Kekal Bermotivasi Walaupun Menghidap Diabetes

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Pernah tak anda cuba untuk melakukan sesuatu dengan penuh bersemangat tetapi tidak mampu menyudahkannya kerana hilang motivasi? Dalam kebanyakan kes, mencari motivasi untuk sesuatu perkara yang sukar seperti bersenam kelihatan agak sukar. Oleh itu, kami mahu berkongsikan artikel untuk anda kekal bermotivasi untuk menyelesaikan latihan kecergasan anda.

Tetapkan matlamat spesifik

Ramai individu berasa sukar untuk menyelesaikan latihan senaman kerana terlalu banyak matlamat yang disasarkan. Matlamat kecergasan bersama mengurangkan berat badan, kekal cergas, membesarkan payudara dan banyak perkara dalam masa yang sama akan membuatkan anda hilang haluan. Ia akan menyebabkan anda mudah kecewa dan berputus asa jika anda terlalu bercita-cita tinggi. Anda perlu meletakkan matlamat yang mudah dan lebih realistik pada permulaannya.

Contohya, jika anda sudah lama tidak bersenam, senaman pertama haruslah mudah seperti berenang selama 30 minit atau joging untuk tempoh 10 minit. Meletakkan matlamat jangka pendek akan memberikan anda lebih manfaat daripada matlamat jangka masa panjang. Kemudian, anda boleh meningkatkan matlamat anda kepada 1 jam berenang atau 30 minit berjalan dan bersenam. Untuk matlamat jangka panjang, anda boleh menetapkan berjalan sejauh 5 km atau berenang untuk tempoh 2 jam sehari. Banyak institusi penyelidikan kesihatan menyarankan sekurang-kurangnya 75 minit aktiviti aerobik yang kuat atau 150 minit aktiviti aerobik sederhana seminggu untuk individu dewasa yang sihat anda juga boleh menggabungkan kedua-dua aktiviti sederhana dan kuat jika badan anda sudah biasa dengan kadar latihan.

Menikmati aktiviti

Ia mungkin kedengaran klise tetapi untuk dapat melakukan semua adalah apabila anda melakukan dengan rasa gembira. Senaman tidak perlu menjadi sesuatu yang mengeluarkan peluh dan memenatkan. Adalah penting untuk mengetahui sukan atau aktiviti yang anda benar-benar ingin lakukan. Kemudian anda boleh panjangkan tempoh bersenam dan bermotivasi untuk kekal melakukannya. Jika apa yang anda lakukan tidak membuatkan anda gembira semasa latihan, anda perlu menukar kepada sesuatu yang lebih bersesuaian. Dengan melakukan senaman yang anda sukai, anda bukan sahaja dapat memperbaiki mutu kesihatan tetapi juga dapat menikmati kehidupan anda.

Jadikan ia sebahagian daripada kehidupan

Alasan paling kerap digunakan apabila berhenti bersenam adalah kesukaran menguruskan masa. Anda perlu merancang jadual senaman yang dapat menyesuaikan dengan aktiviti penting lain seperti kerja, belajar, berjumpa rakan dan masa bersama keluarga. Anda boleh merancang untuk melakukan senaman pada masa terluang. Sebagai contoh, berjalan untuk ke kedai kopi berhampiran ketika masa rehat. Anda juga boleh memilih untuk menaiki tangga berbanding lif untuk ke pejabat atau berdiri dan bangun ketika melakukan kertas kerja. Anda boleh membeli peralatan senaman untuk bersenam ketika menonton televisyen atau ketika bercuti. Menambah muzik ketika bersenam akan dapat meningkatkan lagi tenaga anda.

Sebaik sahaja anda memulakan perancangan baru, lakukan secara kerap bagi membantu anda menjadikannya sebagai satu tabiat yang baik. Penting untuk menetapkan matlamat bagi memastikan anda bermotivasi sepanjang permulaan yang penting ini. Ia mungkin mengambil masa untuk menjadikan senaman sebahagian daripada kehidupan anda, tetapi apabila anda sudah terbiasa, anda akan berasa puas hati dengan apa yang anda korbankan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut