Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Ujian Kulit Tuberkulin (juga dikenali sebagai Ujian Tuberkulin Mantoux) dilakukan untuk mengetahui sama ada anda pernah terdedah kepada Tuberkulosis (TB). Ujian ini dilakukan dengan meletakkan sedikit protein TB (antigen) di lapisan atas kulit pada bahagian bawah lengan anda. Jika anda pernah terdedah kepada bakteria TB (Mycobacterium Tuberculosis), kulit anda akan bertindak balas terhadap antigen dengan menghasilkan benjolan merah yang padat di kawasan tersebut dalam masa 2 hari.
Antigen TB yang digunakan dalam ujian kulit tuberculin dipanggil derivatif protein tulen (PPD). Jumlah PPD yang diukur dalam suntikan diletakkan di bawah lapisan atas kulit pada lengan bawah anda. Ini adalah ujian yang baik untuk mengesan jangkitan TB. Ia sering digunakan apabila simptom, ujian saringan atau pengujian, seperti sinar-X dada, menunjukkan bahawa seseorang mungkin mempunyai TB.
Ujian Kulit Tuberkulin tidak dapat mengetahui berapa lama anda telah dijangkiti TB. Ia juga tidak dapat mengetahui sama ada jangkitannya adalah terpendam (tidak aktif) atau aktif dan boleh dijangkitkan kepada orang lain.
Anda memerlukan ujian kulit PPD jika:
Keputusan Ujian Kulit Tuberkulin sahaja tidak dapat mengesahkan jangkitan TB aktif. Ujian lain, seperti sinar-X dada, sitologi kahak, dan kultur kahak, boleh dilakukan untuk mengesahkan jangkitan TB aktif apabila ujian kulit positif. Seseorang yang mempunyai ujian kulit positif atau sinar-X dada, tetapi tidak ada gejala-gejala TB, biasanya dianggap mempunyai jangkitan TB yang tidak dapat dijangkitkan kepada orang lain (TB pendam).
Di kalangan pekerja hospital atau orang lain yang mempunyai ujian kulit secara berkala, ujian kedua yang dilakukan dalam beberapa minggu selepas ujian negatif mungkin menunjukkan positif, walaupun orang itu tidak dijangkiti antara kedua-dua ujian. Keputusan ini (dipanggil kesan penggalak) mungkin menunjukkan jangkitan TB yang berlaku lama dahulu atau vaksin BCG terdahulu.
Sesetengah orang tidak bertindak balas terhadap Ujian Kulit Tuberkulin walaupun mereka mempunyai tuberkulosis.
Tiada persediaan khas untuk ujian ini. Anda patut:
Untuk Ujian Kulit Tuberkulin, anda duduk dan menunjukkan bahagian bawah lengan anda. Kulit di mana ujian dilakukan dibersihkan dan dibiarkan kering. Suntikan kecil antigen TB (derivatif protein tulen atau PPD) diletakkan di bawah lapisan atas kulit. Bendalir itu menghasilkan benjolan kecil (bintat) di bawah kulit. Bulatan boleh dilukis di sekitar kawasan ujian dengan pen.
Jangan tutup kawasan tersebut dengan pembalut.
Anda mesti berjumpa doktor anda setelah dua hingga tiga hari untuk pemeriksaan hasil ujian itu.
Warna kemerahan sahaja di tapak ujian kulit biasanya bermakna anda belum dijangkiti bakteria TB. Satu benjolan merah yang padat mungkin bermakna anda telah dijangkiti bakteria TB pada suatu masa. Saiz benjolan padat (bukan saiz kawasan yang kemerahan) diukur dua hingga tiga hari selepas ujian untuk menentukan keputusannya. Doktor anda akan mempertimbangkan kemungkinan anda menghidapi TB ketika meneliti kawasan ujian kulit.
Keputusan ujian bergantung kepada risiko TB. Jika anda berada dalam kumpulan berisiko tinggi, benjolan yang lebih kecil dianggap sebagai tanda jangkitan. Orang yang berisiko rendah mempunyai TB perlu mempunyai benjolan yang lebih besar untuk didiagnosis dengan jangkitan TB.
Tiga tahap risiko telah ditakrifkan:
Tindakbalas positif biasanya akan kekal kelihatan selama 1 minggu
Normal (hasil negatif): Tiada sebarang bentuk benjolan padat di kawasan ujian, atau bentuk benjolan yang lebih kecil daripada 5 mm (0.2 inci).
Abnormal (hasil positif): Satu benjolan padat yang berukuran 5 mm (0.2 inci) Menunjukkan jangkitan TB pada orang yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi.
Benjolan padat yang berukuran 10 mm (0.4 inci) Menunjukkan jangkitan TB pada orang yang berada dalam kumpulan risiko sederhana.
Benjolan padat yang berukuran 15 mm (0.6 inci) menunjukkan jangkitan TB pada orang yang berada dalam kumpulan berisiko rendah.
Ujian Kulit Tuberkulin positif tidak bermakna anda mempunyai jangkitan (aktif) yang berjangkit. Ujian tidak dapat mengetahui jika jangkitan itu aktif atau tidak aktif (TB pendam). Ia juga tidak dapat mengenalpasti perbezaan antara jangkitan TB dan vaksinasi TB (vaksin BCG). Lebih banyak ujian – sepeti sinar-X dada, kultur kahak, atau kedua-duanya-biasanya dilakukan untuk melihat jika anda mempunyai jangkitan TB aktif.
Bergantung kepada makmal dan hospital, julat normal untuk Ujian Kulit Tuberkulin mungkin berbeza-beza. Sila berbincang dengan doktor anda sekiranya mempunyai apa-apa soalan tentang keputusan ujian anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai Ujian Kulit Tuberkulin, sila rujuk kepada doktor anda untuk memahami arahan dengan lebih baik.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen