backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Aldosteron (Ujian)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Aldosteron (Ujian)?

Ujian aldosteron, juga dikenali sebagai ujian Serum aldosteron, merupakan ujian yang dilakukan bagi menyukat jumlah aldosteron di dalam darah anda. Aldosteron adalah hormon yang dirembeskan dalam kelenjar adrenal, yang mana dijumpai pada bahagian atas buah pinggang anda dan bertanggungjawab dalam penghasilan beberapa hormon penting. Tanggungjawab aldosteron adalah memberi kesan kepada tekanan darah dan juga antara fungsinya yang lain untuk mengawal sodium (garam) dan potassium di dalam darah anda.

Terlalu banyak aldosteron boleh menjadi penyebab kepada tekanan darah tinggi dan paras potassium rendah, yang mana dipanggil hiperaldosteronisme, penyakit di mana badan anda menghasilkan terlalu banyak aldosteron. Hiperaldosteronisme primer boleh disebabkan oleh tumor adrenal (biasanya benigna, atau bukan kanser). Sebaliknya, hiperaldosteronisme sekunder boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan. Ini termasuk:

  • Kegagalan jantung kongestif.
  • Sirosis.
  • Beberapa penyakit buah pinggang (contoh, sindrom nefrotik).
  • Potassium berlebihan.
  • Sodium rendah.
  • Toksemia ketika hamil.
  • Mengapakah Ujian Aldosteron dilakukan?

    Terdapat beberapa sebab kenapa ujian aldosteron dilakukan:

    • Bagi menyukat jumlah aldosteron yang dirembeskan ke dalam badan oleh kelenjar adrenal.
    • Memeriksa tumor di dalam kelenjar adrenal.
    • Mencari punca tekanan darah tinggi atau paras potassium dalam darah rendah. Perkara ini dilakukan apabila kelenjar adrenal terlebih aktif atau tumbesaran adrenal yang abnormal disyaki.

    Langkah Berjaga-jaga & Amaran

    Apakah yang perlu saya tahu sebelum melakukan Ujian Aldosteron?

    Doktor anda akan meminta anda untuk melakukan ujian ini dengann waktu yang tertentu dalam sehari. Waktu bagi ujian dilakukan sangat penting kerana paras aldosteron berbeza sepanjang hari. Hal ini telah terbukti yang paras aldosteron paling tinggi pada waktu pagi. Doktor anda juga akan meminta anda untuk:

    • Ubah kuantiti sodium yang anda makan (dipanggil diet sekatan sodium).
    • Elakkan senaman yang aktif.
    • Elakkan makan licorice.

    Faktor ini boleh memberi kesan terhadap paras aldosteron. Tambahan pula, stress juga akan meningkatkan aldosteron secara sementara.

    Selain itu, terdapat ubat-ubatan yang boleh memberi kesan terhadap aldosteron. Beritahu doktor anda mengenai kesemua ubat-ubat yang anda sedang ambil. Ini termasuk makanan tambahan serta ubat tanpa preskripsi. Doktor anda akan memberitahu anda jika anda perlu berhenti atau menukar mana-mana ubat sebelum melakukan ujian ini.

    Proses

    Bagaimanakah untuk bersedia bagi Ujian Aldosteron?

    Dinasihatkan bahawa terdapat pelbagai perkara yang perlu disediakan sebelum melakukan ujian, termasuk:

    • Balut gegelang plastik disekeliling bahagian atas lengan anda bagi menghalang aliran darah. Ini membuatkan vena di bawah gegelang membesar, jadi lebih mudah untuk memasukkan jarum ke dalam vena.
    • Cuci tempat jarum dengan alkohol.
    • Masukkan jarum ke dalam vena. Lebih daripada satu jarum mungkin diperlukan.
    • Sambung tiub kepada jarum untuk mengisinya dengan darah.
    • Buang gegelang daripada lengan anda apabila kuantiti darah yang cukup telah dikumpul.
    • Letak pad kain kasa atau bebola kapas pada kawasan jarum setelah jarum dikeluarkan.
    • Tekan pada kawasan jarum dan kemudian letak balutan.

    Apakah yang berlaku ketika ujian aldosteron?

    Ketika ujian ini, anda akan menjalani:

    Sampel darah diambil daripada vena pada lengan anda. Gegelang elastik dibalut pada sekeliling bahagian atas lengan anda. Oleh itu, ia akan berasa ketat dan tidak selesa. Anda tidak akan berasa apa-apa daripada jarum, atau anda mungkin akan berasa seperti disengat atau dicubit dengan cepat.

    Apakah yang berlaku selepas ujian aldosteron?

    Peluang tipis untuk mengalami masalah ketika sampel darah diambil daripada vena.

    Pertama, anda akan mendapat lebam kecil pada kawasan jarum. Walau bagaimanapun, anda boleh mengurangkan peluang untuk lebam dengan menekan lebih lama pada kawasan jarum untuk beberapa minit.

    Bagi kes yang jarang berlaku, vena boleh menjadi bengkak selepas sampel darah diambil. Masalah ini dipanggil flebitis. Anda harus guna demah suam beberapa kali sehari bagi merawat keadaan ini.

    Selain itu, pendarahan berterusan boleh menjadi masalah pada sesetengah pesakit yang mengalami gangguan pendarahan. Ubat-ubat seperti aspirin, warfarin (Coumadin), dan ubat pencair darah yang lain, atau jika anda mengambil ubat pencair darah, beritahu doktor anda sebelum sampel darah diambil.

    Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai ujian aldosteron, sila rujuk doktor anda untuk memahami arahan yang diberi dengan lebih baik.

    Penjelasan keputusan

    Apakah maksud keputusan ujian saya?

    Bergantung kepada makmal di mana ujian aldosteron dilakukan, keputusan mungkin berbeza. Namun, ia dianggarkan 7-30 ng/dL atau 0.19-0.83 nmol/L.

    Doktor anda akan meneliti maklumat yang dikumpul melalui ujian dan akan berjumpa anda pada tarikh lain bagi membincangkan keputusan ujian anda.

    Sekiranya anda mengalami paras aldosteron yang tinggi, iaitu dipanggil hiperaldosteronisme, ini boleh meningkatkan sodium dalam darah dan mengurangkan potassium dalam darah. Hiperaldosteronisme boleh disebabkan oleh:

    • Stenosis arteri renal (arteri yang membekalkan darah kepada buah pinggang menjadi sempit).
    • Kegagalan jantung kongestif.
    • Kegagalan atau penyakit buah pinggang.
    • Sirosis(parut pada hati).
    • Toksemia kebuntingan.
    • Diet yang sangat rendah dengan garam.

    Paras ALD yang rendah dipanggil hipoaldosteronisme. Simptom-simptom bagi keadaan ini termasuk:

  • Tekanan darah rendah.
  • Dihidrasi.
  • Paras sodium rendah.
  • Paras potassium rendah.
  • Hipoaldosteronisme boleh disebabkan oleh:

    • Ketidakcukupan adrenal.
    • Penyakit Addison, yang mana mengganggu penghasilan hormon adrenal.
    • Hipoaldosteronism hiporeninemik (paras aldosteron disebabkan oleh penyakit buah pinggang)
    • Diet yang sangat tinggi dengan garam (lebih daripada 2,300 mg/hari bagi yang berusia 50 tahun dan ke bawah; 1,500 bagi yang berusia lebih daripada 50 tahun)
    • Hiperplasia adrenal kongenital (gangguan kongenital yang mana bayi kekurangan enzim yang diperlukan bagi membuat kortisol, yang mana boleh mengganggu penghasilan aldosteron).

    Sila berbincang dengan doktor anda sebarang soalan yang anda ada mengenai keputusan ujian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan