Kes ‘Measles’ Pertama Di Costa Rica Selepas 5 Tahun Akibat Pelancong Yang Tidak Mengambil Vaksin

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Costa Rica merupakan antara negara yang memiliki sistem kesihatan terbaik di Amerika Tengah dan hasil daripada program imunisasi mereka yang menyeluruh, Costa Rica telah diisytiharkan sebagai negara bebas penyakit campak (Measles) selama 5 tahun sejak 2014.

Kenapa 5 tahun sahaja? Kerana pada 18 Februari yang lepas, seorang budak lelaki warga Perancis yang datang ke negara tersebut telah didapati menghidap campak (Measles). Setelah dibawa ke hospital, didapati bahawa kanak-kanak lelaki itu dan juga ibunya tidak pernah mendapatkan suntikan vaksin untuk campak. Laporan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Costa Rica dua hari kemudiannya telah mengesahkan kejadian ini dan telah mengambil langkah untuk mengkuarantin kanak-kanak lelaki tersebut di Hospital Monseñor Sanabria, Puntarenas, dan juga sedang bertindak untuk mengenalpasti individu-individu yang pernah bertembung dengan keluarga tersebut, termasuk mereka yang berada dalam penerbangan pesawat France Air yang sama.

Kes Campak terakhir di Costa Rica pada tahun 2014 juga merupakan kes import kerana kes asal daripada Costa Rica sendiri telah tidak wujud semenjak tahun 2006 kerana program imunisasi mereka dan juga penerimaan yang baik daripada rakyat mereka.

Campak (Measles) adalah penyakit yang sangat mudah untuk berjangkit bawaan virus dari keluarga paramyxovirus yang disebarkan melalui cecair dalam udara lepasan batuk dan bersin. Simptom yang biasanya berlaku dalam campak adalah:

  • Demam
  • Batuk
  • Mata merah
  • Ruam kulit yang khusus

Penyakit berbahaya ini adalah salah satu penyakit yang sangat boleh dicegah melalui pengambilan Vaksin serendah dua dos sahaja seperti vaksin tiga serangkai di Malaysia, MMR.

Menurut pengumuman Kementerian Kesihatan Costa Rica, “Negara kita telah menikmati liputan imunisasi yang menyeluruh dan baik namun amat penting untuk ibu bapa dan penjaga memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat imunisasi yang lengkap dalam usaha untuk mengelakkan penyakit berjangkit berbahaya dan komplikasi yang berkait dengan penyakit itu.”

Menurut statistik yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), pada tahun 2017, sekurang-kurangnya 96% penduduk Costa Rica mereka telah menerima dos pertama suntikan campak dan 93% telah menerima dos kedua.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut