kebarangkalian Abses Otak?

Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Abses Otak?

Simptom biasa abses otak adalah:

  • Perbezaan dalam proses mental, seperti kekeliruan meningkat, penurunan respon dan kerengsaan.
  • Pengurangan pertuturan.
  • Pengurangan sensasi.
  • Pergerakan berkurang akibat kehilangan fungsi otot.
  • Perubahan dalam penglihatan.
  • Perubahan personaliti atau tingkah laku.
  • Muntah.
  • Demam.
  • Menggigil

Bagi bayi dan kanak-kanak, kebanyakan simptomnya adalah serupa. Walau bagaimanapun, anak anda mungkin menunjukkan tanda-tanda lain abses otak. Tempat lembut di atas kepala bayi anda, yang dipanggil fontanel, mungkin membengkak atau membonjol. Simptom lain bagi anak anda boleh termasuk:

  • Muntah projektil.
  • Menangis nada tinggi.
  • Spastik pada anggota badan.

Terdapat beberapa simptom lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu simptom, sila merujuk dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas mahupun sebarang soalan, sila merujuk dengan doktor anda. Setiap tubuh badan seseorang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah anda berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.

Punca

Apakah punca Abses Otak?

Abses otak biasanya terjadi apabila bakteri atau fungus memasuki tisu otak. Hal ini boleh disebabkan oleh:

  • Jangkitan pada bahagian tengkorak yang lain, seperti abses gigi, yang boleh tersebar secara langsung ke otak.
  • Jangkitan pada bahagian badan yang lain. Contohnya, jangkitan yang menyebabkan pneumonia tersebar melalui darah ke otak. Sistem imun mungkin tidak berupaya melawan jangkitan awal bagi orang yang mempunyai sistem imun yang lemah. Oleh itu, jangkitan tersebut boleh dibawa oleh darah. Sesetengah penyakit yang boleh menyebabkan sistem imun anda lemah adalah HIV atau AIDS, orang yang menjalani kemoterapi atau mengambil ubat imunosupresan.
  • Trauma, seperti kecederaan kepala yang teruk, keretakan yang membuka tengkorak, membenarkan bakteria atau fungus memasuki otak.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Abses Otak?

Terdapat banyak faktor risiko bagi abses otak, seperti:

  • Sistem imun berkompromi disebabkan HIV atau AIDS.
  • Kanser dan penyakit kronik yang lain.
  • Penyakit jantung kongenital.
  • Kecederaan kepala major atau keretakan tengkorak.
  • Meningitis.
  • Ubat imunosupresan, seperti yang digunakan dalam kemoterapi.
  • Jangkitan sinus atau bahagian dalam telinga yang kronik.
  • Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit Abses Otak didiagnosis?

    Ujian darah juga boleh dijalankan untuk memeriksa kewujudan jangkitan. Paras sel darah putih yang tinggi dalam darah menunjukkan kehadiran jangkitan yang serius.

    Pengimbas Tomografi Berkomputer (CT): pengimbas CT sering dapat mengesan kehadiran abses dan sebarang bengkak yang berkaitan di dalam otak, atau

    Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI): yang menggunakan medan magnet yang kuat dan gelombang radio untuk menghasilkan imej terperinci bahagian dalam badan anda; imbasan MRI boleh memberikan imej yang lebih terperinci daripada imbasan CT. Oleh itu kadangkala ia digunakan jika keputusan imbasan CT tidak muktamad.

    Bagaimana pesakit Abses Otak dirawat?

    Sekiranya jenis bakteria tertentu telah diketahui, antibiotik yang disasarkan akan digunakan; jika tidak, antibiotik berspektrum luas diberikan untuk membunuh sejumlah besar agen jangkitan yang berkemungkinan. Antibiotik biasanya diteruskan selama enam minggu atau lebih bagi memastikan jangkitan tersebut dihapuskan.

    Mengalirkan atau mengeluarkan abses. Sekiranya abses boleh memberikan sedikit bahaya dalam merosakkan otak, ia boleh dibuang melalui pembedahan. Dalam kes lain, abses dialirkan, sama ada dengan memotongnya atau dengan memasukkan jarum.

    Pembedahan mesti dilakukan dalam kes-kes yang paling teruk apabila abses menyebabkan pembentukan tekanan berbahaya di dalam otak.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Abses Otak?

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin boleh membantu anda mengatasi abses otak:

    • Sesetengah abses otak dikaitkan dengan kurang kebersihan gigi atau jangkitan sinus kompleks. Anda perlu menggunakan flos setiap hari, berus gigi dengan betul dan membuat pemeriksaan gigi anda dengan kerap. Rawat jangkitan sinus dengan dekongestan. Jika simptom sinus atau jangkitan gigi berlarutan, anda mungkin memerlukan antibiotik.
    • Orang yang mempunyai jangkitan HIV yang tidak dirawat berisiko tinggi mendapat abses otak. Mempraktikkan seks selamat untuk mencegah HIV. Sekiranya anda menghidap HIV, sebahagian besarnya anda mengurangkan peluang anda untuk mendapat abses otak dengan mengambil ubat anti-virus secara berkala.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan