backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Dekompresi spina lumbar

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Hanafi Sallehuddin · Disemak pada 28/11/2019

Definisi

Apa itu Dekompresi spina lumbar?

Stenosis spina adalah penyempitan ruang tengah di tulang belakang. Saluran tulang belakang mengandungi saraf yang bersambung hingga ke bahagian bawah.

Artritis , penebalan ligamen, dan cakera yang terbonjol boleh menyebabkan dekompresi spina berlaku. Saraf boleh terperangkap dalam saluran tulang belakang, menyebabkan kaki anda lemah dan sakit.

Pembedahan membuang tekanan di bahagian lumbar adalah pembedahan di tulang belakang. Ia juga  digunakan untuk merawat beberapa keadaan lain yang tidak pulih dengan rawatan biasa.

Mengapa Dekompresi spina lumbar dilakukan?

Pembedahan ini dijalankan untuk masalah tulang belakang di bahagian lumbar jika rawatan selain pembedahan tidak membantu. Ini termasuk ubat penghilang rasa sakit, antidepresan, fisioterapi, atau suntikan kortikosteroid.

Jika rawatan ini tidak berkesan dan simptom mengganggu kualiti hidup anda, pembedahan mungkin disyorkan. jika anda dianggap cukup sihat untuk menahan kesan anestesia dan pembedahan.

Fahami Risiko-risikonya

Apakah risiko pembedahan lumbar spinal decompression?

Jika anda hanya mempunyai simptom ringan, anda mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan. Simptom anda tidak menjadi lebih teruk dengan cepat. Sesetengah orang akan menjadi lebih baik dari masa ke masa.

Sekiranya anda mengalami kesakitan bawah kaki anda yang disebabkan oleh tekanan pada saraf di belakang anda (sciatica), anda boleh menerima suntikan steroid di tulang belakang anda.

Stenosis tulang belakang kadang-kadang boleh kembali.

Adalah penting untuk anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani pembedahan ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Proses

Bagaimana Persedian untuk Dekompresi spina lumbar?

Anda biasanya akan mempunyai imbasan MRI, untuk mengesahkan diagnosis dan membantu pakar bedah anda untuk merancang pembedahan. Anda harus diberikan arahan yang jelas untuk diikuti sebelum pembedahan , termasuk sama ada anda boleh makan apa-apa pada waktu yang akan datang.

Apa yang terjadi semasa Dekompresi spina lumbar dilakukan?

Pelbagai teknik anestetik adalah mungkin. Operasi biasanya mengambil masa satu jam hingga 90 minit.

Pakar bedah anda akan memotong di bahagian tengah punggung bawah anda. Mereka akan mengeluarkan tisu tulang dan ligamen yang cukup dari belakang tulang belakang anda untuk membebaskan saraf yang terperangkap.

Pakar bedah anda mungkin perlu menyambung  tulang menggunakan graf tulang. Kadang-kadang mereka perlu menggunakan skru dan rod logam.

Pemulihan

Apakah yang terjadi selepas Dekompresi spina lumbar?

Anda biasanya akan dapat berjalan keesokan harinya. Anda sepatutnya dapat pulang ke rumah selepas tiga hingga lima hari.

Jangan angkat apa-apa yang berat.

Senaman yang kerap akan membantu anda untuk kembali ke aktiviti normal secepat mungkin. Sebelum anda mula bersenam, tanyakan kepada pasukan penjagaan kesihatan atau GP anda untuk mendapatkan nasihat.

Kebanyakan pesakit dapat pulih dengan baik selepas pembedahan, tetapi anda masih boleh sakit belakang dari semasa ke semasa kerana tulang belakang anda haus dan koyak.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila rujuk dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Pemulihan

Apakah yang terjadi selepas Dekompresi spina lumbar?

Seperti mana-mana prosedur, terdapat beberapa risiko. Anda harus meminta pakar bedah anda untuk menerangkan bagaimana risiko ini berlaku kepada anda.

Komplikasi yang mungkin berlaku dalam mana-mana prosedur termasuk reaksi yang tidak dijangka terhadap anestetik, pendarahan berlebihan atau pembentukan darah beku  (trombosis vena mendalam, DVT).

Untuk pembedahan lumbar spinal decompression,  terdapat komplikasi yang spesifik iaitu:

  • Kesukaran buang air kecil
  • Jangkitan paru-paru
  • Serangan jantung atau strok
  • Kesakitan berterusan atau kehilangan rasa ke bawah kaki anda
  • Kebas antara dua kaki anda, kehilangan pergerakan usus dan kehilangan kawalan pundi kencing dan bagi lelaki, mempunyai masalah ereksi.
  • Kesakitan neuropatik
  • Membran nipis yang menyelaputi saraf di tulang belakang anda koyak

Anda boleh mengurangkan risiko komplikasi anda dengan mengikuti arahan doktor anda dengan  teliti untuk mempersiapkan pembedahan, seperti berpuasa dan menghentikan ubat-ubatan tertentu.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Hanafi Sallehuddin · Disemak pada 28/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan