backup og meta

Tahu Rakan Kemurungan & Ada Potensi Ingin Bunuh Diri? Ini 4 Langkah Anda Boleh Bantu Mereka

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/12/2022

    Tahu Rakan Kemurungan & Ada Potensi Ingin Bunuh Diri? Ini 4 Langkah Anda Boleh Bantu Mereka

    Menamatkan nyawa biasanya keputusan akhir bagi mereka yang mengalami kemurungan dan sudah berputus asa dengan hidup. Tetapi bagaimana caranya untuk mengetahui jika rakan anda mempunyai keinginan membunuh diri?

    Keinginan membunuh diri

    Membunuh diri adalah tragedi yang melibatkan seorang individu menamatkan nyawanya sendiri apabila tidak mampu untuk meneruskan kehidupan.

    Walau bagaimanapun, keinginan membunuh diri ini boleh dicegah. Jika rakan anda berkeinginan membunuh diri, berikut adalah beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk membantu anda menyelamatkan nyawa.

    Tanda amaran membunuh diri

    Individu yang berisiko untuk membunuh diri mempunyai kelakuan atau emosi yang aneh. Tanda amaran membunuh diri adalah seperti:

    membunuh diri

  • Bercakap, mendengar, menonton atau menulis berkaitan membunuh diri atau kematian
  • Mengatakan bahawa mereka mahu mati
  • Merasa tiada harapan, kosong. Mengatakan bahawa mereka tiada alasan untuk hidup
  • Mencari jalan untuk membunuh diri, seperti membeli stok pil ubatan, mencari maklumat di internet bagaimana untuk membunuh diri
  • Bercakap tentang rasa bersalah dan malu. Mereka merasakan seperti mereka tidak mempunyai cara penyelesaian untuk keluar dari masalah yang dihadapi
  • Menyatakan bahawa mereka adalah bebanan keluarga atau masyarakat
  • Sering gelisah dan sedih
  • Mengambil alkohol, merokok atau dadah lebih kerap dari biasa, atau mereka mula mengambilnya jika sebelum ini mereka tidak pernah menggunakannya.
  • Perubahan emosi secara tiba-tiba. Mereka boleh menjadi sangat gembira, dan menjadi sangat sedih
  • Memberikan perkara penting atau harta benda. Mereka mahu melepaskan tanggungjawab sebelum mereka membunuh diri
  • Mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga atau rakan dengan menulis nota atau menghantar mesej
  • Bagaimana untuk membantu?

    Seandainya anda menyedari ada rakan yang berkelakuan seperti yang dinyatakan di atas, pastinya anda tertanya-tanya apakah cara yang boleh anda lakukan untuk membantu mereka, bukan?

    Jangan risau, ada 4 cara boleh anda cuba, iaitu:

    1. Bertanyakan soalan

    Apabila anda bertanyakan kepada rakan anda mengenai membunuh diri, ia dapat membantu mengurangkan risiko membunuh diri. Soalan-soalan yang boleh ditanya:

    • Apa yang berlaku dalam hidup awak?
    • Pernahkah awak cuba untuk menyelesaikan masalah ini?
    • Adakah awak mahu berputus asa?
    • Adakah awak mahu membunuh diri?
    • Adakah awak mahu mengambil nyawa awak sendiri?
    • Pernahkah awak terfikir bagaimana ia dilakukan?
    • Pernah awak terfikir di mana awak ingin lakukannya?
    • Adakah awak mempunyai pisau atau gunting? Atau mungkin sejumlah pil?

    2. Pastikan rakan anda selamat

    Jika mereka terfikir untuk membunuh diri, mereka mungkin akan melakukannya.

    Anda perlu mengambil segala senjata yang boleh digunakan oleh rakan anda untuk membunuh diri. Atau anda boleh membawa rakan anda ke tempat yang lebih selamat yang boleh mengurangkan risiko mereka membunuh diri.

    3. Bersama rakan anda

    Pastikan anda bersama rakan anda dan elakkan dari membiarkan dia keseorangan. Anda perlu bercakap dengan rakan anda, mendengar luahan mereka dan memahami apa yang mereka fikirkan atau rasai. Anda boleh meringankan perasan mereka dan memberi nasihat.

    menamatkan nyawa

    4. Tawarkan bantuan

    Hubungi talian kecemasan jika memerlukan, mereka mengetahui apa yang perlu dilakukan jika berdepan situasi seseorang individu ingin menamatkan nyawa mereka sendiri.

    Jika situasi rakan anda tidak memerlukan tindak balas segera, anda boleh bercakap dengan orang perseorangan dan tawarkan rakan anda bantuan.

    Rakan anda boleh mendapatkan bantuan dari doktor atau psikologi. Mereka berkelayakan dan terlatih untuk mengendalikan situasi seperti ini.

    Berlaku kepada sesiapa

    Keinginan membunuh diri adalah satu masalah berkaitan kesihatan umum yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun, terdapat pelbagai bantuan yang boleh membantu menurunkan kes membunuh diri.

    Seandainya rakan anda mempunyai niat untuk menamatkan nyawa sendiri, bantu mereka dengan mengenal pasti tanda amaran membunuh diri dan buatkan mereka membatalkan keinginan tersebut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan