backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Alanine Aminotransferase

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Azreen Madzlan · Disemak pada 22/11/2022

Definisi

Apa itu Alanine Aminotransferase?

Ujian alanine aminotransferase (ALT) mengukur jumlah enzim ini dalam darah. ALT didapati terutamanya di hati, tetapi juga dalam jumlah yang lebih kecil di buah pinggang, jantung, otot, dan pankreas. ALT dahulunya dikenali sebagai serum glutamic pyruvic transaminase (SGPT).

ALT diukur untuk melihat jika hati rosak atau berpenyakit. Tahap ALT yang rendah biasanya didapati di dalam darah. Tetapi apabila hati rosak atau berpenyakit, ia melepaskan ALT ke dalam aliran darah yang menjadikan tahap ALT meningkat. Kebanyakan peningkatan kadar ALT adalah disebabkan oleh kerosakan hati.

Ujian ALT sering dilakukan bersama dengan ujian lain yang memeriksa kerosakan hati, termasuk aspartate aminotransferase (AST), alkaline phosphatase, lactate dehydrogenase (LDH) dan bilirubin. Kedua-dua tahap ALT dan AST adalah ujian merupakan ujian yang dipercayai untuk kerosakan hati.

Mengapa ujian alanine aminotransferase dilakukan?

Ujian ALT digunakan untuk menilai sama ada anda mengalami kerosakan hati.

Ujian ALT boleh dilakukan secara berkala untuk:

  • memantau aktiviti penyakit hati, seperti hepatitis
  • menilai sama ada rawatan untuk penyakit hati perlu dimulakan
  • menilai sejauh mana rawatan berfungsi

Tahap peningkatan ALT dalam darah adalah tanda kerosakan hati. Walau bagaimanapun, tidak semua individu yang mempunyai penyakit hati akan mengalami peningkatan ALT. Ramai pesakit dengan penyakit hati yang teruk atau sirosis mempunyai tahap ALT yang normal.

Perkara yang perlu diketahui

Apa yang perlu diketahui sebelum menerima ujian alanine aminotransferase?

Nilai alanine aminotransferase (ALT) sering digunakan bersama-sama dengan keputusan ujian aspartate aminotransferase (AST) untuk mendapatkan nisbah AST kepada ALT. Nilai ini sering dapat membantu menentukan sama ada terdapat kerosakan pada hati yang berkaitan dengan penyalahgunaan alkohol.

Pada kanak-kanak yang menghidap acute lymphocytic leukaemia (ALL), tahap ALT yang sangat tinggi mungkin bermakna bahawa penyakit itu sedang merebak dengan cepat.

Banyak keadaan yang berbeza dapat meningkatkan paras darah ALT, jadi ujian lain biasanya diperlukan untuk menafsirkan hasil ALT yang tidak normal.

Ketahui apa yang berlaku

Bagaimana persediaan menerima ujian alanine aminotransferase?

Anda tidak perlu mengambil sebarang langkah khas untuk persediaan.

Apa yang berlaku semasa ujian alanine aminotransferase?

Pakar kesihatan yang mengambil contoh darah anda akan:

  • Membalut tali elastik di sekitar lengan atas anda untuk menghentikan aliran darah. Ini menjadikan pembuluh darah di bawah tali lebih besar supaya lebih mudah untuk memasukkan jarum ke dalamnya.
  • Membersihkan jarum dengan alkohol.
  • Masukkan jarum ke dalam pembuluh darah. Lebih daripada satu bilah jarum mungkin diperlukan.
  • Memasang tiub ke jarum untuk diisi dengan darah.
  • Buka tali dari lengan anda apabila darah telah cukup dikumpulkan.
  • Letakkan kain kasa atau bola kapas di atas tapak jarum apabila jarum dikeluarkan.
  • Kenakan tekanan di tempat suntikan dan kemudian letakkan pembalut.

Apa yang berlaku selepas ujian alanine aminotransferase?

Anda boleh pulang ke rumah selepas prosedur sampel darah. Keputusan biasanya boleh didapati dalam masa 12 jam.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai ujian alanine aminotransferase, sila merujuk kepada doktor untuk memahami arahan dengan lebih.

Memahami keputusan

Apa maksud keputusan saya?

Normal

Nilai-nilai normal yang disenaraikan di sini – dipanggil julat rujukan – hanyalah panduan. Julat ini berbeza dari makmal ke makmal, dan makmal anda mungkin mempunyai julat yang berbeza untuk apa yang normal. Laporan makmal anda hendaklah mengandungi julat yang digunakan makmal anda. Doktor anda juga akan menilai keputusan anda berdasarkan kesihatan dan faktor-faktor lain. Ini bermakna nilai yang berada di luar nilai normal yang disenaraikan di sini mungkin masih normal untuk anda atau makmal anda.

Alanine aminotransferase 1

Lelaki          : 10-40 unit setiap liter (U /L) atau 0.17-0.68 mikrokatal per liter  (McKay U/L)

Perempuan: 7-35 U/L atau 0.12-0.60 McKay/L

Nilai tinggi

Tahap ALT yang tinggi mungkin disebabkan oleh:

  • Kerosakan hati dari keadaan seperti sirosis atau hepatitis.
  • Keracunan plumbum.
  • Pendedahan kepada karbon tetraklorida.
  • Kerosakan tumor besar (nekrosis).
  • Banyak ubat, seperti statin, antibiotik, kemoterapi, aspirin, narkotik, dan barbiturat.
  • Mononucleosis.
  • Kebantutan terutama pada kanak-kanak kecil. Pertumbuhan pesat boleh menyebabkan kadar ALT yang agak tinggi.

Bergantung kepada makmal dan hospital, julat normal untuk ujian alanine aminotransferase mungkin berbeza-beza. Sila berbincang dengan doktor anda mengenai apa-apa soalan yang anda ada mengenai keputusan ujian anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Azreen Madzlan · Disemak pada 22/11/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan