backup og meta

Tanda-tanda Anda Hadapi Masalah Mengendalikan Kemarahan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 01/08/2023

    Tanda-tanda Anda Hadapi Masalah Mengendalikan Kemarahan

    Kemarahan adalah emosi normal yang kuat, membantu anda merasakan tenaga dan memberikan tumpuan kepada perkara penting. Walau bagaimanapun, jika ia di luar kawalan, ia boleh menyebabkan impak negatif terhadap perhubungan mahupun kesihatan. Anda boleh mula belajar untuk berdepan dengan masalah mengendalikan kemarahan anda dengan melihat tanda-tanda kemarahan di dalam artikel ini.

    Punca wujud masalah mengendalikan kemarahan

    Ini beberapa sebab mengapa anda sukar mengawal kemarahan:

    Kemarahan tanpa sebab

    Anda mungkin merasa marah apabila berdepan situasi yang tidak menyenangkan; dalam keadaan bahaya atau kesedihan. Dalam situasi ini, marah adalah tindak balas normal tubuh untuk membantu anda hadapi masalah.

    Tetapi, jika anda terus marah tanpa sebarang sebab, ia boleh menjadi tanda masalah menguruskan kemarahan. Sebagai contoh, anda merasa marah kepada kerusi, meja atau individu yang anda hanya melihat sekali sahaja.

    Kemarahan yang lebih berbanding individu lain

    Anda dan individu lain berdepan dengan situasi yang sama dan anda menghadapinya dengan rasa amarah lebih banyak berbanding yang lain. Reaksi setiap individu adalah berbeza, namun, jika kemarahan anda adalah terlalu berlebihan, anda harus menilai diri anda sama ada ia adalah satu masalah menguruskan kemarahan atau tidak.

    Kemarahan berterusan tentang peristiwa lampau

    Jika anda marah dengan sesuatu yang berlaku pada ketika itu atau selepas itu, ia adalah sesuatu yang normal. Itu adalah satu tindak balas. Tetapi, seandainya anda marah terhadap peristiwa atau individu yang telah berlalu, anda mungkin hadapi masalah. Masalahnya adalah anda tidak boleh melepaskan kemarahan itu walaupun ia sudah berlalu.

    Simptom fizikal

    Simptom berkaitan fizikal ada masanya boleh berkait dengan simptom mental. Jika keadaan simptom ini berulang terlalu kerap, anda mungkin berdepan situasi:

  • Kesukaran untuk bernafas, atau nafas pendek
  • Sakit kepala
  • Denyutan jantung lebih laju
  • Merasa tekanan di kepala
  • Simptom yang dinyatakan di atas bukanlah simptom yang khusus, tetapi anda boleh menilainya untuk menentukan sama ada anda berdepan dengan masalah mengendalikan kemarahan atau pun tidak.

    Marah adalah satu emosi dalam hidup manusia, reaksi normal untuk situasi tertentu. Tetapi jika ia tidak terkawal, anda mungkin menghadapi masalah. Simptom di atas dapat membantu anda untuk mengetahui keadaan anda dan bagaimana mengawalnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 01/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan