backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Prosedur tiub makanan

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apa itu Prosedur tiub makanan?

Gastrostomi endoskopik perkutaneus, biasanya dipanggil sebagai prosedur tiub makanan, pemasukan tiub makanan, atau peletakan tiub makanan, merupakan prosedur bagi memasukkan tiub makanan melalui kulit anda dan masuk ke dalam perut anda bagi menyalurkan nutrien dan cecair yang anda perlu.

Mengapa Prosedur tiub makanan dilakukan?

Prosedur ini dilakukan kepada pesakit yang mempunyai masalah untuk menelan. Oleh itu, doktor anda akan menyarankan anda untuk menjalani prosedur ini bagi mengekalkan nutrisi yang cukup.

Fahami Risiko-risikonya

Apakah risiko bagi prosedur tiub makanan?

Meletakkan tiub makanan adalah pembedahan yang ringkas, tetapi hanya disarankan bagi keadaan yang kompleks sahaja. Malangnya, tiub makanan tidak boleh digunakan untuk setiap keadaan, tiub gastrostomi endoskopik perkutaneus tidak memanjangkan jangka hayat dan kualiti hidup pesakit yang hampir meninggal dunia akibat dementia terminal dan kanser terminal.

Pasukan penjagaan kesihatan mungkin akan memberi anda nutrien dan cecair melalui tiub (tiub nasogastrik atau NG) yang diletakkan di dalam lubang hidung anda dan ditolak sehingga ke dalam perut anda.

Tiub makanan boleh dimasukkan terus ke dalam perut melalui pembedahan.

Pasukan penjagaan kesihatan mungkin akan memberi nutrien dan cecair terus ke dalam aliran darah anda (pemakanan parenteral – PN).

Sama seperti prosedur yang lain, sudah pasti akan mempunyai beberapa risiko. Anda harus berjumpa doktor bedah anda bagi menerangkan bagaimana risiko-risiko ini boleh berlaku kepada anda.

Komplikasi yang boleh berlaku dalam mana-mana prosedur termasuk reaksi yang tidak dijangka terhadap ubat anestetik, pendarahan yang berlebihan atau membentuk ketulan darah (trombosis vena dalam, DVT).

Bagi pembedahan gastrostomi endoskopik perkutaneus, terdapat komplikasi spesifik termasuk, tiub terkeluar dengan kebocoran cecair diet yang diberi melalui tiub ke dalam abdomen, dan tiub tersumbat.

Penting untuk anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani prosedur ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila berjumpa doktor atau doktor bedah anda untuk maklumat lanjut.

Proses

Bagaimana Persedian untuk Prosedur tiub makanan?

Anda mesti berbincang dengan doktor anda mengenai ubat yang sedang anda ambil, alahan atau sebarang keadaan kesihatan anda dan sebelum menjalani pembedahan, anda akan berjumpa dengan ahli anestetik dan merancang kaedah anestetik anda bersama. Penting untuk anda mengikut semua arahan mengenai bila perlu berhenti makan dan minum sebelum pembedahan.

Anda harus diberi arahan yang jelas untuk diikuti sebelum menjalani pembedahan, termasuk sama ada anda boleh makan apa-apa sahaja beberapa jam sebelum pembedahan. Doktor anda mungkin akan beritahu anda untuk tidak minum atau makan apa-apa selama 8 jam sebelum tiub makanan dimasukkan.

Apa yang terjadi semasa Prosedur tiub makanan dilakukan?

Jika perlu, ahli endoskopi akan menawarkan sedatif bagi membantu anda untuk bertenang.

Gastrostomi endoskopik perkutaneus biasanya mengambil masa 15 hingga 20 minit. Prosedur ini menggunakan teleskop (endoskop) fleksibel yang dimasukkan ke belakang kerongkong anda dan ditolak masuk ke bawah sehingga ke perut. Ahli endoskopi akan menggunakan endoskop sebagai penunjuk arah ketika tiub makanan dimasukkan. Tiub ini mempunyai pengalas yang diletakkan di dalam perut anda dan bantu untuk mengelakkan tiub daripada terkeluar.

Ahli endoskopi akan melakukan bukaan kecil pada dinding abdomen anda. Mereka akan menarik ke bawah tiub tersebut masuk ke dalam perut anda dan kemudian membawa tiub tersebut keluar daripada perut dan melepasi bukaan lubang yang dibuat pada dinding abdomen anda.

Jika anda ada sebarang soalan atau kebimbangan, sila berjumpa doktor atau doktor bedah anda untuk maklumat lanjut.

Pemulihan

Apakah yang terjadi selepas pembedahan Prosedur tiub makanan?

Jika anda diberi sedatif, anda biasanya akan kembali sedar dalam masa satu jam. Anda akan berasa sedikit kembung untuk beberapa jam tetapi ini akan hilang dengan sendirinya,

Anda boleh kembali melakukan aktiviti normal anda selepas satu hingga dua minggu.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan