backup og meta

Komplikasi-Komplikasi yang Berkaitan dengan Penyalahgunaan Dadah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 14/02/2023

    Komplikasi-Komplikasi yang Berkaitan dengan Penyalahgunaan Dadah

    Seseorang individu boleh menjadi ketagih kepada dadah harian atau beberapa tingkah laku. Penagih dadah mungkin mengalami beberapa kesan fizikal, simptom penarikan, dan toleransi dadah juga boleh berkembang. Sebenarnya, sesetengah dadah boleh mengubah fungsi tubuh dalam jangka masa yang lama selepas anda berhenti menggunakan dadah.

    Penggunaan dadah boleh mengubah ekspresi gen dan litar otak. Oleh itu, ia mempunyai kesan negatif kepada tingkah laku manusia, seperti keinginan/ mengidam/ gian dadah kompulsif. Ketagihan dadah juga boleh membawa kepada beberapa penyakit yang teruk termasuk penyakit kardiovaskular, strok, kanser, HIV / AIDS, hepatitis, dan penyakit paru-paru. Sesetengah kesan ini berlaku apabila dadah digunakan pada dos yang tinggi atau selepas penggunaan yang berpanjangan, sementara yang lain berlaku selepas hanya satu penggunaan.

    Kesan Kardiovaskular

    Mungkin terdapat beberapa komplikasi dengan sistem kardiovaskular yang boleh mempunyai beberapa komplikasi, mulai dari kadar degupan jantung yang luar biasa hingga serangan jantung. Tambahan pula, suntikan dadah juga boleh menyebabkan masalah kardiovaskular seperti vena jatuh runtuh dan jangkitan bakteria pada saluran darah dan injap jantung.

    Kesan Pernafasan

    Pelbagai masalah pernafasan boleh disebabkan oleh penyalahgunaan dadah. Penggunaan beberapa dadah juga boleh mengakibatkan pernafasan perlahan, menghalang udara daripada memasuki paru-paru atau memburukkan simptom asma. Selain itu, terdapat komplikasi lain termasuk bronkitis, emfisema dan kanser paru-paru.

    Kesan Gastrousus

    Penyalahgunaan dadah boleh mencetuskan beberapa komplikasi dalam tiub gastrousus seperti mual, muntah atau sakit perut.

    HIV, Hepatitis dan Lain-lain Penyakit Berjangkit

    Dengan penggunaan dadah fizikal yang berterusan akan membuatkan toleransi berkembang. Sebagai contoh, kita semakin menaikkan jumlah dadah untuk menduplikasi kesan awal. Selain itu, perkongsian jarum tajam yang tidak disteril akan meningkatkan risiko mendapat AIDS dan beberapa jenis hepatitis. Di samping itu, aktiviti seksual yang tinggi dalam kalangan pengguna dadah meletakkan mereka dalam bahaya AIDS dan penyakit kelamin yang lain. Juga, risiko dos dadah berlebihan boleh berlaku.

    Kesan Muskuloskeletal

    Penggunaan steroid semasa zaman kanak-kanak atau remaja boleh membawa kepada beberapa kesan berbahaya. Contohnya, tahap hormon seks yang tinggi, kelemahan otot keseluruhan dan kekejangan otot yang teruk. Inilah petanda tulang berhenti tumbuh lebih awal daripada biasa.

    Kerosakan Buah Pinggang dan Hati

    Sesetengah dadah boleh menyebabkan kerosakan atau kegagalan ginjal dan hati. Sebagai contoh, terdapat peningkatan suhu badan dan kerosakan otot.

    Kesan Pada Otak

    Dadah adalah bahan kimia yang mempengaruhi otak dengan memasuki sistem komunikasi otak dan menghalang cara normal neuron menghantar, menerima, dan memproses maklumat. Terdapat sekurang-kurangnya dua cara dadah boleh memberi kesan kepada otak, sama ada dengan meniru pengutus kimia (chemical messengers) semula jadi otak, dan / atau merangsang berlebihan “litar ganjaran” otak. Penggunaan kronik beberapa dadah boleh meninggalkan perubahan tidak berkesudahan dalam otak, yang boleh menyebabkan paranoid, kemurungan, keagresifan, dan halusinasi.

    Kanser

    Rokok adalah tingkah laku paling berbahaya yang membawa kepada beberapa jenis kanser, seperti kanser mulut, leher, perut, dan paru-paru, dan lain-lain.

    Kematian

    Kelahiran pramatang / tidak cukup bulan, keguguran, kurang berat masa lahir dan pelbagai masalah tingkah laku dan kognitif dianggap sebagai kesan daripada penyalahgunaan dadah. Hari ini, satu daripada empat kematian adalah disebabkan oleh alkohol, tembakau, dan penggunaan dadah haram.

    Dianggarkan bahawa lebih daripada 75 peratus keganasan rumah tangga berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan bukan sahaja masalah kesihatan, tetapi juga masalah keluarga dan masalah sosial.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 14/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan