backup og meta

PSA Test: Adakah ia Penting?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 21/09/2018

    PSA Test: Adakah ia Penting?

    Pernahkah anda terdengar tentang psa test? Jika tidak pernah, ia adalah sejenis ujian saringan yang dijalankan untuk mengesan kanser prostat dengan awal.

    PSA adalah ringkasan daripada perkataan prostate specific antigen. Ia merupakan sejenis protein yang dilepaskan dalam darah oleh sel-sel kanser atau bukan kanser di dalam prostat. Kebanyakan PSA ditemui dalam air mani. Namun, ia juga boleh didapati dalam darah.

    Kadar PSA yang tinggi dalam darah mungkin menunjukkan kewujudan kanser prostat. Walau bagaimanapun, kadar yang tinggi itu juga boleh disebabkan oleh faktor lain seperti radang prostat atau saiz yang membesar. Jadi, ia bukanlah sejenis ujian diganostik tetapi satu ujian saringan sahaja.

    Mengapa PSA test diperlukan?

    Kanser prostat adalah antara kanser paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki. Ia juga merupakan antara punca kematian kanser yang utama. Oleh itu, mengesan penyakit ini dengan awal dapat membantu merawatnya dengan lebih efektif.

    Jika dikesan awal, kanser tersebut masih tertumpu pada kawasan yang kecil dan lebih mudah untuk dibuang atau dihapuskan. Kalau sudah merebak jauh, peratusan untuk sembuh menjadi semakin rendah lebih-lebih lagi jika merebak ke organ lain seperti tulang.

    Semua lelaki berumur 50 tahun dan ke atas dinasihatkan untuk menjalani ujian ini. Mereka yang mengalami simptom-simptom kanser prostat juga perlu menjalaninya. Ujian ini juga mungkin dilakukan untuk melihat keberkesanan rawatan serta mengesan jika kanser yang telah dirawat datang semula.

    Selain PSA test, pemeriksaan rektum juga mungkin dilakukan untuk mengesan kanser prostat. Doktor akan memasukkan jari ke dalam lubang dubur sambil memakai sarung tangan dan minyak pelincir. Dengan merasai dan menekan prostat, doktor akan menilai sama ada ia adalah normal atau tidak.

    Ambil langkah mencegah selagi boleh

    Jangan tunggu terlalu lama untuk mengambil langkah. Jika sudah berumur 50 tahun atau mengalami simptom-simptom kanser prostat atau kedua-duanya, sila dapatkan bantuan perubatan segera. Ujian ringkas ini mungkin dapat menyelematkan nyawa anda serta orang tersayang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 21/09/2018

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan