Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Stenosis lumbar adalah penyempitan saluran tulang belakang anda. Ini boleh menyebabkan kesakitan atau kelemahan pada kaki anda.
Laminektomi adalah sejenis pembedahan yang bertujuan mewujudkan ruang di saluran tulang belakang dengan membuang lamina (bahagian belakang tulang belakang) yang menyelaputi saluran tulang belakang. Ia juga dikenali sebagai pembedahan dekompresi, yang bertujuan membesarkan saluran tulang belakang anda untuk melegakan tekanan pada saraf. Tujuan pembedahan adalah untuk mencegah simptom anda daripada menjadi semakin teruk.
Doktor anda boleh mengesyorkan laminektomi jika:
Dalam beberapa kes, laminektomi mungkin diperlukan sebagai sebahagian daripada pembedahan untuk merawat cakera tulang belakang yang terkeluar. Pakar bedah anda mungkin perlu mengeluarkan sebahagian daripada lamina untuk mendapatkan akses ke cakera yang rosak.
Ramai pesakit yang pulih dari simptom selepas menjalankan laminektomi, tetapi faedahnya dapat berkurang dari masa ke masa apabila usia semakin meningkat atau jika terdapat arthritis yang berulang. Laminektomi lebih berkesan untuk mengubati kesakitan di kaki berbanding kesakitan belakang yang disebabkan oleh tekanan saraf. Simptom mungkin kembali kerana laminektomi tidak dapat menghentikan penyempitan saluran tulang belakang dan tekanan pada saraf yang berpunca dari osteoarthritis.
Sekiranya simptom anda ringan, anda mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan. Sekiranya simptom anda semakin teruk, pembedahan adalah satu-satunya pilihan.
Adalah penting untuk anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani pembedahan ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.
Laminektomi merupakan prosedur yang selamat. Tetapi seperti mana-mana pembedahan, laminektomi membawa risiko komplikasi.
Komplikasi berpotensi termasuk:
Anda boleh mengurangkan risiko komplikasi anda , dengan mengikuti arahan doktor dengan teliti bagi menyediakan anda untuk pembedahan, seperti berpuasa dan menghentikan ubat-ubatan tertentu.
Elakkan daripada makan dan minum untuk beberapa jam sebelum pembedahan. Doktor anda akan memberi anda arahan yang khusus mengenai jenis ubat-ubatan yang anda perlu dan tidak diambil sebelum pembedahan anda.
Pelbagai teknik anestesia boleh digunakan. Pembedahan mengambil masa satu hingga tiga jam.
Pakar bedah anda akan menjalankan pembedahan di bahagian tengah dan bawah punggung anda. Mereka akan memisahkan otot untuk mendapatkan tulang belakang anda. Pakar bedah membuang tisu tulang dan ligamen secukupnya untuk membuka bahagian saluran yang sempit.
Anda dibenarkan pulang ke rumah selepas dua hingga tiga hari.
Jangan angkat sebarang benda yang berat atau memusingkan badan anda. Pastikan anda mengekalkan kedudukan yang baik apabila duduk dan berjalan.
Senaman yang kerap akan membantu anda untuk kembali ke aktiviti normal dengan cepat.
Sebelum anda mula bersenam, rujuk pasukan penjagaan kesihatan atau GP anda untuk mendapatkan nasihat.
Kebanyakan orang pulih dengan baik selepas pembedahan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan , sila rujuk dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen