Apa itu Ablasi Endovenus?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apa itu Ablasi Endovenus?

Ablasi endrovenus adalah rawatan untuk vena varikos. Vena varikos adalah vena membesar dan terpusing dalam kaki. Mereka cenderung untuk ada pada keluarga dan menjadi lebih teruk oleh kehamilan dan jika anda banyak berdiri.

Vena di kaki anda mengandungi banyak injap sehala untuk membantu aliran darah menaik ke jantung anda. Jika injap gagal berfungsi dengan betul, darah boleh mengalir ke arah yang salah menyebabkan vena varikos.

Ablasi endrovenus akan pengapkan urat yang tidak berfungsi dengan baik untuk membantu mengatasi aliran darah.

Mengapa Ablasi Endovenus dilakukan?

Rawatan ini digunakan apabila rawatan lain untuk vena varikos tidak berfungsi. Beberapa rawatan lain adalah:

  • Stokin sokongan sering dapat membantu gejala-gejala yang disebabkan oleh vena varikos.
  • Skleroterapi buih adalah teknik yang sama yang menggunakan suntikan bahan kimia untuk merawat urat.
  • Pembedahan vena varikos melibatkan pemotongan dan pembuangan urat superfisial dari urat mendalam, menggunakan potongan pada lipatan paha atau belakang lutut anda.

Fahami Risiko-risikonya

Apakah risiko-risiko dalam pembedahan ablasi Endovenus?

Seperti mana-mana prosedur, terdapat beberapa risiko. Anda harus meminta pakar bedah anda untuk menerangkan bagaimana risiko ini berlaku kepada anda.

Komplikasi yang mungkin berlaku dalam mana-mana prosedur termasuk reaksi yang tidak dijangka kepada anestetik, pendarahan berlebihan atau membentuk bekuan darah (trombosis vena mendalam, DVT).

Untuk operasi ablasi endrovenus, terdapat komplikasi yang khusus:

  • Tromboflebitis superfisial;
  • Membentuk benjolan di bawah luka;
  • Kebas atau sensasi kesedihan;
  • Terbakar ppada kulit anda;
  • Peranti ablasi retak atau pecah;
  • Kerosakan kepada saraf;
  • Kerosakan kepada arteri;
  • Vena varikos berterusan.

Anda boleh mengurangkan risiko komplikasi anda dengan mengikuti arahan doktor anda secara teliti untuk persiapan pembedahan, seperti berpuasa dan menghentikan ubat-ubatan tertentu.

Ia adalah penting anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani pembedahan ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Proses

Bagaimana Persedian untuk Ablasi Endovenus?

Anda mesti berbincang dengan doktor anda mengenai ubat terkini, alergi anda atau mana-mana keadaan kesihatan anda dan sebelum menjalani operasi, anda akan bertemu dengan pakar anestetik anda dan merancang anestetik anda bersama-sama. Ia adalah penting untuk mengikuti arahan mengenai masa untuk berhenti makan dan minum sebelum pembedahan.

Anda harus diberikan arahan yang jelas untuk diikuti sebelum operasi, termasuk sama ada anda boleh makan apa-apa pada waktu yang akan datang. Dalam kebanyakan kes, anda sepatutnya mula berpuasa kira-kira enam jam sebelum prosedur anda. Anda mungkin dapat minum cecair, seperti kopi, sehingga beberapa jam sebelum pembedahan anda.

Apa yang terjadi semasa Ablasi Endovenus dilakukan?

Operasi ini dilakukan di bawah anestetik umum, anestetik setempat atau anestetik tulang belakang. Operasi biasanya mengambil masa kira-kira 45 minit.

Ablasi laser

Pakar bedah anda akan memasukkan kateter (tiub) ke dalam urat saphenous yang besar atau kecil. Mereka akan melepasi serat laser melalui kateter dan dimana safena dan urat mendalam bertemu. Pakar bedah anda akan menggunakan tenaga laser untuk menyebabkan urat safena ditutup.

Ablasi radio frekuensi

Pakar bedah anda akan memasukkan kateter ablasi radio frekuensi ke dalam urat safena yang besar atau kecil. Mereka akan menggunakan tenaga radio frekuensi untuk menyebabkan urat safena ditutup.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Pemulihan

Apakah yang terjadi selepas Ablasi Endovenus?

Anda boleh pulang ke rumah pada hari yang sama.

Anda mungkin perlu memakai stokin sokongan.

Cuba kembali ke aktiviti biasa secepat mungkin, melainkan jika anda diberitahu sebaliknya.

Senaman yang kerap akan membantu anda untuk kembali ke aktiviti normal secepat mungkin. Sebelum anda mula bersenam, tanyakan kepada pasukan penjagaan kesihatan atau GP anda untuk mendapatkan nasihat.

Kebanyakan orang mendapat pemulihan sepenuhnya.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 31, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.