Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Asid Urik (Ujian Darah) adalah untuk mengenal pasti berapa banyak asid urik dalam sampel darah. Makanan yang anda makan dan prosedur penguraian semula jadi adalah cara biasa untuk mensintesis asid urik.
Buah pinggang adalah organ untuk menapis asid urik. Ia biasanya dikeluarkan dari badan melalui air kencing, dan dalam kes yang jarang berlaku dikeluarkan melalui najis. Tahap asid urik dalam darah meningkat apabila buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan normal atau terlalu banyak asid urik dihasilkan.
Sekiranya seseorang mempunyai terlalu banyak asid urik di dalam badan, dia lebih cenderung mengalami pembentukan pepejal kristal pada sendi. Keadaan yang menyakitkan ini seringkali digelar gout. Sekiranya gout dibiarkan tanpa rawatan, kristal asid urik boleh membina pada sendi dan tisu berdekatan, membentuk mendapan (deposit) yang keras dan berketul-ketul dipanggil tophi. Tahap asid urik yang tinggi juga boleh menyebabkan batu karang atau kegagalan buah pinggang.
Ujian darah asid urik biasanya disyorkan sekiranya seseorang didiagnosis mempunyai paras asid urik yang tinggi atau disyaki mempunyai gejala gout,
Selain itu, pesakit kanser yang menjalani kemoterapi atau terapi radiasi sering diminta untuk menjalani ujian ini untuk mengekalkan paras asid urik dalam lingkungan yang selamat.
Ujian asid urik air kencing boleh diarahkan apabila seseorang menderita dari batu karang ginjal yang berulang atau mempunyai gout dan perlu dipantau untuk pembentukan batu karang.
Dalam sesetengah kes, apabila seseorang mengalami masalah batu karang buah pinggang berulang atau mempunyai gout diarahkan menjalani ujian ini untuk memantau pembentukan batu karang.
Ujian darah asid urik adalah kaedah untuk memastikan jika seseorang mempunyai gout atau tidak. Ini kerana, walaupun mereka mempunyai asid urik yang tinggi dan sakit sendi, ini mungkin tidak berkaitan dengan gout.
Asid urik juga boleh diukur dalam air kencing. Doktor sering menggunakan pengumpulan sampel air kencing dalam jangka masa 24 jam untuk mengetahui punca tahap asid urik yang tinggi, sama ada ia disebabkan oleh pengeluaran asid urik cepat oleh badan atau fungsi buah pinggang yang tidak normal.
Kadar darah asid urik berbeza dari hari ke hari. Tahap asid urik biasanya lebih tinggi pada waktu pagi dan lebih rendah pada waktu petang.
Tahap asid urik darah yang meningkat semasa kehamilan, walaupun tahapnya berada pada julat yang normal, ia boleh membantu mendiagnosis praeklampsia.
Hasil ujian boleh diganggu oleh minuman beralkohol, ubat-ubatan tertentu, vitamin C atau pewarna yang digunakan dalam ujian sinar-X. Oleh itu, maklumkan kepada doktor anda mengenai segala perkara yang boleh menjejaskan keputusan ujian anda.
Anda mungkin diminta berhenti makan dan minum selama beberapa jam sebelum menjalani ujian.
Profesional kesihatan yang mengambil sampel darah akan:
Jalur elastik dibalut dengan lengan atas anda. Ia mungkin berasa ketat. Anda mungkin tidak merasakan apa-apa dari jarum, atau anda mungkin merasa seperti disengat atau dicubit.
Nilai biasa
Nilai biasa yang disenaraikan di sini – dipanggil julat rujukan – hanyalah panduan. Laporan makmal anda harus mengandungi julat makmal anda kerana julat ini berbeza mengikut makmal.
Keadaan kesihatan anda dan faktor-faktor lain juga diambil kira untuk menilai keputusan anda. Oleh itu, nilai yang berada di luar nilai normal yang disenaraikan di sini mungkin masih normal untuk anda atau makmal anda.
Hasil keputusannya biasanya boleh diperolehi dalam 1 hingga 2 hari.
Asid urik dalam darah
Lelaki: 3.4-7.0 miligram setiap desiliter (mg / dL) 202-416 mikromol per liter (mcmol / L)
Wanita: 2.4-6.0 mg / dL 143-357 mcmol / L
Kanak-kanak: 2.0-5.5 mg / dL 119-327 mcmol / L
Dalam sesetengah kes, terutama pada lelaki, walaupun paras asid urik berada dalam julat normal, kristal asid urik boleh terbentuk pada sendi dan menyebabkan serangan gout.
Banyak keadaan boleh mengubah tahap asid urik. Doktor anda akan berbincang dengan anda mengenai sebarang keputusan tidak normal yang mungkin berkaitan dengan simptom dan kesihatan masa lalu anda.
Nilai tinggi
Nilai asid urik tinggi mungkin disebabkan oleh:
Nilai yang rendah
Nilai asid urik rendah mungkin disebabkan oleh:
Bergantung kepada makmal dan hospital, julat normal untuk Asid Urik (Ujian Darah mungkin berbeza-beza. Sila berbincang dengan doktor anda sekiranya anda mempunyai apa-apa persoalan yang anda ada mengenai keputusan ujian anda.
Ujian Asid Urik darah mengenal pasti berapa banyak asid urik dalam sampel darah. Makanan yang anda makan dan prosedur penguraian semula jadi adalah cara biasa untuk mensintesis asid urik.
Buah pinggang adalah organ untuk menapis asid urik. Ia biasanya dikeluarkan dari badan melalui air kencing, dan dalam kes yang jarang berlaku dikeluarkan melalui najis. Tahap asid urik dalam darah meningkat apabila buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan normal atau terlalu banyak asid urik dihasilkan.
Sekiranya seseorang mempunyai terlalu banyak asid urik di dalam badan, dia lebih cenderung mengalami pembentukan pepejal kristal pada sendi. Keadaan yang menyakitkan ini seringkali digelar gout. Sekiranya gout dibiarkan tanpa rawatan, kristal asid urik boleh membina pada sendi dan tisu berdekatan, membentuk mendapan (deposit) yang keras dan berketul-ketul dipanggil tophi. Tahap asid urik yang tinggi juga boleh menyebabkan batu karang atau kegagalan buah pinggang.
Ujian darah asid urik biasanya disyorkan sekiranya seseorang didiagnosis mempunyai paras asid urik yang tinggi atau disyaki mempunyai gejala gout,
Selain itu, pesakit kanser yang menjalani kemoterapi atau terapi radiasi sering diminta untuk menjalani ujian ini untuk mengekalkan paras asid urik dalam lingkungan yang selamat.
Ujian asid urik air kencing boleh diarahkan apabila seseorang menderita dari batu karang ginjal yang berulang atau mempunyai gout dan perlu dipantau untuk pembentukan batu karang.
Dalam sesetengah kes, apabila seseorang mengalami masalah batu karang buah pinggang berulang atau mempunyai gout diarahkan menjalani ujian ini untuk memantau pembentukan batu karang.
Ujian darah asid urik adalah kaedah untuk memastikan jika seseorang mempunyai gout atau tidak. Ini kerana, walaupun mereka mempunyai asid urik yang tinggi dan sakit sendi, ini mungkin tidak berkaitan dengan gout.
Asid urik juga boleh diukur dalam air kencing. Doktor sering menggunakan pengumpulan sampel air kencing dalam jangka masa 24 jam untuk mengetahui punca tahap asid urik yang tinggi, sama ada ia disebabkan oleh pengeluaran asid urik cepat oleh badan atau fungsi buah pinggang yang tidak normal.
Kadar darah asid urik berbeza dari hari ke hari. Tahap asid urik biasanya lebih tinggi pada waktu pagi dan lebih rendah pada waktu petang.
Tahap asid urik darah yang meningkat semasa kehamilan, walaupun tahapnya berada pada julat yang normal, ia boleh membantu mendiagnosis praeklampsia.
Hasil ujian boleh diganggu oleh minuman beralkohol, ubat-ubatan tertentu, vitamin C atau pewarna yang digunakan dalam ujian sinar-X. Oleh itu, maklumkan kepada doktor anda mengenai segala perkara yang boleh menjejaskan keputusan ujian anda.
Anda mungkin diminta berhenti makan dan minum selama beberapa jam sebelum menjalani ujian.
Profesional kesihatan yang mengambil sampel darah akan:
Jalur elastik dibalut dengan lengan atas anda. Ia mungkin berasa ketat. Anda mungkin tidak merasakan apa-apa dari jarum, atau anda mungkin merasa seperti disengat atau dicubit.
Nilai biasa
Nilai biasa yang disenaraikan di sini – dipanggil julat rujukan – hanyalah panduan. Laporan makmal anda harus mengandungi julat makmal anda kerana julat ini berbeza mengikut makmal.
Keadaan kesihatan anda dan faktor-faktor lain juga diambil kira untuk menilai keputusan anda. Oleh itu, nilai yang berada di luar nilai normal yang disenaraikan di sini mungkin masih normal untuk anda atau makmal anda.
Hasil keputusannya biasanya boleh diperolehi dalam 1 hingga 2 hari.
Asid urik dalam darah
Lelaki: 3.4-7.0 miligram setiap desiliter (mg / dL) 202-416 mikromol per liter (mcmol / L)
Wanita: 2.4-6.0 mg / dL 143-357 mcmol / L
Kanak-kanak: 2.0-5.5 mg / dL 119-327 mcmol / L
Dalam sesetengah kes, terutama pada lelaki, walaupun paras asid urik berada dalam julat normal, kristal asid urik boleh terbentuk pada sendi dan menyebabkan serangan gout.
Banyak keadaan boleh mengubah tahap asid urik. Doktor anda akan berbincang dengan anda mengenai sebarang keputusan tidak normal yang mungkin berkaitan dengan simptom dan kesihatan masa lalu anda.
Nilai tinggi
Nilai asid urik tinggi mungkin disebabkan oleh:
Nilai yang rendah
Nilai asid urik rendah mungkin disebabkan oleh:
Bergantung kepada makmal dan hospital, julat normal untuk ujian darah asid urik mungkin berbeza-beza. Sila berbincang dengan doktor anda sekiranya anda mempunyai apa-apa persoalan yang anda ada mengenai keputusan ujian anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen