Apa itu Abses Gigi?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Abses Gigi?

Abses gigi merupakan jangkitan yang sangat sakit berlaku pada akar gigi antara gusi dan gigi. Kebiasaannya ia berpunca daripada pereputan gigi yang teruk. Punca lain abses gigi ialah trauma pada gigi, seperti gigi tercabut atau terpecah, dan radang gusi atau penyakit gusi.

Masalah ini akan menyebabkan enamel gigi terbuka, dan membenarkan bakteria untuk menjangkiti bahagian tengah gigi (yang dipanggil sebagai pulpa). Jangkitan ini juga boleh merebak daripada akar gigi ke bahagian tulang yang menyokong gigi.

Apakah kebarangkalian Abses Gigi?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Abses Gigi?

Simptom lazim abses gigi ialah:

  • Demam
  • Sakit semasa mengunyah
  • Gigi sensitif kepada panas atau sejuk
  • Rasa pahit dalam mulut
  • Mulut berbau busuk
  • Kelenjar di leher membengkak
  • Rasa tidak selesa, rasa sakit
  • Gusi menjadi merah atau membengkak
  • Bengkak pada rahang atas atau bawah
  • Luka terbuka di bahagian dalam gusi

Jika pulpa di dalam akar gigi mati akibat jangkitan, sakit gigi akan terhenti. Tetapi, ini bukan bermakna jangkitan telah pulih; jangkitan masih aktif dan terus merebak dan merosakkan tisu. Jadi, jika anda mengalami mana-mana simptom yang disenaraikan, adalah penting untuk anda berjumpa dengan doktor gigi walaupun kesakitan itu semakin berkurang/hilang.

Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom yang anda alami.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas, atau sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap individu memberi tindak balas berbeza. Berbincang dengan doktor tentang rawatan anda adalah pilihan yang terbaik.

Punca

Apakah punca Abses Gigi?

Mulut anda dipenihi bakteria, yang akan menghasilkan lapisan melekit yang dipanggil plak.

Jika anda tidak membersihkan gigi, asid yang dihasilkan oleh bakteria di dalam plak boleh merosakkan gigi dan gusi anda, dan menyebabkan pereputan gigi atau penyakit gusi.

Abses gigi periferi berlaku apabila bakteria menyerang pulpa gigi – bahagian paling dalam gigi yang mengandungi saluran darah, tisu saraf dan tisu penghubung.

Bakteria memasuki melalui kaviti gigi atau serpihan atau keretakan pada gigi dan merebak ke dalam akar gigi. Jangkitan bakteria ini akan menyebabkan bengkak dan keradangan pada bahagian atas akar.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada abses gigi?

Terdapat banyak faktor risiko berlakunya abses gigi, antaranya ialah:

  • Tidak menjaga kebersihan gigi. Tidak menjaga kesihatan gigi dan gusi – seperti tidak memberus gigi dua kali sehari dan tidak melakukan flossing – boleh meningkatkan risiko pereputan gigi, penyakit gusi, abses gigi dan komplikasi mulut dan gigi yang lain.
  • Diet tinggi kandungan gula. Kerap mengambil makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula seperti gula-gula dan soda, boleh menyumbang kepada gigi berlubang dan menyebabkan abses gigi.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Abses Gigi didiagnosis?

Doktor gigi anda akan melakukan siasatan pada gigi anda menggunakan instumen pergigian. Jika anda mempunyai abses gigi, anda akan mengalami kesakitan semasa gigi anda disentuh dengan probe tersebut. Doktor gigi juga akan bertanya sama ada kesakitan itu semakin bertambah atau tidak semasa anda mengunyah atau munutup mulut anda dengan rapat. Tambahan, doktor gigi anda mengesyaki anda mempunyai abses gigi sekiranya gusi anda merah atau membengkak.

Doktor gigi juga akan mengambil X-ray untuk melihat hakisan tulang yang berlaku disekitar abses gigi tersebut.  

Bagaimana pesakit Abses Gigi dirawat?

Strategi untuk menghapuskan jangkitan, memelihara gigi, dan mencegah komplikasi adalah gol utama rawatan pada abses gigi.

Untuk menghapuskan jangkitan, abses perlu dibuang. Abses ini perlu dibuang menggunakan prosedur terapi saluran akar. Pembedahan akar juga akan dilakukan untuk membuang tisu akar yang rosak selepas jangkitan dirawat. kemudian , crown akan diletakkan pada gigi tersebut.

Gigi itu juga perlu dicabut, dan membolehkan pembuangan abses dilakukan melalui soket.

Akhir sekali, cara ketiga untuk membuang abses ialah membuat potongan pada tisu gusi yang membengkak.

Antibiotik dipreskrip untuk membantu melawan jangkitan. Untuk melegakan kesakitan dan rasa tidak selesa, bilas dengan air garam suam dan ambil ubat tahan sakit OTC (over-the-counter) seperti ibuprofen (seperti Advil atau Motrin).

Keradangan dan kesakitan akibat abses ini boleh dirawat dengan laser paras rendah; pesakit akan berasa lebih selesa untuk mendapat suntikan dengan cara yang kurang sakit.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Abses Gigi?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut dapat membantu anda menangani abses gigi:

  • Bilas mulut anda dengan air garam suam
  • Ambil ubat tahan sakit OTC, seperti acetaminophen (Tylenol,dll) dan ibuprofen (Advil, Motrin IB, dll), seperti yang diperlukan.
  • Gunakan air minuman berflorida
  • Gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan ubat gigi berflorida
  • Gunakan floss dental atau pembersih interdental untuk membersih antara gigi setiap hari
  • Tukar berus gigi anda setiap 3 ke 4 bulan, atau apabila berusnya rosak
  • Makan makanan yang sihat, hadkan pengambilan makanan manis dan snek antara waktu makan
  • Jumpa doktor gigi untuk pemeriksaan berkala dan pembersihan profesional
  • Gunakan antiseptik atau pembersih mulut berflorida untuk mendapat perlindungan tambahan melawan pereputan gigi.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 19, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 24, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.