Mengenai Kami

Hello Health Group merupakan sebuah syarikat MedTech yang memfokus kepada perkembangan platform dan informasi kesihatan di negara yang sedang membangun. Misi Hello Health Group adalah menjadi peneraju dalam pendidikan kesihatan, memastikan informasi kesihatan dapat dipercayai dan mudah diakses dan mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan pengguna. Ditubuhkan pada tahun 2015, pengurusan Hello Health Group terdiri daripada golongan professional dalam bidang pelaburan syarikat internet, penjenamaan dan pemasaran industri kesihatan. Ini menjadikan Hello Health Group pilihan utama dalam bidang ini.

Hello Health Group adalah organisasi yang kami percaya telah memenuhi permintaan masyarakat terhadap informasi kesihatan di Internet. Kami menyediakan informasi yang boleh dipercayai, mencipta komuniti kesihatan yang menyokong gaya hidup sihat dan memberikan pengetahuan kesihatan yang mendalam untuk anda.

Hello Health Group menawarkan sumber informasi kesihatan yang asli dan paling terkini sekaligus juga mempersembahkan kepada anda bahan rujukan lain daripada pasukan editorial kami. Pasukan editorial kami terdiri daripada penulis dan penerbit kandungan, komentar dari pemegang taruh industri kesihatan, dan reviu/ulasan daripada pakar perubatan; untuk memberi variasi bagi para pembaca kami agar mereka dapat menemui apa sahaja informasi kesihatan yang ingin mereka ketahui.

Pasukan editorial perubatan kami di Hello Health Group telah mendedikasikan kareer mereka demi membantu masyarakat mendapat informasi perubatan dan kesihatan, memberikan sokongan dan perkhidmatan yang mereka perlukan.

Kami menyifatkan informasi kesihatan haruslah disampaikan dengan kaedah penceritaan yang lebih rapat dengan pengguna/masyarakat, namun, masih mempunyai nilai-nilai intergriti, ketepatan fakta serta menghiburkan mereka. Kami bertekad untuk menyampaikan serta menambahbaik platform dan kandungan kami, demi memastikan anda sentiasa terhubung dengan informasi berguna demi kehidupan anda yang lebih sihat dan bahagia!

enEnglish